Thursday, August 30, 2012

hati saya sedih :'(

ya Allah, maafkan saya. air mata ini mengalir lagi pada hari ini. hati ini masih terkenangkan dirinya. maafkan saya ya Allah. kerana pernah terlanjur menyayangi dirinya suatu masa dahulu. hentikanlah seksaan ini ya Allah. buanglah perasaan ini dari saya. perasaan yang pernah tertanam dalam hati ini semakin membengkak. menumbuhkan perasaan rindu yang membuak-buak. ya Allah hentikanlah. saya tidak kuat. saya sudah tidak sanggup mengharapkan cinta darinya. penat mengharapkan pada yang tak sudi. jika dia bukanlah jodoh yang diperkenankan olehMu buat saya, saya harap dia pergi jauh dari hidup saya. semoga hati saya tidak sakit lagi dengan kasih sayangnya. jauhkan dia dari saya ya Allah. dia tidak sayangkan saya. hati saya sakit sangat. menahan tangis. remuk hati saya teringatkan janji dan harapan yang pernah dia bagi dahulu.




...x ada mood nak berbuka. beli laksa penang. makan separuh je :(

Tuesday, August 28, 2012

fit: the new beginning

awak sombong.
dah berapa hari. berapa minggu. tapi x apalah. saya rasa saya dah dapat terima keadaan kita macam ni. lagipun saya tahu awak dah ada orang lain. humh. dah tiba masanya untuk saya pergi terus dari hidup awak. (tapi susah sebab awak dah kenal family dan rumah saya. nak hilangkan diri pun susah!)


okeylah awak. saya akan cari orang lain dah :)








tadi kawan tanya nak kahwin x. sebab ada kawan dia yang nak cari calon bini. nak kahwin terus. lelaki tu pemalu. hehe
kalau bukan sebab family x bagi kahwin sebelum habis study, saya on je. suruh dia datang jumpa family saya.rugi >.<

Friday, August 24, 2012

beraya sakan dengan kawan!

ohhooiii~~

lupa nak cerita. hari raya ketiga tu saya ikut kawan-kawan pergi beraya.

pukul *tettt* masih bermalas-malasan di atas katil. tiba-tiba kawan lelaki kol.

...ajak beraya.

????
mandi pun x lagi ni. hehe. okey. 30 minit kemudian, siap lengkap ;)

jem jem jem. dah la kitorang (saya, ejo, hasif) x breakfast lagi. lapar~

pukul 11 bertolak. pergi beraya rumah arisyah@alisyah (?) kat wcy. then ke pcb untuk bertemu kawan kesayangan. opss pergi rumah kawan diorang dulu. ambik kawan dia. hm isya ada kat tempat kenduri pulak.

so kitorang lepak-lepak kat pantai dulu.

lepas tu isya datang. lama x jumpa. kawan-kawan semua dah habis study. saya je jadi budak sekolah lagi.

pergi beraya kat rumah isya pulak.

dah 5 tahun kawan. tapi x pernah pergi rumah dia. ish ish. dah la kawan rapat. sorry isya!

hantar kawan diorang kat rumah. terus balik.

....tapi 2 jam tersekat kat jalan. energy saya makin low. LAPAR~~~

sampai kawan-kawan dalam kereta duk tegur sebab senyap je. hehe

last-last singgah kfc jap. isi perut. masa tu dah lewat. pukul 7. habis lah. mesti my mum marah :(

30 minit kemudia, dah siap makan.

cepat-cepat balik. hm driver sakit perut pulak.. cari toilet dulu. punya laa lama dia dalam toilet. rupa-rupanya terkunci dari luar. hehe. nasib baik dia bawak phone. boleh call kitorang yang kat luar ni.

sampai depan pagar rumah, baru tau family kat rumah nenek. pergi sana pulak. ramainya orang~~! :O




... terkilan. sebab baru tau kenapa mummy marah. rupa-rupanya mummy masak nasik hujan panas untuk kawan-kawan saya. banyak. sebab saya cakap diorang nak datang beraya kat rumah. sorry mum. memang macam tu la plan asal. tapi sebab jem, diorang dah lewat. terus balik. lagipun saya x tau mummy masak untuk diorang. frust sangat. kalau la saya tau saya x kan pergi kfc tu. makan je kat rumah. :( :(

mariii marii make ike bakar~~!!

assalamualaikum wbt :)

hari ni 24 ogos. semalam 23 ogos. pada 22 ogos, malam tu kami sekeluarga telah pun bergathering cukup 1 family besar sebelah mummy (err tolak auntie yang dah balik key el pada hari raya kedua) pergi makan-makan. pukul 8 bertolak ke rumah pak sedara. pukul 9 bertolak ke kuala besut. destinasi? ZUL ikan bakar~

tapi... x jadi -__-

sebab?

