Tuesday, December 18, 2012

backpack travel *konon* :)

Assalamualaikum wbt...

i'm back! hehe. sudah lama tak update blog ni dengan cerita-cerita sendiri. asyik post pasal lagu je. masih dengan hati yang sedih, perhaps? doesn't mind. he doesn't need me anymore. sigh. what a stupid boy.

okay okay. stop blabbering about him. hey i just back from my own 'journey'! hihihi. enjoy!

perjalanan bermula pada 9 Disember 2012 :)
destinasi? Perak Darul Ridzuan. pukul 9.30 malam saya naik bas. selamat tinggal family. selamat tinggal semua..!
sorry bghater~tak nampak muka~hehe
10 Disember 2012
lebih kurang jam 5.10 pagi saya sampai kat Lumut, Perak.
5.30 pagi kawan saya datang pick me up. fuhh. punya la lama tunggu kawan datang. turun dari bas tu saya dan 3 orang lelaki. lepas seorang-seorang ada orang datang ambil, lastly tinggal saya je terkulat-kulat kat stesen bas tu. takut? agak lah. sebab gelap. plus tak ada orang pun kat situ. ada kedai makan, tapi jauh sikit dari tempat saya duduk tu. nampak saja dia datang memang hati lega sangat.

perghh pukul 5 pagi merempit. sejuk bagai nak gila tahu! terketar-ketar kaki ni haa. punya la sejuk.. dia bawa saya ke unikl mimet. stay sana sekejap untuk hilang penat. lagipun baru pukul 5.30 pagi kan? nak pergi mana.. huhu. pukul 8 siapkan diri, dalam pukul 9 keluar bertolak ke jeti. woohoo! *teruja sebab tak pernah pergi pangkor~hehe* pergi makan dulu kat kedai mamak yang dekat dengan jeti. makan roti canai. aumm. 
okey sedikit information: tiket feri dari lumut ke pulau pangkor - rm10 untuk orang dewasa. masa kat sini kami sewa terus motor untuk digunakan masa kat pulau nanti - rm30. 

lupa pukul berapa. tapi mungkin 30 minit kot nak sampai ke pulau tu. kalau ikut marina bay lagi dekat dan lagi murah. tapi kawan suruh ambil feri yang biasa. nak suruh lama duduk dalam feri katanya. sebab saya cakap nak tidur lagi masa dia kejut pagi tu.. hehe. so maybe pukul 11 kot kami sampai sana.


muka teruja dapat naik motor
dapatkan motor. isi minyak walaupun dah banyak. vroom vroom. terus pecut ke Teluk Dalam. on the way ke Teluk Dalam tu akan lalu Teluk Kecil (kalau tak silap) dengan Teluk Nipah dulu. hmm yang ni je tahu sebab baca signboard tepi jalan. naik bukit! dengan motor yang nyawa-nyawa ikan macam tu naik bukit memang slow sangat. haha. tapi view dia lawa. sebelah kiri pemandangan laut. kanan? bukit lah. hehe. okey sampai Teluk Dalam, window shopping dulu. tengok barang-barang souvenir yang ada. hehe teruja u!



berada di Foo Lin Kong Temple.
tengok! ada tembok besar China kat sini :)
kemudian, kawan saya bawa kami ke temple orang cina. Foo Lin Kong Temple. nice. kawasan dia luas. and colourful sangat! kawan saya bawa pergi situ sebab dia cakap tempat tu lawa ambil gambar. hmm memang banyak gambar ambil kat sana. tapi tak tahu lah apa salah setting kat kamera. gambar-gambar kat situ tak ada dalam kamera. sigh~ masa kat sini sempat beli 7 ekor penyu kecil yang comel untuk letak dekat handphone. 7 rm10 je. tak mahal :)

vroom vroom lagi. kali ni destinasi kami ialah Muzium Bersejarah Pulau Pangkor. muzium ni tepi jalan, otw ke temple. tak besar sangat. tapi banyak benda menarik kat situ. kawan saya nak pergi sangat kat muzium tu. dia cakap banyak kali datang ke pangkor tapi muzium tutup. kebetulan masa tu buka, kami pergilah. tapi sekejap je. sebab dia nak tutup untuk rehat.


ke mana lagi..? okey. Batu Bersurat. haa bagi saya yang tak tahu sangat pasal sejarah ni, saya ingatkan kat Terengganu je ada batu bersurat. rupa-rupanya kat pangkor pun ada juga! hehe ingatkan kawan tipu masa dia cakap nak pergi tengok batu bersurat. wah. 1st time tengok batu bersurat tau.. besar sangat. batu bersurat ni kat tepi pantai. kawasan orang buat ikan kering.

selepas tu, kami ke Kota Belanda. tempat ni kami lalu masa nak pergi tengok batu bersurat tu. dah penat. tak larat nak jalan-jalan. berhenti rehat sekejap. minum air kelapa. dan solat Zohor. kemudian baru ambil gambar. hehe :D

seterusnya kembali naik bukit keliling pulau ke Teluk Dalam. kali ni nak shopping laa pula. yeay!

akak tu baik hati sangat! saya main ambil je 2 helai baju budak + 1 baju  muslimah + 2 helai baju dengan seluar panjang
total? rm100 je *psstt! dia cakap saya manesss! kikikik*
shopping sakan! penat berjalan-jalan pun hilang. kawan pula dah penat melayan saya pergi kedai tu, kedai ni, kat sana, kat sini.. pilih-pilih souvenir untuk family, kawan-kawan sekelas dan untuk diri sendiri. hehe
*12 + 5 ekor penyu comel - keychain untuk kawan-kawan (rm30)*
*3 helai + 2 pasang baju pangkor - cousins dan adik perempuan (rm100)*
*4 helai baju pangkor - my mum, brothers and me (rm110)*
*5 ekor ketam comel - keychain (rm10)*
*2 gelang tangan awesome - for me (rm10)*


lepas tu... tak ada dah. kami terus ke jeti. dah pukul 5 petang.

~terkilan sangat sebab tak dapat main air. tak bawa baju spare. kalau tak mesti boleh snorkeling, naik banana boat, main game benda pelampung besar atas air tu (tak tahu apa nama dia), dan buat itu dan buat ini. sigh~

~kawan nak bawa pergi naik jambatan gantung kat pulau tu. 2-3x lalu. tapi tutup.
tahu rupa jambatan gantung ni pun dari mr. google :)


...to be continued :)

No comments:

Post a Comment