Saturday, August 11, 2012

boring

tersedar pukul 3.30. rasanya.

terus x boleh tidur. adus.
x tahu nak buat apa. siap try pakai baju melayu orang tu lagi. klik klik klik snap gambar.

ahahaha. sori ;)

Friday, August 10, 2012

still counting...

awak.

tinggal kurang 2 jam je lagi nak cukup pukul 12 tengah malam.

memang kita akan jadi kawan sampai bila-bila kan?hmmmm :(

tapi x apalah. bagus juga.

sekarang kita dah ada jarak.

hati saya dah x rindu awak macam dulu. sekarang biasa-biasa je.

dah boleh kurangkan sayang. hm kurang sangat-sangat.

dah boleh kalau x layan mesej dengan awak.

apa lagi ehh? banyak lah.

senang cakap, saya dah boleh terima awak sebagai kawan saya.

KAWAN BIASA :)

x apalah kalau sampai esok pun kita still baik macam ni je. x nak dah layan feeling pasal awak. hihihi.

take care kawan!


kraf dari DAUN KELAPA

assalamualaikum.

baru je balik dari kg. dekat je dengan rumah. dalam 15 minit. =.='

tadi my nenek buat 1 benda guna daun kelapa. macam kraf. muaz panggil 'udang'. hehe. lupa nak ambil gambar. ruuuugi. dah lama x tengok benda tu. time kecil-kecil dulu selalu juga tengok.
bentuk dia lebih kurang macam ni. errr gambar ni saya ambil dari blog orang lain. hehe. tapi yang ni saya x tau dia nak buat apa. lain sikit dari yang nenek saya buat. yang ni biasa je. (serius x tipu) ;)

mengantuk dah. zzZZzzzZZZZzz

Thursday, August 9, 2012

SUPERSTARS <---- cerita menusuk kalbu

baru je lepas tengok tv tadi. jarang sangat tengok tv. td ada cerite macam best, layan kejap.

oh dah separuh jalan cerita tu. cerita siam. SUPERSTARS tajuk dia. kenapa guna huruf besar? saya sengaja nak tulis guna huruf besar. biar lah. hehe. merapu sorang-sorang -__-"

hm setakat yang saya tengok tadi, cerita tu pasal 2 orang kawan baik. sorang hensem gila. dengan badan sexy auu auu O_o. nama dia Tom kalau x silap. sorang lagi x hensem. gemuk, pendek, hitam. orang ejek dia macam tu. Teung.

tapi yang hensem ni suara dia x sedap. bunyi macam itik. hehe. yang x hensem tu pulak suara sedap gila menyanyi. ada bakat gubah lagu pulak tu. dipendekkan cerita, diorang berpakat 4 orang untuk jadikan yang hensem ni penyanyi. tapi miming laa kiranya. si Teung tu yang nyanyi. dipendekkan cerita lagi, Tom tu jadi femes gila. tapi Teung frust. sebab dia x femes macam Tom tu. lagu-lagu yang dia gubah pun Tom cakap dia sendiri yang gubah.

Tom demam. suara dia jadi ok. and Teung dipinggrkan dari group diorang. last-last dorang gaduh. hari konsert terima kasih (last konsert la kiranya sebab diorang dah x nak tipu lama-lama takut kantoi), suara Tom jadi macam asal balik. kawan-kawan dia dah panik. tiba-tiba time nyanyi, Teung tolong dia. macam dulu. Teung nyanyi kat belakang tabir. sedih gilaaa.

okey. habes.




**kalau sekarang ni saya baik lagi dengan awak, nak je saya mintak tolong awak carikan cerita ni untuk saya. (sebab nak cari sendiri tak reti -__-). tapi nak buat macam mana. x apalah...hmm

kita berakhir di sini :)

awak, hari ni dah khamis. esok insyaAllah genap seminggu saya tunggu awak. rasa macam dah x ada harapan nampak gayanya.. heheh :(

insyaAllah kalau sampai esok kita still x baik macam dulu, saya akan stop tunggu awak. saya rasa saya dah dapat terima kita jadi macam ni je.. n bila dah cukup seminggu tu saya harap awak x akan menyesal dengan keputusan awak. hey, kalau awak terhegeh-hegeh datang lagi lepas seminggu, saya karate awak cukup-cukup tau! haha. saya tunggu sampai esok je. habis esok, habislah untuk kita. saya akan tutup buku pasal kita dan harap-harap x akan buka dah sampai bila-bila. amin.

sorry. saya tahu saya memang jenis kepala batu. ego melampau tinggi. saya tau. saya tau (sambil angguk-angguk kepala). rasanya dah cuba untuk x seego dulu dan try buat baik dengan awk. tapi macam x ada kesan pun... erk. so dengan ini saya memutuskan untuk berhenti merepek kat sini dan lupakan pasal awak. haha chill :D

stop hurting my heart!


Wednesday, August 8, 2012

Gerimis Mengundang - Slam


Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis