Friday, May 31, 2013

review chapter sem 5

sekarang tengah cuti semester 5. tengah boring ni, nak imbas balik yang dah berlaku semasa sem 5 ni. nak start dari awal macam banyak pulak.. start masa praktikum je la dulu :3

31 Mac - 28 April : praktikum fasa 1 di SK Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan.
1 April - 3 April : kursus ternakan ikan hiasan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.
7 April : lawatan pendidikan jasmani di Majlis Sukan Negeri Terengganu.
14 Mei (tak ingat tarikh yang betul), 20 Mei - 23 Mei : final exam semester 5.

yang tu yang ingat je.. sem 5 ni busy pulak dari semester2 sebelum ni. padat sangat aktiviti & kerja nak buat. sampai tak ingat semua. hehe. hari tu nak join expo inovasi pendidikan. peringkat antarabangsa. tapi sebab banyak kerja, tak sempat nak fikir pasal pertandingan tu. macam rugi pulak kalau tak join ni. bila lagi dapat masuk pertandingan peringkat antarabangsa ni..

p/s: 
3 Jun - 6 Jun : konvo my mother kat PICC, Putrajaya. 
13 Jun nak join duty BSMM untuk program Walk With Me. kadang2 rasa tak sabar. sebab dah lama tak join aktiviti macam ni. tapi kadang2 rasa malas nak pergi. sebab sorang2. T_T

si bunga kembang kuncup

tiba-tiba jadi datang rasa rajin nak update blog. sebabnye jumpa ni...!!

hwaaaa comel sangat!! hehe. jumpa kat facebook. bunga kecil comel ni dipanggil 'little flower'. teknologi Jepun. kenapa kembang kuncup? sebab bila kering dia kembang, bila disembur air, bunga tu akan menguncup. nice kan? tengah boring atau stress buat kerja tu boleh main-main dengan bunga ni kejap. hehe. tapi mahal la pulak.. harga dia around RM29 - RM189. bergantung kepada saiz. yang dalam botol bertutup, paling kecil tu dah RM29. ada banyak jenis lagi.. tengok kat sini.

APA ITU "LITTLE FLOWER"?

☑ 100% Bunga TULEN
☑ Jepun Teknologi
☑ 100% import dari TAIWAN
☑ Tahan 10 TAHUN
☑ Bunga ini akan TIDUR bila semburkan AIR
☑ Bunga ini akan mekar bila kering
☑ TIDAK perlu siram air
☑ TIDAK perlu baja
☑ TIDAK perlu sinaran matahari
☑ Bunga ini ada banyak variasi WARNA

**tengok kat 'little flower' yang dok main kembang kuncup ni teringat pula dengan satu komik ni. RANMA. bertukar jantina bila terkena air panas. hihihi