aku sayangkan kau. aku rindukan kau.
tapi aku kecewa.
kenapa kau buat aku macam ni? kau jadi sama seperti lelaki-lelaki lain di luar tu.
ya. kadang-kadang aku sengaja bersikap degil. kerana aku tau. x ramai yang sudi bersabar dengan perangai-perangaiku yang lain. kau sabar melayanku. aku suka. tapi tu dulu. tiba-tiba kau berubah. mungkin kau sudah tidak tahan. lantas meninggalkan aku.
aku tertanya-tanya. aku derita. kemudian aku pasrah. mungkin kau juga tidak sesabar lelaki-lelaki lain. terima kasih. terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk bersendiri sekali lagi. kerana kini aku tahu kau juga tidak akan mampu bertahan denganku meski kita mempunyai ikatan sah sekalipun. berpisah semasa berkawan jauh lebih baik daripada berpisah setelah berkahwin.
terima kasih kawan.
kerana kau memberi peluang kepadaku untuk merasai cinta walaupun untuk seketika. walaupun itu cinta palsu. walaupun kini hatiku retak seribu.
jika kau benar sayangkan aku, datanglah segera. cantumkanlah serpihan hatiku ini. sapulah air mata di pipiku. jangan kau kecewakan aku.
namun.. jika lain yang kau inginkan, ku pinta agar kau pergi jauh. bawa bersama kenangan kita dahulu. agar memori lama tidak muncul kembali dalam benakku.
No comments:
Post a Comment