Tuesday, December 21, 2010

kawan kecil :)

ari ni tiba2 rasa nak tau n nak citer pasal kawan kecik kita~SEMUT!
hehe semut 2 kalau dia gigit kita,,rasa nak tenyeh2 dia biar mampos kn??marah punya pasal,,kikikk,,tapi sedar x selama ni kita hidup ngan diorang??haaa bilangan diorang pom lagi ramai lagi banyak dari jumlah manusia kat muka bumi ni tau,,tadi sempat laa search sket2 pasal semut,,berukband punya pasal,,slow gilak,,soo ni r infonyekk,,,

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan

130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,000 spesies diklasifikasikan dengan anggaran atas lebih kurang 14,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.

1. Sistem Pertahanan Udara
2. Bangsal Perkebunan
3. Pintu Masuk Utama dan Pintu-Pintu Masuk Sisi
4. Bilik-Bilik yang Telah Siap
5. Perkuburan Penyimpanan
6. Bilik Pengawal
7. Perisai Luar
8. Bilik Asuhan
9. Gudang Daging
10. Gudang Bijirin
11. Penjagaan Kanak-Kanak untuk Larva-Larva
12. Bilik Musim Sejuk
13. Pusat Sistem Pemanasan
14. Bilik Mengeram
15. Bilik Diraja... :D

Subfamili

haaa kalau u olzz nak tau lagi pasal semut ni,,u olz bley tengok kt http://www.harunyahya.com/malaysian/semut1.php,,bez jgk coz dia cam buku citer pasal semut but pasal panjang sgt xterbaca lak i jadinya,,,hehe

No comments:

Post a Comment