Friday, May 31, 2013

review chapter sem 5

sekarang tengah cuti semester 5. tengah boring ni, nak imbas balik yang dah berlaku semasa sem 5 ni. nak start dari awal macam banyak pulak.. start masa praktikum je la dulu :3

31 Mac - 28 April : praktikum fasa 1 di SK Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan.
1 April - 3 April : kursus ternakan ikan hiasan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.
7 April : lawatan pendidikan jasmani di Majlis Sukan Negeri Terengganu.
14 Mei (tak ingat tarikh yang betul), 20 Mei - 23 Mei : final exam semester 5.

yang tu yang ingat je.. sem 5 ni busy pulak dari semester2 sebelum ni. padat sangat aktiviti & kerja nak buat. sampai tak ingat semua. hehe. hari tu nak join expo inovasi pendidikan. peringkat antarabangsa. tapi sebab banyak kerja, tak sempat nak fikir pasal pertandingan tu. macam rugi pulak kalau tak join ni. bila lagi dapat masuk pertandingan peringkat antarabangsa ni..

p/s: 
3 Jun - 6 Jun : konvo my mother kat PICC, Putrajaya. 
13 Jun nak join duty BSMM untuk program Walk With Me. kadang2 rasa tak sabar. sebab dah lama tak join aktiviti macam ni. tapi kadang2 rasa malas nak pergi. sebab sorang2. T_T

si bunga kembang kuncup

tiba-tiba jadi datang rasa rajin nak update blog. sebabnye jumpa ni...!!

hwaaaa comel sangat!! hehe. jumpa kat facebook. bunga kecil comel ni dipanggil 'little flower'. teknologi Jepun. kenapa kembang kuncup? sebab bila kering dia kembang, bila disembur air, bunga tu akan menguncup. nice kan? tengah boring atau stress buat kerja tu boleh main-main dengan bunga ni kejap. hehe. tapi mahal la pulak.. harga dia around RM29 - RM189. bergantung kepada saiz. yang dalam botol bertutup, paling kecil tu dah RM29. ada banyak jenis lagi.. tengok kat sini.

APA ITU "LITTLE FLOWER"?

☑ 100% Bunga TULEN
☑ Jepun Teknologi
☑ 100% import dari TAIWAN
☑ Tahan 10 TAHUN
☑ Bunga ini akan TIDUR bila semburkan AIR
☑ Bunga ini akan mekar bila kering
☑ TIDAK perlu siram air
☑ TIDAK perlu baja
☑ TIDAK perlu sinaran matahari
☑ Bunga ini ada banyak variasi WARNA

**tengok kat 'little flower' yang dok main kembang kuncup ni teringat pula dengan satu komik ni. RANMA. bertukar jantina bila terkena air panas. hihihi

Thursday, March 28, 2013

Friday, February 15, 2013

Amy Mastura - Tapi Itu Dulu


#1
Ya dulu aku katakan cinta
Ya dulu aku katakan sayang
Ya dulu aku katakan rindu
Padamu selalu hanya padamu

Ya dulu aku rajin merayu
Ya dulu tak berhenti berjanji
Ya dulu aku tak pernah ingkar
Untukmu selalu hanya untukmu

#2
Lalu kini kau datang
Hatimu kalau bimbang
Meminta ku mengulang perasaan

#3
Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
Dulu hanya kau getarkan hatiku

#4
Tapi itu dulu
Saat aku kejar-kejar dirimu
Bermimpi kau bisa jadi denganku
Sayang dulu kau acuhkan cintaku

Sayang itu dulu


Ulang #1 #2
Ulang #3 #4 
Oh itu dulu 

Oh
Ulang #3 #4 (2x)
Sayang itu dulu
Itu dulu

hey honey i love u!



love.differences

dalam banyak hal, kita sangat-sangat serupa. sama sangat! tapi dalam sesetengah hal, kita sangat-sangat berbeza. kan?

dan perbezaan itu sering buat saya makan hati. dan saya tahu, awak juga sama.

tapi saya kuatkan hati.. saya cuba untuk terima perbezaan kita sebab persamaan tu lebih bermakna buat saya. saya minta maaf sayang jika saya tidak mampu menjaga hati awak sebaik orang lain.. saya sedang cuba untuk jaga hati awak dan hati saya sendiri :')

Thursday, February 14, 2013

bila hati tidak lagi bercerita :(

saya bercerita dengan niat nak berkongsi dengan awak. supaya awak tau cerita tentang diri saya. hidup saya. supaya awak juga rasa setiap suka duka yang saya rasa. walaupun kadang-kadang benda tu maybe boleh melukakan hati awak. tapi saya tetap cerita kat awak. supaya awak tahu yang sebenar. supaya awak tak fikir yang bukan-bukan. memang saya boleh diamkan semua tu.. tapi saya tak nak awak salah faham :(

tapi bila awak cakap awak tak nak cerita apa-apa kat saya sebab tu prinsip awak. dan awak ada reason awak sendiri.. saya jadi terkedu. kelu lidah saya. then, apa lagi yang boleh saya cakap?

macam useless je lah saya cerita apa-apa kat awak selama ni. macam no point pun bercerita. bila awak rasa awak tak perlu pun buat macam tu kat saya..

jujur saya terguris.

ya. itu prinsip awak. dan saya tak akan kacau. :)
iloveyou! ~whisper~