assalamualaikum.
dalam mood mengantuk. -__-
sampai rumah pukul 8.15 tadi, landing atas katil. terus tertidur haa.. dengan tak mandi tak basuh muka mekap-mekap ni. makan megi baru 2-3 suap dah tidur. penat sangaaatt!
okey2.
starts the story.
plan pukul 8.30 nak bertolak. hantar my sis ke rumah nenek dulu sebab dia demam. tak pergi sekolah la. tapi sebab dia tidur and saya tak sampai hati nak kejutkan, tunggu pukul 9 kot baru dia bangun. so siap-siap semua, hantar kat rumah nenek, pukul 11 baru saya bertolak dari sana.
pukul 12 sampai rumah my darling, isya. belum siap lagi dia! haish. nasib baik kena tunggu kejap je untuk dia bersiap. kalau tak, mau mengamuk saya haha. then kitorang ke 1, 2, 3 butik pengantin kat area pcb dan kedai buloh. 1 kat area pc. ingat nak pergi lagi tapi tengok jam tinggal kurang 30 minit lagi nak pukul 2. kena pergi lapor diri kat ibu pejabat bsmm pulak! so tak jadi la pergi tempat lain. terus heading ke ipc. tapi nasib kurang baik. jem sebab orang tengah balik lunch kot.. huhuu. dan jalan pun ada yang dah ditutup. sebab program WALK WITH ME. walkathon d'raja kelantan 2013.
so sampai kat ipc pukul 2, terus naik tukar baju bsmm. sebab masa tu pakai baju pergi jalan-jalan. hehe. tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 5 lebih tak start taklimat pun lagi. haish resah gelisah dah.. suruh datang pukul 2. tapi pukul 5 lebih tak start apa-apa pun lagi. dah tu pukul berapa baru start? pukul berapa habis? balik lewat ooo. dah la sakit perut Mr. P punya pasal. lupa pergi minum air sejuk masa dalam kereta tadi. huuuu T_T
hujan. so taklimat kejap. bahagi-bahagi kumpulan untuk check point, lepas tu kena tunggu hujan berhenti pulak. saya check point ke 3! my darling ta daftar hari tu so dia datang then baru daftar. punya lahhh nak sangat, last-last dapat jugak masuk group saya. yeay!
check point 3. depan uitm cawangan kota bharu.
seronok jugak, dah lama sangat tak join aktiviti macam ni. kempunan tokk! sekali sekala dapat berhuha huha macam ni best jugak. lagipun aktiviti sihat kan? ihiks. dapat jugak jumpa-kenal dengan senior-junior bsmm yang lama dan baru. kat check point 3, ketua kitorang pengarah bsmm sendiri, Tuan Haron. then izzat (budak uitm), sorang budak lelaki tak ingat nama, husaini (tiba2 je muncul), izzati (budak smk penambang), saya and my darling.
okey, dah start berjalan. dah nampak Sultan Kelantan kat depan tu. lepas tu peserta2 pulak berjalan kat belakang. tak tahu lah berapa puluh ribu orang. ramai gila. lamaaaaaaaaa kena tunggu baru habis. lepas diorang semua dah habis lalu check point yang kitorang jaga, kitorang kena ikut jalan belakang diorang jugak. huhu masa tahun 2011 tak kena berjalan pun!
okeylah. ada 11 check point semuanya.
gambar curi kat blog orang! hehe |
dah habis, kena balik ke ipc. ada penyampaian saguhati. bagi baju. saiz L. tinggal sejengkal je lagi nak sampai lutut. besarrr! haha. (tapi ingatkan ada sijil. tahun 2011 time join tak ada sijil. 2012 tak join ada sijil. 2013 join ni tak ada pulak ke???)
pukul 7.45 bertolak balik. 8.15 sampai rumah. terkejut sebenarnya. sebab tak sangka dalam masa 30 minit boleh sampai rumah. biasanya 30 minit, dari rumah, baru sampai pasir tumboh.
**tak habis2 kena kacau dengan mat psiko. sedih. sebab dah tak ada orang nak dengar masalah kiterrr.
**tak habis2 kena kacau dengan mat psiko. sedih. sebab dah tak ada orang nak dengar masalah kiterrr.
No comments:
Post a Comment