Tuesday, October 23, 2012

kesayanganku JATUH sakit!

hari tu..16 oktober 2012 jadi tarikh keramat. bukan setakat 1,,ada 2 hal yang buat saya sedih. sobs sobs T_T

bermulanya kisah..
laptop yang selalu tidur bersama-sama saya kat atas katil hari tu menjunamkan diri dia ke bawah. bum~!! saya yang tengah tidur ni bangun dengan terkejut dengar bunyi kuat tu. tengok2 dia dah tersadai kat bawah.

check tengok kalau-kalau ada rosak. hmm dah crack kt hujung tu.. :'(
tapi okeylah tak kisah sangat kalau dia masih berfungsi dengan baik. try on. so far so good :)
tapi kejap lepas tu jadi gelap kat bawah. ohmaii!!! :O

sedih sedih sedih. tapi berkira-kira lagi nak baiki ke tak. hm ada kelas. lupakan dulu. bila balik kelas, on balik laptop tu. tengok-tengok makin banyak pulak gelapnya.

petang tu terus jem. kejap ok kejap x ok. malamnya terus x boleh guna T_T
balik rumah esoknya tu terus bawak pergi hospital. okeylah tukar skrin baru dan baiki dia punya frame. esoknya jemput dia kat hospital. melayanglah rm370. tak kisahlah sayang. semuanya saya sanggup asalkan u sihat!

No comments:

Post a Comment