Monday, January 6, 2014

kek keju meleleh-leleh...

assalamualaikum :)


hati tengah mencair.. meleleh tengok kek-kek keju meleleh ni. slurpp.

dah berbulan2 asyik tengok gambar je. x pernah rasa. sedih! tak tahu nak beli kat mana.. tak jumpa kat kedai. nak buat sendiri malas pulak nak keluar pergi cari barang-barang.. sekarang ni ada kawan seorang lagi yang duk giat sama. bila entah dapat rasa.. orang lain dah bosan kot makan. hehe

kalaulah ada orang baik hati tiba-tiba datang bagi kek keju meleleh ni.. wahhh boleh cair hati sebab teruja! ihiks.

so buat sementara ni, simpan saja la dulu resepi dia. MELTY CHEESE CAKE. yummeh.


Bahan-bahan:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair

Cara:
1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2. Campurkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Campur semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese, diparut

Cara penyediaan:
1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2. Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3. Parutkan cheddar cheese di atas kek.


**berharap dapat try kek ni secepat yang mungkin. sobs! :(

Thursday, January 2, 2014

bedrooms inspiration

dari satu benda ke satu benda cari kat google ni. starts with flowers, gardens, cottage, sampailah terjumpa creative ideas untuk bedrooms. macam comel je!










adorable sangat. sweet je.. tapi yang penting harganya mahal jugak! hehe. boleh tengok kat Design Dazzle. :)

new year. new post.

assalamualaikum.

masuk tahun baru masihi. 2014. alhamdulillah maknanya masih lagi bernafas sehingga sekarang.

bermulanya perjuangan sebagai final year student. semester 7. harap2 semuanya berjalan lancar dan mudah untuk sem ni dan masa2 yang akan datang.

baru rasa seronok nak update blog sebab kat hostel line broadband laju sikit. hehe. untuk minggu ni 2 hari je berada kat sini. pagi tadi start pukul 8 pagi sampai 1 petang berada kat dewan besar, perjumpaan dengan pengarah dan kroni-kroninya. break kejap pukul 10 kot. lepas tu pukul 2.30-4.30 petang perjumpaan kurikulum pula. taklimat tentang subjek major.. action research. lepas ni dah boleh rajin-rajinkan diri untuk ke library dan belek research orang lain. heee.. malam pula sepatutnya pukul 8.45 start untuk perjumpaan dengan warden kolej kediaman. tapi tak tahu laaa tiba-tiba ada lecturer rajin suruh kitorang balik tukar pakai kasut bertutup pulak.. naik balik tingkat 3 ni. dah macam nak pergi jog jadinya. around 11 baru habis tadi. maybe 10.30 kot.

mata mengantuk. good night dunia. good night people. xoxo

Friday, December 27, 2013

tekanan perasaan!

assalamualaikum.

hmm. banyaknya la masalah sehari dua ni. serabut sangat. selalu sangat stress sebab fikir banyak-banyak. lepas tu sakit kepala.. sakitnya ya ampun berdenyut-denyut kepala sampai rasa nak terkeluar kat tekak ni. selalu juga gastrik, sebab terlalu stress.. hmm :(

fikir pasal orang tu, orang ni. hal itu, hal ini. lastly tak ada juga solutionnya. hari tu dapat result untuk semester 6, kecewa. alhamdulillah, result bagus.. tapi tak mencapai target. mau tak frust.. dah berkurun target 4 rata. hahaha

sedihhhh. rasa nak nangis :'(

2-3 hari lagi budak-budak sekolah dah kena pergi sekolah. saya pun dah kena pergi ipg lah nampak gayanya. menginap di kolej kediaman la pulak :p

hukhuk tak ada tempat nak berkongsi pendapat.. dapat tulis kat sini kejap pun kira okey dah kot. kejap saja la. lama tak buka blog sendiri gara-gara tukar modem broadband yang lain.. makin slow jadinya nak berdampingan dengan anak-anak puan internet. ada masa nanti akan datang sini lagi. sebab biasanya mood datang ikut musim. heee..

esok.. planning nak pergi terengganu. jalan-jalan dengan family sebelum start sekolah. sebab sekarang semua ada kat rumah.. adik yang kedua dah habis study, tengah tunggu nak sambung deg. adik ketiga pula dah habis spm. so bila lagi nak pergi jalan-jalan time cuti sekolah kan? tengoklah.. harap-harap selamat perjalanan pergi dan balik nanti.


see u! xoxo

Friday, June 14, 2013

Walk With Me 2013

assalamualaikum.

dalam mood mengantuk. -__-
sampai rumah pukul 8.15 tadi, landing atas katil. terus tertidur haa.. dengan tak mandi tak basuh muka mekap-mekap ni. makan megi baru 2-3 suap dah tidur. penat sangaaatt!

okey2.
starts the story.

plan pukul 8.30 nak bertolak. hantar my sis ke rumah nenek dulu sebab dia demam. tak pergi sekolah la. tapi sebab dia tidur and saya tak sampai hati nak kejutkan, tunggu pukul 9 kot baru dia bangun. so siap-siap semua, hantar kat rumah nenek, pukul 11 baru saya bertolak dari sana.

pukul 12 sampai rumah my darling, isya. belum siap lagi dia! haish. nasib baik kena tunggu kejap je untuk dia bersiap. kalau tak, mau mengamuk saya haha. then kitorang ke 1, 2, 3 butik pengantin kat area pcb dan kedai buloh. 1 kat area pc. ingat nak pergi lagi tapi tengok jam tinggal kurang 30 minit lagi nak pukul 2. kena pergi lapor diri kat ibu pejabat bsmm pulak! so tak jadi la pergi tempat lain. terus heading ke ipc. tapi nasib kurang baik. jem sebab orang tengah balik lunch kot.. huhuu. dan jalan pun ada yang dah ditutup. sebab program WALK WITH ME. walkathon d'raja kelantan 2013.

