Tuesday, January 29, 2013

days with the girls!

assalamualaikum.

sihat? dalm kelas tadi gempar kejap. ada sorang kawan dikejarkan ke hospital. puncanya? tak tahu la. dari pagi tadi dia cakap jadi pening-pening. time lecturer mengajar, dia pergi toilet 2x, lamaaaa sangat! lepas tu ada seorang kawan pergi tengok, then cakap kat lecturer nak bawak dia balik hostel. rehat-rehat. habis je kelas pukul 11.15, kawan yang lain cakap kat lecturer dia sakit. minta tolong lecturer hantarkan ke hospital.. kesian dia. saya ke library. call diorang, rupa-rupanya dia sakit sebab tekanan darah rendah sangat. plus, maybe sebab gastrik juga kot? Alhamdulillah gastrik saya dah makin ok. kesian sangat tengok kat dia tadi. :(


dan nak cerita pasal picnic ari tu. saja-saja. girls day out dengan clique time sekolah menengah dulu. wahhh happy sangat-sangat! dah lama tak jumpa ramai-ramai macam ni. saya, lin, e'zzah, mien, anis, farah, mieza, kimah, pypah and a friend of her, aisyah. pergi time cuti maulidur rasul hari tu. sabtu, 26 jan. janjinya pukul 10 pagi dah ada kat pantai irama, bachok. saya bertolak dari rumah pukul 9, sempat patah balik ambil baju untuk mandi, singgah kedai beli air dengan ais, tunggu kat pasir tumboh still diorang tak sampai lagi. masa tu pukul 10 dah. lastly 1 jam kemudian baru nampak batang hidung si fazlin ni. aii mau tak panas hati i ni menunggu sorang-sorang kat situ. dah sampai lin, mien, e'zzah dengan anis.. anis tukar masuk kereta saya. nak temanlah kot?


sampai sana, mieza dengan farah dah tercongok tunggu kitorang. haha. kesian. tu lah janji pukul 10! dah nak tengah hari baru sampai.. ish ish ish.
tengah nak buat bara nak bakar ayam, pypah dengan aisyah pun datang. at first, tak menyala arang tu. tiub tak bawak, minyak gas tak bawa. dengan angin lagi.. kuat sangat! tapi guna surat khabar, Ahamdulillah nasib baik menjadi. then bakar-bakar ayam, ambil gambar, makan! :)


thanks mieza sebab bawakan bihun gorang, thanks anis sebab sediakan ayam diperap. thanks farah sebab beli sosej banyakk sangat. thanks pypah sebab bawa keropok dan limau cina. nyum2. thanks e'zzah sebab bawa sos. thanks mien sebab bawa sudu garfu. thanks lin sebab bawa tikar je! tak ada tikar tak boleh duduk dengan selesa kita hari tu kan.. hehe. dah separuh jalan makan, kimah baru datang.



bila dah siap makan, ejo dengan hasif pula call. diorang ada kat pantai tu jugak. jumpa kejap. diorang ajak pergi makan abc. tapi sebab datang dengan kawan, plus dah lewat nak balik, plus tak ingat jalan time nak datang tadi so terpaksa cakap tak boleh. sorry!


dah settle dengan sesi ambil gambar dengan si cantik semua, heading to masjid nearby pula. solat Zohor. dah pukul 3 baru bertolak balik..
sedih sebab tak dapat join the other 7 berjimba di kbmall. saya dah lewat nak balik kampus. anis pun jadi mangsa, terpaksa balik dengan saya sebab dah tak muat nak jadikan 8 orang dalam kereta lin tu. saya drop anis otw balik rumah.

hey my girl, my girl. this is for u :)

assalamualaikum.

this entry special untuk my beloved girlyang bertunang ahad lepas. i am happy for u dear :')

hari jumaat tu, saya memberanikan diri drive sorang-sorang ke pcb untuk berjumpa dengan si comel ni. nak tolong dia buat gubahan untuk hantaran pertunangan. jem sangat-sangat di kb. fuhh. lega sangat dapat jumpa dengan dia. sanggup drive ke sana. sebab she is the one yang suka panggil saya dengan panggilan bestfriend. dan dia juga lah satu-satunya gadis lembut yang tiba-tiba bertukar jadi kasar sebab saya dibuli oleh lelaki. terharu sangat tau sayang! eh masa tu je dia jadi kasar. memang all the time, dia jenis lembut.. hehe

so.. sampai rumah dia dah dekat tengah hari. tanya my mum macam mana nak buat sparkle kat bunga. then she called, cakap boleh balik lewat sebab nak tolong isya. hehehe. love u mum :*

