Sunday, June 9, 2013

Konvo?

Assalamualaikum.

hmm baru balik dari KL. konvo my mother 5 Jun hari tu. pergi 3 - 6 Jun. gambar belum boleh upload sebabnye tak siap edit lagi. hehe. gambar banyak sangat so kena pilih-pilih dulu then edit.

fuhh. seronok? bab ambik gambar memang laa seronok. dan tengok my mother dah graduate pun rasa seronok. bangga. 4 tahun korbankan masa, tenaga, wang ringgit demi anak-anak. nak tunjuk teladan kat anak-anak. and finally she did it! congrats my lovely mummy!

3 Jun
kitorang pergi semua termasuk 4 beradik + atuk nenek + mak sedara dengan anak dia. naik kereta je.. senang kalau pergi ramai-ramai macam tu. lagipun boleh berhenti ikut keperluan sendiri kan.. so timingnya? hm tak berapa ingatlah. tapi kalau tak silap dekat 9 jam kot. bertolak pukul 8.15 am then singgah rumah tok sedara kat Gua Musang 30 minit, singgah makan dan solat kat Hentian Benta 1 jam setengah.. sampai kat Kampung Baru around 5 pm kot!

tunggu mak sedara yang bongsu (chesu) dengan pak sedara yang kedua (ngah) kat Kampung Baru. diorang habis kerja terus datang kat kitorang. pergi makan kejap then pergi homestay kat Dengkil. malam tu tak pergi mana-mana. just keluar kejap dengan adik kedua dan chesu kat kedai mamak beli roti canai lepas tu balik rumah. rehat-rehat.

4 Jun
bangun awal pagi. lepas tu siap-siap kejap untuk hantar ummi kat PICC. rehearsal konvokesyen. pergi dengan adik kedua dan chesu je jugak. terus balik rumah, tengah hari tu semua orang kat homestay tu ketiduran. kepenatan! adik kedua pergi ambil ummi kat PICC tengah hari tu. balik makan, siap-siap lepas tu kitorang keluar.

destinasi.. Nilai. family saya semua dah pernah pergi. saya je yang terperuk terceruk di rantau mana ntah. hari tu baru 1st time pergi Niai (malu je). huhu. tapi memandangkan saya tengah sengkek time tu, satu barang pun saya tak beli. puas pusing semua kedai, saya duduk je kat luar tu diam-diam tunggu family siap shopping. malu weyhh nak cerita kat ummi yang saya tak ada duit. biar je lah tak beli apa pun. simpan dulu dit ni. lain kali ada rezeki boleh datang lagi kan? sobs sobs. then hujan turun nangis sama-sama dengan saya. hehe

sampai kat rumah dah maghrib rasanya. makan cepat-cepat sebab ada plan lain kami adik beradik. (saya, adik kedua dengan adik ketiga je. budak kecik tak boleh ikut). hehe. kami ke Alamanda Shopping Centre. Alhamdulillah tak susah pun nak pergi sana walaupun kami bertiga tak pernah sampai sana. dan tak kenal pun jalan kat Putrajaya tu. guna GPS memang la senang kan. hihihi. tapi malang nasib kami malam tu.. elok-elok sampai tunggu nak masuk ruang shopping tu je. tapi kami tersilap tangga. turun turun turun, tengok kat luar tempat gelap. eh salah tempat ni! baru je saya pusing nak capai pintu, pintu pun tertutup. dan tombol kat luar tu tak ada. mampuss.

tahu kami kat mana? kat bawah tanah haaaa! seram gila kot.. macam scene dalam movie dah kalau tengok. punya lah luas tempat tu.. tak tahu barang-barang apa ada kat situ. walaupun saya perempuan, tapi sebagai kakak sulung, saya kuatkan hati buat-buat berani menonong je berjalan. nak cari jalan keluar. sebab memang tak ada pintu yang boleh kami buka dan keluar dari situ. orang pun tak ada.. pheww~

lastly jumpa jugak pintu, terjah masuk. Alhamdulillah betul. dah berada kat ruangan yang ada lif. baru je nak tekan butang, ada seorang pekerja bagitahu jalan untuk masuk ke tempat shopping. tak payah guna lif. kami cepat-cepat pergi cari. dah sampai, muka gembira, masing-masing senyum sampai ke telinga. saya letak tangan kat dada adik-adik. nah berdebar sorang-sorang! termasuk saya. haha siapa tak takut wey tak pernah datang lepas tu tiba-tiba sesat kat bawah tanah.

dah. habis yang tu. kitorang cari GSC. nak tengok Fast & Furious 6. 10.10 pm. ok. cun. cerita dia sweet sangat. tapi saya tak berapa faham part ending dia tu. hehe. ok dah habis jam 12.15 am kalau tak silap. keluar dari panggung, terus jadi kat luar shopping complex terus. haha masalah bermula sekali lagi.