FULL!
disebabkan kemeriahan raya masih menjelma, orang tersangatlah ramai. plus, malam tu game bola klate lawan tganu. so? orang-orang yang dah siap makan pun x nak bangun lagi sebab nak tengok bola. lagi? malam tu hujan. meja yang dia letak kat luar tu basah. x boleh duduk situ. semua duduk kat meja yang bawah bumbung. dah rugi 9 meja. keh keh.

apa lagi.. cari kedai lain. pusing pusing pusing pusing. eh jam dah pukul 11 malam. pheww. kedai x jumpa lagi. cari jugak kedai yang best-best. sebab pak sedara yang kat key el tu tiba-tiba mengidam ke apa ntah. nak jugak makan ikan bakar. x nak yang lain. so malam ni dia lah yang belanja ;)

berapa kedai ye kitorang survey? 5? ke lebih? hehe. sebab banyak kedai yang tutup. kedai yang x best, buka pulak. cari cari cari. last-last pergi jugak la kedai x best pun, kat tok bali. hm pergi ramai-ramai. kedai pulak penuh. duk cari lama-lama, kedai makin banyak yang tutup. nanti x pasal-pasal kena balik makan kat rumah je sebab ikan dah habis, baru tau. hehe.

gasak jerr~~

pukul 12.30 bertolak balik. pukul 1 sampai rumah. mengantuk! zZZzzZz

Tuesday, August 21, 2012

riang ria di hari raya!!!

assalamualaikum wbt.

hari ni hari raya. raya kedua. salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin :)
semalam busy sangat. tak sempat nak update blog. hari ni pun. tapi sebab baru lepas makan megi, jadi hilang mengantuk pulak..
raya tahun ni Alhamdulillah masih berkesempatan nak sambut. walaupun dengan sederhana. hmm tak meriah macam tahun lepas. gambar raya 1 family pun tak sempat nak tangkap! sobs sobs T_T
wahaha tak senonoh :3
sorry. saya kalau naik motor memang over excited.
mula lah buat bunyi & muka pelik-pelik >.<
hari sebelum raya tu pergi rumah nenek. prepare mana-mana yang patut. my mum masak-masak untuk raya esoknya. pak sedara bawa angsa 2 ekor untuk masak. potong-potong sayur, basuh-basuh ayam, kemas-kemas rumah. acara tahunan; buat tapai dengan ketupat pulut. fuhh penatnyaaa~!
okeyy ini daging angsa ye murid-murid
petang balik rumah kejap. lepas tu pergi semula. sambung masak. dekat tengah malam baru kitorang pulang ke rumah. mengantuknya mata. tak sempat buat apa-apa. terus nampak katil. tidur!

pagi raya esoknya, awal-awal lagi dah bangun. mandi. pakai lawa-lawa. taruk lipstik 2-3 lapis, bedak 14 inci, kasut tumit tinggi, bertolak ke rumah nenek. kena pergi awal. sebab tak siap masak lagi. menu tahun ni:
-nasi bukhari-
-kerutuk angsa-
-dalca sayur-
-acar timun-
-tapai-
-ketupat-
-kueh mueh & biskut biskit raya- :)

lepas solat raya, kitorang 1 family termasuk atuk
nenek, pak sedaras mak sedaras, cousins, mummy, adek beradek pergi ke kubur. ziarah kubur arwah moyang dan saudara-mara yang dah pulang ke rahmatullah.
al-Fatihah.

terus balik rumah. nak pergi rumah saudara. tapi tak berkesempatan. sedara-sedara datang ke rumah. 1 family balik family yang lain pula datang. last-last pukul 4 baru kitorang boleh turun rumah pergi ke padang pak amat. tu pun 'dia' yang jadi tetamu last untuk petang tu sebelum kitorang pergi. kesian dia, kena balik dalam hujan. lain kali jangan datang dengan motor tau!
curi-curi ambik gambar awak! hahaha :D
hujan rintik-rintik, air bergelora~~

sampai sana, salam-salam, terus serbu biskut raya. lepas makan, semua orang 'rebah'. hahha. masing-masing cari port nak landing. penat sangat. tak sempat nak rehat. saya pun sempat tidur lagi. krohh krohh. zZZzzZz

balik rumah nenek, rehat-rehat kejap, balik rumah. malam tu pergi rumah pak sedara sebelah abah pulakss.