tema biru putih. *tak sempat nak ambil gambar gubahan bakul yang kitorang buat tu*. makan nasi. then pukul 3.30 pergi ke pcb. dekat je dengan rumah dia. around 5 minutes kot? nak jumpa dengan other friends.  kitorang berempat memang dah lama kenal. dan rapat. selalu pun kalau cuti, kitorang akan cari masa untuk keluar sama-sama. harap-harap kekal sampai bila-bila :)
pergi minum air nyor sebiji. hahaha. eksen lebih. padahal baru lepas makan nasi. perut full gila.. lastly tak habis makan buah dia. sebab nak ke kb pula. nak cari barang sikit dan tempah kek. *langsung tak ambil gambar dengan bestie ni* :(

ke kbmall. solat asar dulu. pergi secret recipe tapi keknya tak ada. dah lewat. kami ke pc pula nak pergi makan char kuey teow sedap. si comel yang ajak.. heee mentang-mentang ummi bagi balik lewat, balik lewat betul-betul ye :p

memang kedai tu ramaiiii sangat orang. terpaksa tunggu giliran untuk meja. dia just gerai je sebenarnya.. kawan-kawan dah ajak pergi makan kat kedai lain. sebab penuh. saya dah sedih-sedih sikit sebab datang situ kan nak makan char kuey teow. plus, aroma dia.. perghh lapar jadinya! tunggu jugaklah turn untuk meja. hehe thanks kawan-kawan. sambil-sambil tunggu order kami sampai, sempat ke snogurt dulu.
thanks sebab belanja, sayang!
okey, char kuey teow special dah sampai. yummy! *lupa nak ambil gambar* udang dia banyakkk sangat. dan besar. nanti nak ke situ lagi lah.

siap makan, hantar dia dah dekat isyak. sayang, i am so so so sorry sebab tak dapat temankan awak time awak bertunang. ada kelas. kalau tak, saya sanggup datang dari besut ni ke pcb. sedih sangat. time awak konvo pun saya tak pergi kan? soryy :'(

hmm lepas tu ejo terpaksa temankan saya separuh jalan, sampai melor. sebab saya tak pernah drive time malam sebenarnya. jauh pula dari rumah. hehe cari pasal sangat kan :p

sampai melor, kitorang berpecah. thanks tau temankan. nanti ada jodoh kita jumpa lagi. huhu 

5 minit kemudian, sampai rumah. tidur. krohh krohhh. pukul 3 baru bangun solat isyak -__-"

Wednesday, January 16, 2013

seeking for rumah sewa :3

assalamualaikum

haiii. petang semalam saya dengan kawan-kawan pergi tengok homestay kat wakaf zin, bachok. untuk sewa time praktikum nanti. okey, this semester i will have my 1st practicum at SK Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. selama 1 bulan. dari 31 Mac sampai 28 April. so kena cari rumah sewa sebab sekolah tu jauh dari IPG. dan jauh juga dari rumah. ambil masa dalam 1 jam kot kalau nak pergi sana.

tapi saya ada problem sikit nak tinggal kat rumah sewa dengan kawan-kawan. for me, sewa rumah tu mahal sangat.. rm 1000 per month. rumah teres 3 bilik, 2 bilik air. tapi kawan-kawan cakap murah sangat-sangat. perghh. tu nasib baik 1 rumah duduk 12 orang kalau termasuk saya. sebab 4 orang 1 sekolah. campur semua sekali dari 3 buah sekolah jadilah 12 orang. kalau duduk 4 orang je? hmm. ntah laa.. maybe saya terpaksa berulang-alik dari rumah ke sekolah tiap-tiap hari. fuhh mesti penat sangat..

weekend ni nak try pergi situ sekali lagi dengan kawan. tapi dari rumah. sebab nak tau jarak dia dari rumah ke sekolah tu.. sebab sekolah tu dah dekat sangat dengan kb. memang jauh sangat dari rumah. hmm harap-harap dipermudahkan segala urusan :)
housemates, rommates, colleagues and blablabla

Monday, January 14, 2013

tahu KALORI makanan anda??

Dalam sehari-hari kita makan, tak ramai pun yang ambil tahu pasal kalori dalam makanan kita tu kan? ramai yang diet, tapi ramai juga yang buat dengan cara tak betul. jadi, kali ni jom tengok berapa banyak kalori dalam makanan rutin kita.

