Wednesday, August 8, 2012

need u to be my side :(


mucus banyak :p

kalau asyik menangis je, bila nak sembuh selsema ni :(

dah x ada guna. sia-sia je. berhentilah berharap wahai hati. sedar diri sikit.. orang dah x nak, terhegeh-hegeh lagi kenapa.. kau x malu ke??? cis.

sudah-sudahlah menangis.. x matilah x ada lelaki dalam hidup kau. sabar ye hati :')



baby :*

i miss u. n it hurts me inside :'(

hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpisah kan kawan? x sangka saya dapat bertahan sampai 5 hari. saya cakap kat roommate saya, nak tunggu seminggu. kalau dalam masa seminggu ni kita masih x okey, hm maybe maknanya kita memang x ada peluang nak baek balik dah. cehh. haha. harapan saya...? :/

aku juga ingin gembira :')

aku sayangkan kau. aku rindukan kau.

tapi aku kecewa.

kenapa kau buat aku macam ni? kau jadi sama seperti lelaki-lelaki lain di luar tu.
ya. kadang-kadang aku sengaja bersikap degil. kerana aku tau. x ramai yang sudi bersabar dengan perangai-perangaiku yang lain. kau sabar melayanku. aku suka. tapi tu dulu. tiba-tiba kau berubah. mungkin kau sudah tidak tahan. lantas meninggalkan aku.

aku tertanya-tanya. aku derita. kemudian aku pasrah. mungkin kau juga tidak sesabar lelaki-lelaki lain. terima kasih. terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk bersendiri sekali lagi. kerana kini aku tahu kau juga tidak akan mampu bertahan denganku meski kita mempunyai ikatan sah sekalipun. berpisah semasa berkawan jauh lebih baik daripada berpisah setelah berkahwin.

terima kasih kawan.
kerana kau memberi peluang kepadaku untuk merasai cinta walaupun untuk seketika. walaupun itu cinta palsu. walaupun kini hatiku retak seribu.

jika kau benar sayangkan aku, datanglah segera. cantumkanlah serpihan hatiku ini. sapulah air mata di pipiku. jangan kau kecewakan aku.
namun.. jika lain yang kau inginkan, ku pinta agar kau pergi jauh. bawa bersama kenangan kita dahulu. agar memori lama tidak muncul kembali dalam benakku.

Tuesday, August 7, 2012

dub dab dub dab

aci tak kalau saya cakap saya rindukan awak??kikikik maluuu ^,^



tapi... rindu pada orang yang x ingat langsung kat kita. hmmm x_x

Monday, August 6, 2012

engkau lelaki. aku wanita. kita bercinta. kita berpisah.

dah lama x rasa pedih+perit+hancur macam ni
dah lama sangat.

saya cuba untuk kuat. saya cuba untuk sembunyikan segalanya. saya tahu saya mampu. tapi saya salah. dalam tak sedar, saya menangis. tentang perkara yang dah lepas. bodoh kan? hm :(

saya jaga hati saya. supaya x ada mana-mana lelaki akan calarkannya lagi. kemudian awak datang. awak minta hati saya untuk awak. bodohnya saya sebab bagi kat awak. sekarang hati saya hancur lagi.

awak tahu kan saya dah x percayakan lelaki? susah untuk saya sayangkan lelaki. sekarang saya x tahu dah nk buat macam mana. pergilah awak. pergi jauh dari saya. jangan awak cuba untuk sentuh hati saya lagi. biarlah saya tenang sendiri. 

tiap-tiap hari saya menangis. sampai selsema. saya tak nak menangis sebab lelaki dah. rugi je. tapi x tahu kenapa. air mata ni senang je nak jatuh. sesenang awak tinggalkan saya hari tu. :')

1 yang saya nak pesan kat awak. jangan pernah tinggalkan wanita yang awak suka kalau awak benar-benar cintakan dia. jangan pernah tinggalkan dia kalau awak ingin dia selalu di samping awak. jangan pernah main-mainkan dia. pertahankan cinta awak. walau sekuat mana badai yang melanda. kalau dia yang awak inginkan. kerana hati merupakan satu benda yang mudah hancur. dan perasaan wanita mudah bergolak. dirinya sarat dengan emosi. lelakilah yang boleh menstabilkan emosi tu. biarlah dia nk cakap apa pun. jangan awak pernah mengalah. wanita ibarat kanak-kanak. mengharapkan awak untuk menjaganya :)


peranan saya dalam hidup awak sudah tamat. tiba masanya untuk orang lain menjadi pengganti. saya minta maaf untuk segalanya. cinta kita berakhir di sini saja :')

bila cinta sudah tiada

cinta membuat ku merana
seringkali kecewa kerana cinta

ulala~