hari ni dah 16 oktober. cukup sebulan yang saya bagi tempoh kat awak hari tu.. saya bertanya. tapi dimarah. kata awak, saya memandai buat keputusan. awak.. kalau lah saya boleh record apa yang awak dah cakap kat saya hari tu.. saya akan bagi awak dengar betul-betul.
saya ingat lagi. banyak kali saya bertanya pada awak. dan awak berikan jawapan yang positif. sebab itu saya ambil keputusan ni. tapi saya x terus decide. saya tanya pada awak dulu. apa yang awak inginkan.. 2 tahun? awak cakap tak akan sampai 2 tahun. 2 bulan? awak senyum. saya tanya lagi.. sebulan? awak cakap awak nak tengok dulu. kalau boleh, boleh lah.
saya tunggu awak. sebulan tu tempoh yang saya bagi. tapi sebulan sebelum tu lagi saya dah tunggu. hm sekarang, saya tanya lagi.. awak cakap awak x boleh buat keputusan tu. atas alasan yang langsung x kukuh. kalau betul pun awak x nak, bagitahu saya yang sebenar. awak bagi alasan macam tu.. hm kalau awak betul-betul x nak, alasan tu x akan jadi masalah pun pada awak.
awak selalu tipu. awak tipu saya. awak pun tipu dia jugak. awak tipu siapa lagi?
saya nak tinggalkan awak. awak tanya pada saya. awak x bagi saya buat macam tu. kenapa awak? awak sayangkan saya ke? tapi macam mustahil. saya pun x tahu. awak x pernah nak cakap jujur dari hati awak.
okey. awak nak saya tunggu sampai bila? kalau saya tunggu nanti awak akan buat apa?
saya saja cakap kat sini. nak lepaskan yang di dalam hati ni. saya tahu cakap kat sini sorang-sorang x akan settle apa pun. tapi saya malas nak tanya banyak-banyak dengan awak. nanti saya juga yang kena marah. seronok awak sekarang boleh marah-marah saya kan.. kalau dulu saya yang buat macam tu, awak sabar je.. sekarang saya yang kena tahan telinga tahan hati bila kena dengan awak. saya sabar. awak pernah tengok saya sesabar ni? x kan? tapi awak pernah terlintas dalam hati nak hargai apa yang saya buat ni? hm bila saya cakap awak buat semua ni sebab nak balas dendam kat saya, awak cakap bukan..
memang saya sayangkan awak. tapi saya jadi sakit hati bila awak buat macam ni.. orang yang saya kenal dulu dah berubah mendadak. saya x pernah sangka orang macam awak boleh buat macam ni.. sebab saya anggap awak baik sangat. kawan-kawan cakap semua lelaki sama, x boleh percaya. saya tolak. saya anggap awak lain. tapi awak dah buktikan diorang tu betul, sayang. sedihnya hati saya.
jangan buat macam ni awak.. kita x akan selamanya selamat. kitaran karma berputar. janji Allah itu pasti. awak buat jahat pada orang lain, awak akan dapat balik. walaupun x kena betul-betul pada awak, mungkin akan kena pada family awak. ataupun anak awak nanti.
apa perasaan awak bila awak tahu ada orang permainkan kakak awak, atau anak awak? awak tengok diorang terluka. merana. rasa seronok ke?
awak.. awak tahu kan apa maksudnya munafik tu? awak tahu kan macam mana ciri-ciri orang munafik?
apabila berjanji dia memungkiri. itu salah satu darinya. dan awak? harap awak faham, sayang :)
No comments:
Post a Comment