*mencari dan tercari pasal kalori sebab roommate on diet. caring sikitt! saya pun nak tahu juga makanan apa yang paling banyak kalori. sebab nak naikkan berat badan ni. hmm~
Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop = 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping = 58 kal

Lain-lain
Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)

Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori

Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori

Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori

Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori

Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori

credit to: DarkBatman
credit to: http://kalorimakanan.blogdrive.com/

Saturday, January 12, 2013

hari bersama Green Soldier

assalamualaikum :)
hai. nak cerita.. pagi tadi saya join program gorong-royong under im4u. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang anjurkan. dana dari im4u. lebih kurang laa.. jadi sukarelawan la pulak. haha. join sebab nak sijil kokurikulum. macam budak sekolah kan? terpaksa cari inisiatif mengaktifkan diri demi masa depan cemerlang gemilang dan terbilang :p

program tu sepatutnya start pukul 9.30 pagi. saya pergi dengan kawan, dibah. tunggu cik abang dia, lepas tu pergi breakfast pulak, pukul 9.10 pagi baru betul-betul bertolak ke Lata Belatan.

sampai sana, tikah dah ada. hihi kunci kereta dia tertinggal kat dalam kereta. dan kereta dah dikunci. nervous katanya! hahaha. gabra sebab tengok students UPNM dah ada, dengan pakai baju IM4U. lepas tu students IPG pula ramai, pakai baju ko. saya jadi pelik.. betul ke tak si tikah ni.. err??

dah tukar baju IM4U, dengar taklimat ringkas dulu, dalam pukul 10.30 start aktiviti. tak banyak pun sampah yang ada.. sebab Lata Belatan tu tempat yang dijaga Majlis Daerah Besut. ada orang yang sapu sampah, ambil sampah.. kami kutip sikit-sikit je. dan tiba-tiba jadi rajin pelik hari ni. sampaikan daun-daun kat situ pun kami sapu.. memang clean and clear lah!

lepas tu, dekat pukul 12 kami berhenti buat kerja. dah penat laa :p

duduk berbual kejap. makan. lepas tu tunggu family tikah datang. main air kejap dengan adik-adik tikah. lepas tu diorang balik.. saya dengan dibah naik Gunung Tebu tu sikit. tengok-tengok ada 1 kawasan kat atas tu dah diumumkan sebagai tempat berbahaya. kami takut sikit sebab kat atas tu dah tak ada orang. so turun balik.. pergi kat kereta, balik je lah :)

okey itu je sebenarnya.

pssst! tadi jumpa ulat gonggok besar ni time jalan nak naik bukit. besar betul.

Friday, January 11, 2013

hello young man ;)

assalamualaikum wbt :)

apa khabar? awak, dah lama tak contact kan? wahhh banyakkk sangat yang saya nak cerita kat awak. tiap kali ada something happened, hati ni terus teringat nak call atau mesej awak. cerita cerita dan cerita. woohoo!

tapi kan.. tak boleh. sebab awak sombong. agak malu jugak nak sibuk-sibuk cerita pasal diri saya kat orang yang tak nak tau pun pasal tu.. hehe. so cerita kat sini je lah :)

2013, saya pindah bilik naik tingkat 3. fuhh penat tau awak kena panjat tangga tinggi-tinggi. plus, saya memang suka sangat naik tangga ni kan.. time duk kat tingkat 1 dulu pun malas nak turun pergi cafe. sekarang awak boleh bayangkan tak macam mana? haha. kawan saya siap kira lagi berapa kali saya naik turun tangga dalam sehari. 2x time pergi dan balik dari kelas + 2x time ada kelas petang + 2x time turun makan malam kat cafe. itu pun kalau ada kelas petang dan kalau turun makan. haha apelahh :p

awak tau tak berita apa paling menggelikan hati time mula-mula sampai kat bilik tahun ni??? hahaha. ex saya mintak maaf kat saya. dan yang paling best sekali, dia cakap kalau saya ada hati lagi kat dia, dia nak couple balik. perghh tak percaya betul. hahaha nak gelak guling-guling saya dengar. nak muntah pun ada. dia tak sihat kot time tu.. agaknya. hm.. ada kawan yang tolong sampaikan. dia suruh kawan saya bagitahu. haha seriously menggeletek paru-paru limpa jantung saya :D

lagi.. kelas saya sem ni tak best. sebab sampai petang. ada yang sampai 6.45 baru habis. what the dotdotdot.. tak tahu lah kalau awak dah biasa. tapi saya tak. dan saya tak suka..! huhu. dah la start pukul 7.45, balik 12.15, 2.15 sambung kelas petang pulak.. kalau boleh balik bilik time 12.15 tu tak apa jugak. boleh landing atas katil. yang tak tahan, sekarang dah ada mak guard pulak, jaga kat hostel.. so tak boleh balik sebelum 1.15.. huu apelahh T_T