--------------------------

agenda untuk raya kedua:
 
pergi rumah mak sedara kat bukit jeruk, jerteh. sebelah abah jugak. dalam pukul 11.40 pagi sampai sana. lunch kat sana, pukul 3 lebih, bertolak balik. singgah rumah nenek dulu kejap. sebab tok sedara yang kat chiku, gua musang datang.

balik tidur. sepatutnya pergi hantar mak sedara pergi airport pula malam ni. tapi ada hal sikit. saya tak jadi pergi. FRUST.

Friday, August 17, 2012

please stay :)



awak suka buat saya sedih kan?

hari ni dah tinggal kurang 4 jam je lagi.. esok 18hb dah. x ada dah birthday awak.

awak...
kenapa jual mahal sangat?
ok awak cakap saya ego. saya x mudah mengalah. saya mengaku. betul. tapi awak x nampak ke apa yang saya buat lepas kita berpisah hari tu? berapa kali saya mesej awak. niat saya nak baik balik dengan awak. awak x perasan ke? atau awak buat-buat x perasan? saya try untuk layan awak baik-baik macam dulu. tapi apa yang awak buat? awak asyik dengan perasaan sedih awak tu. bila saya cakap apa-apa awak mesti nak kaitkan dengan kita yang dah x ada apa-apa sekarang. kenapa? saya sedih. saya geram. tapi saya tahan. saya sabar. sebab saya x nak kita terus macam ni. harapan saya agar dalam tempoh 7 hari saya tunggu awak tu, kita akan baik balik macam dulu.

tapi x ada..
awak x nampak semua tu.

saya kecewa. tapi apa yang boleh saya buat?

tadi pun kita mesej lagi. saya cuba lagi untuk berbaik dengan awak. sebab hari ni hari lahir awak. saya x nak buat something yang buat awak sedih. saya cuba untuk gembirakan awak. saya nak sambut birthday ni dengan awak. tapi awak x nak. awak x layan. saya geram sangat. bertambah geram bila awak masih cakap saya ego n x mudah mengalah. n awak cakap awak sanggup mengalah lagi untuk kali ni. hey! awak sedar x saya buat apa sekarang ni? jangan terlalu buta dengan kesedihan awak tu. buka mata. pandang dengan hati. dengan akal. saya x buat semua ni sekadar untuk suka-suka.

saya tahu saya memang ego. awak pun tahu. jadi saya x akan buat baik dengan awak kalau bukan sebab saya nak kita baik balik. saya masih sayang awak.

tapi awak still cakap saya benci awak. saya anggap awak kawan. memang. awak x lebih dari kawan. tengoklah macam mana hubungan kita sekarang. rasanya x salah kalau saya anggap awak macam tu kan? sebab kita bukannya rapat macam dulu dah. tapi itu x bermakna saya x nak kita rapat balik. hmm susah awak.. soal hati ni rumit. bila awak hanya fikir tentang diri awak, awak x akan nampak diri saya. walaupun saya dah lama tunggu awak..

saya x tahu nak buat apa dah. banyak kali saya nak mengalah pada takdir. biar je kita macam ni.. lebih-lebih lagi bila awak cakap macam-macam pasal kita. awak nak sangat fikir pasal problem ni kan? fikir lah awak.. fikir lah puas-puas. cakap lah apa yang awak nak. saya x nak dah ganggu awak. kalau saya ganggu pun awak fikir pelik-pelik jugak kan? heheh. manusia. biasalah.

selagi saya masih boleh sayang, saya akan sayang awak. tapi percayalah awak.. semakin lama awak biarkan, saya akan makin lupakan awak. n percayalah, suatu hari nanti x mustahil kalau saya x ingat langsung pun memori tentang kita. kerana saya pernah sayang awak sepenuh hati saya.. n lama-lama hati ni akan pulih sendiri dengan melupakan awak. maafkan saya awak.. kalau suatu hari nanti awak datang dan saya x nak terima awak lagi.

saya dah penat. kalau awak betul mahukan saya di sisi awak, awak akan usaha kan sayang? tapi kalau x ada, saya pasrah :)

satu yang saya harapkan, awak berhenti menyalahkan saya.. berhenti mengatakan sesuatu yang berlaku ni sebab saya yang buat itu, buat ini. kerana perkara tu buat saya makin benci pada awak. saya x nak benci awak.. saya harap semoga awak bahagia baby :)