so sampai kat ipc pukul 2, terus naik tukar baju bsmm. sebab masa tu pakai baju pergi jalan-jalan. hehe. tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 5 lebih tak start taklimat pun lagi. haish resah gelisah dah.. suruh datang pukul 2. tapi pukul 5 lebih tak start apa-apa pun lagi. dah tu pukul berapa baru start? pukul berapa habis? balik lewat ooo. dah la sakit perut Mr. P punya pasal. lupa pergi minum air sejuk masa dalam kereta tadi. huuuu T_T

hujan. so taklimat kejap. bahagi-bahagi kumpulan untuk check point, lepas tu kena tunggu hujan berhenti pulak. saya check point ke 3! my darling ta daftar hari tu so dia datang then baru daftar. punya lahhh nak sangat, last-last dapat jugak masuk group saya. yeay!

check point 3. depan uitm cawangan kota bharu.

seronok jugak, dah lama sangat tak join aktiviti macam ni. kempunan tokk! sekali sekala dapat berhuha huha macam ni best jugak. lagipun aktiviti sihat kan? ihiks. dapat jugak jumpa-kenal dengan senior-junior bsmm yang lama dan baru. kat check point 3, ketua kitorang pengarah bsmm sendiri, Tuan Haron. then izzat (budak uitm), sorang budak lelaki tak ingat nama, husaini (tiba2 je muncul), izzati (budak smk penambang), saya and my darling.

okey, dah start berjalan. dah nampak Sultan Kelantan kat depan tu. lepas tu peserta2 pulak berjalan kat belakang. tak tahu lah berapa puluh ribu orang. ramai gila. lamaaaaaaaaa kena tunggu baru habis. lepas diorang semua dah habis lalu check point yang kitorang jaga, kitorang kena ikut jalan belakang diorang jugak. huhu masa tahun 2011 tak kena berjalan pun! 

okeylah. ada 11 check point semuanya.
gambar curi kat blog orang! hehe
dah habis, kena balik ke ipc. ada penyampaian saguhati. bagi baju. saiz L. tinggal sejengkal je lagi nak sampai lutut. besarrr! haha. (tapi ingatkan ada sijil. tahun 2011 time join tak ada sijil. 2012 tak join ada sijil. 2013 join ni tak ada pulak ke???)

pukul 7.45 bertolak balik. 8.15 sampai rumah. terkejut sebenarnya. sebab tak sangka dalam masa 30 minit boleh sampai rumah. biasanya 30 minit, dari rumah, baru sampai pasir tumboh.


**tak habis2 kena kacau dengan mat psiko. sedih. sebab dah tak ada orang nak dengar masalah kiterrr.

Thursday, June 13, 2013

it was not just a dream! :O

semalam kita texting. semalam awak call. kita borak panjang (walaupun tak lamaaa macam dulu).

dan pagi ni..

pagi ni mungkin tak kan ada dah semua tu. kita dah bawak diri masing-masing kan? mungkin salah saya. salah saya yang kurang nak berterus-terang dengan awak. simpan sorang-sorang. then blame u for this and that. so macam mana awak nak tau apa yang awak dah buat sampai saya jadi macam tu kan? susahnye laa nak bercerita benda-benda serius macam ni. saya hanya dapat tulis kat sini je lah..

i am so sorry for this. and that. and that too. and yes, the other that too.
pheww~

saya cakap ada banyak sebab saya nak kita macam ni kan? sebab dah macam-macam benda ada dalam kepala ni. tapi rasanya ada 1 sebab je yang menyebabkan semua masalah tu. sebab yang utama.
puas saya fikir. kenapa saya tak boleh sayang awak lebih. kemudian saya sedar.. sebelum2 ni pun saya macam ni jugak. until dia berkawan dengan ummi saya. (dia tu siapa2 je la) tapi...

awak tidak dikenali ummi.

awak tau maksud saya kan? ye, ummi dah kenal awak. but she know you just a friend of mine. and u want more than that. awak nak kita lebih dari kawan. tapi awak tahu kan prinsip saya.. tu membuatkan awak tak ada kesungguhan. saya tak nampak dalam diri awak. even awak cakap awak memang betul-betul serius nak. tapi awak tak try approach ummi saya. she is my life! selagi diizinkan Allah, i want her to be my guardian. to be my mother. and for every single step in my life, she is really really important. ummi sangat penting. untuk menjadikan awak juga penting, saya perlu awak berbuat sesuatu.. tapi.. hmm dah berapa kali saya cakap kat awak. 
but you won't listen.
sebab tu kali ni saya bagi alasan lain pulak kat awak. saya tak cerita dah pasal ni. no use. kan?

so macam mana ni? someday, kalau awak betul-betul dah ready.. kalau awak masih perlukan saya, jumpa ummi dulu okey? take care. garnier.

Tuesday, June 11, 2013

permintaanku..

Allahurabbi.. aku ini sering saja berbuat jahat. sering saja melakukan dosa. sering saja melakukan zina.

ampunkan dosa-dosaku ya Allah. hambamu ini sering lupa. 

bimbinglah aku. 
pimpinlah aku dalam setiap langkahku. 
dekatkan diriku denganMu. 
jadikan aku hambaMu yang selayak-layaknya untuk berada di syurgaMu.

sesungguhnya syurgaMu sangat istimewa.