and hey! i got a new haircut! peace. haha. dah lama kan saya nak potong rambut? tapi tak ada peluang nak buat. susahnya nak cari kedai untuk muslimah. at last tadi, saya minta ummi tolong potong. so tak boleh mengada nak buat yang pelik-pelik lah. just potong biasa je. haha. tak banyak pun. sejengkal je. ingatkan ummi nak potong pendek sikit. so 11 jan 2013 pukul 2 kot? ummi potong rambut saya setelah lamaaa ummi tak buat. dulu time kecik-kecik ummi dengan abah yang potong rambut saya :)

hari ni jumaat kan.. tapi petang tadi saya dah datang kat hostel ni. seorang. hehe. saya drive sorang-sorang awak tahu! hwaa. nak nangis rasa tadi. ada la part yang 'tak menjadi'. tapi Alhamdulillah sampai jugak kat sini. nasib baik tak jadi apa-apa tadi. mesti ummi bangga dan gembira sebab saya dah NAK drive sendiri dan sampai dengan selamat. actually saya tak cerita la part yang 'tak menjadi' tu. rasa nak berhentikan kereta and jalan kaki je tadi. heheh. padan muka. dulu lepas dapat lesen, simpan je lesen tu dalam purse kan.. padan muka! haha

itu cerita pasal saya. pasal awak? saya just tahu sikit je.. nak tanya. tapi confirm tak akan ada jawapan dari awak kan.. so tamatlah sudah peranan saya dalam hidup awak. hm tak pernah ada orang yang betul-betul serius nak saya berada kat sisi dia sampai bila-bila. sedihnya.. sobs sobs. tak apalah. saya dah makin kuat sekarang. Allah Maha Adil. dan Dia dah aturkan semuanya dengan baik.. akan tiba masanya nanti. kan?

Thursday, January 10, 2013

kisah sahabat vs makhluk ghaib

assalamualaikum wbt :)

hai. hmm kali ni nak cerita pasal seorang hamba Allah yang sering diganggu dengan makhluk ghaib. hamba Allah ni sangat rapat dengan saya.

salah seorang sahabat saya.. dulu dia sering rasa tak selesa dan rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya. dia diamkan saja dan tak pernah cerita pada sesiapa termasuk keluarganya. kalau cerita pun sekadar cakap biasa-biasa je dan tak bincangkan dengan serius. sehinggalah pada suatu hari sahabat saya ni terdetik untuk menceritakan kisah dia pada 2 orang rakan sekelasnya. kebetulan salah seorang rakan dia tahu sedikit sebanyak tentang perkara ni. kemudian kawan dia ajak pergi jumpa pensayarah tempat dia study. pensayarah tu ada ilmu tentang ni dan pernah ubatkan kawan kepada kawan dia tadi.

badan dia selalu jadi ada lebam-lebam.. dan lebam-lebam tu pula biasanya ada kat bahagian kaki. kalau ada lebam kat peha dan betis memang jadi benda biasa bagi dia. yang peliknya lebam tu ada walaupun tak terlanggar apa-apa dan biasanya tak sakit. sahabat saya ni jugak selalu rasa meremang bulu roma di seluruh badan. kawan-kawan dia yang lain pula cakap pernah dengar suara dia kat bilik padahal masa tu dia tak ada kat bilik! 1 lagi, sahabat saya ni jadi penakut sangat-sangat walaupun dulu dia berani. hm banyak lagi perkara yang berkaitan macam ni jadi pada dia..

pensyarah tadi cakap memang ada something wrong bila tengok pada raut wajah sahabat saya tu. then dia bagi air untuk hilangkan rasa takut dan beberapa ayat al-Quran untuk dia amalkan.

pada awal dia amalkan, katanya menjadi. rasa ok sikit.. tapi lama-lama dia rasa dah selesa, dia dah tak buat apa yang pensyarah tu suruh.. -__-

tadi dia cerita.. mak dia ada pergi jumpa orang ni. dan dia cakap sahabat saya ada 4 ekor hantu pari. erkk?! rupa-rupanya betullah memang ada benda pada dia. saya tak tahu sangat pasal benda-benda macam ni.. so tadi saya search sikit pasal hantu pari ni. Alhamdulillah sekarang dia dah okey dan tak ada lebam-lebam macam dulu dah :)