Thursday, March 6, 2014

sampai kapan..?

assalamualaikum.

rasa nak meluahkan isi hati yang terbuku. memendam rasa hingga menjadi jeruk yang masam.

penat. aku penat sangat-sangat. kerana kau yang bukan siapa-siapa dalam hidup aku, hidup aku menjadi kacau-bilau. kau dah kacau aku. dah kacau life aku.
penatnya. sekarang habis semua orang bertanya itu ini. nak tahu cerita sebenar kata mereka. yelah.. dengar dari mulut orang lain tak seronok macam dengar dari mulut tuan badan sendiri. sekarang habis orang atasan kenal aku. nak tahu cerita dariku.

tolonglahhhh... aku dah penat. penat nak memikirkan bahawa hari ini aku akan menghadap orang itu. esoknya orang lain pula. minggu depan pun begitu. bila nak habis..?

aku tak nak campur urusan kau.

kau, kau. aku, aku.




jauhkan aku dari cinta suami orang.

No comments:

Post a Comment