memandangkan tadi kitorang masuk ke shopping complex dengan melalui jalan bawah tanah, sekarang berada kat atas tanah buat kitorang jadi blank. masing-masing muka suspense balik. macam mana nak pergi kat kereta kalau tempat parking pun tak tahu kat mana?? ada parking utara dan selatan. ok fine saya tahu orang lain dah biasa dengan tempat tu and maybe ketawa terbahak-bahak la baca cerita saya ni. but hey this is my story ok. pengalaman saya yang ntah apa-apa. haha.

pergi ke tempat parking terdekat. dek kerana takut kejadian-tak-boleh-buka-pintu tadi berulang lagi, kali ni kitorang suruh adik ke3 jaga kat pintu tangga tu. saya dengan adik ke2 naik. tapi dia refuse. takut tingkat atas pun tak boleh bukak pintu juga. saya terus naik naik naik dan masuk jenguk kat setiap tingkat. semua tempat parking. tapi bukan tempat yang kami letak kereta tadi. sampai atas sekali, tingkat 7, jenguk kat luar bukan tempat parking pulak dah. macam tempat shopping jugak. saya pelik. masuk tengok intai-intai. tapi sebab dah gelap + tak ada orang, saya cepat-cepat turun balik.

berjalan ke sana ke sini, lastly kitorang nekad berjalan kaki pusing Alamanda tu. nak cari Carrefour. sebab tadi parking atas tu. dalam hati ni tak payah cerita laa. pehh punya la penat berjalan. akhirnya jumpa jugak. rupa-rupanya betul-betul kat bangunan yang kitorang duk cari tadi. dan kereta tu berada kat tingkat 7! area shopping yang saya cakap tu tak jauh je dari kereta. ciskek betul lah. dah la nak keluar tu kena bayar tiket dulu. dalam bangunan tu dah gelap gelita. cleaner pun dah berjalan nak balik. tapi saya dengan adik ke3 gigih cari mesin bayar tiket tu. fuhh settled!

sampai kat rumah dah pukul 1 lebih. letih.

5 Jun
bangun awal pagi sebab ummi kena berada kat PICC pukul 7.30 am. kitorang sampai sana 7.15 am. hari ni semua jadi orang digi ye uols! sebab baju kurung yang my mother pakai untuk konvo hari tu warna latar dia warna kuning. hmm ummi masuk dewan. atuk nenek pun pergi dewan. tinggallah kami kat luar ni.. masuk dalam taman dia kejap bergila-gilaan ambil gambar lepas tu naik atas duduk kat sofa buat macam kat rumah sendiri, ambil gambar lagi., kemudian... semua tidur! wah3 dah tak hirau orang sekeliling. saya pun sempat la tidur 1 jam dengan lenanya. haha.

dipendekkan cerita.. ummi call suruh semua naik atas. sebab ummi dapat Anugerah Akademik Terbaik. so IPG kampus buat majlis kecil-kecilan dan jemput semua ahli keluarga. dan... masa ni lah berlakunya masalah yang menyakitkan hati. bila nak naik, kami dihalang oleh ENCIK HANAFI dari IPG KAMPUS IPOH. katanya dia yang in-charge. kami tak boleh naik sebab menyalahi etika. call ummi, ummi cakap sendiri dengan encik tu. cakap pengarah bagi. malu gila saya kat situ dengan ramai orang, dengan dia cakap kitorang menyalahi etika. haish. lastly dia cakap okey tak apa saya langgar etika bagi kamu semua naik tapi saya kena naik jugak. nak tengok pengarah mana yang sayang sangat dekat student dia ni. berdesing telinga.

sampai 2nd floor, dia suruh berhenti, suruh ummi datang jumpa. masalahnya bukan 2nd floor yang kami patut pergi. tapi tingkat atas sekali, 3rd floor. lama call, ummi pulak tak angkat. lepas tu ummi datang, dia ikut jugak. siap tanya lagi, dapat anugerah apa sampai dapat keistimewaan macam ni? haa engkau melampau tau~~
dah sampai depan pengarah IPG ummi, yang mana pengarah tempat saya study jugak. pegawai tu siap sapa lagi saya.. sebab kitorang kenal. pegawai tu cakap okey, baru dia senyap then terus pergi mana ntah. aii menyirap air sirap dalam badan saya ni. geram je nak cerita perangai 'beretika' ENCIK HANAFI kat pegawai tu.. huh.

dah siap sesi ambil gambar, kami ke Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin. outdoor la pulak kan! haha. solat zohor kat situ then pergi PICC balik hantar jubah, terus balik rumah kemas-kemas barang kemudian ke rumah ngah. malamnya keluar makan 1 keluarga besar.

6 Jun
nak cakap apa? jam 9 kami bertolak pulang. kali ni lagi banyak singgah. beli buah, pergi tandas, solat dan makan. balik ikut jalan terengganu. sampai rumah pak sedara ketiga (ayah nik) pukul 6.30 pm. safely arrived home pukul 7.30 kot.

No comments:

Post a Comment