hm da jd macam diary pulakss,,,tukar lahh cket,,kita baca pasal motivasi pulakss eyhh,,hehe bajet cam blog ni ada org baca je~
*xkesah laa
sekarang tengah baca 1 buku ni,,buku motivasi,,tajuknya 'rahsia orang kaya damansara',,nampk macam bez,,baru start baca n kt page rahsia 1,,n ada beberapa ayat dia yang i rasa nak share kt cni,,bley jd tips,,okeyy laa kot sape2 yang rasa nak jadi kaya 2,,umm ayat dia::
~wang anda perlu mengalir terus ke simpanan anda tanpa henti, setiap hari, sepanjang tahun, seumur hidup anda~
~orang kaya-kaya selalu menyebut,"wang perlu menghasilkan wang."~
~lihat kalendar anda, hari esok pasti tiba. janganlah berterusan berbelanja, makan minum, bersukaria seperti sudah tidak ada lagi hari esok. jika diturutkan hati, memanglah anda, saya dan semua orang mahu berbelanja menurutkan hati dan nafsu. tetapi, berhenti sejenak, fikirkan, bukankah itu semua hanya merintis jalan ke arah kemiskinan?~
~pastikan terlebih dahulu apa yang anda perlu sebelum berbelanja. setiap kali anda memegang sesuatu benda yang anda mahu dibeli, tanya kepada diri anda,"perlukah ini untuk saya?" jika perlu, teruskan membeli, jika tidak berapa perlu, tangguhkan keinginan itu terlebih dahulu. jika tidak perlu langsung, tinggalkan sahaja.~
~'hidup dengan kurang daripada apa yang diperoleh'. biarlah wang perbelanjaan anda berlebih setiap bulan. jangan sampai berkurang kerana anda sedang dalam perjalanan menuju alam kemewahan. sudah tentu anda tidak mahu terlibat dengan hutang, jika belanjawan anda berlebih setiap bulan.~
No comments:
Post a Comment