assalamualaikum :)
hai. nak cerita.. pagi tadi saya join program gorong-royong under im4u. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang anjurkan. dana dari im4u. lebih kurang laa.. jadi sukarelawan la pulak. haha. join sebab nak sijil kokurikulum. macam budak sekolah kan? terpaksa cari inisiatif mengaktifkan diri demi masa depan cemerlang gemilang dan terbilang :p
program tu sepatutnya start pukul 9.30 pagi. saya pergi dengan kawan, dibah. tunggu cik abang dia, lepas tu pergi breakfast pulak, pukul 9.10 pagi baru betul-betul bertolak ke Lata Belatan.
sampai sana, tikah dah ada. hihi kunci kereta dia tertinggal kat dalam kereta. dan kereta dah dikunci. nervous katanya! hahaha. gabra sebab tengok students UPNM dah ada, dengan pakai baju IM4U. lepas tu students IPG pula ramai, pakai baju ko. saya jadi pelik.. betul ke tak si tikah ni.. err??
dah tukar baju IM4U, dengar taklimat ringkas dulu, dalam pukul 10.30 start aktiviti. tak banyak pun sampah yang ada.. sebab Lata Belatan tu tempat yang dijaga Majlis Daerah Besut. ada orang yang sapu sampah, ambil sampah.. kami kutip sikit-sikit je. dan tiba-tiba jadi rajin pelik hari ni. sampaikan daun-daun kat situ pun kami sapu.. memang clean and clear lah!
lepas tu, dekat pukul 12 kami berhenti buat kerja. dah penat laa :p
duduk berbual kejap. makan. lepas tu tunggu family tikah datang. main air kejap dengan adik-adik tikah. lepas tu diorang balik.. saya dengan dibah naik Gunung Tebu tu sikit. tengok-tengok ada 1 kawasan kat atas tu dah diumumkan sebagai tempat berbahaya. kami takut sikit sebab kat atas tu dah tak ada orang. so turun balik.. pergi kat kereta, balik je lah :)
okey itu je sebenarnya.
pssst! tadi jumpa ulat gonggok besar ni time jalan nak naik bukit. besar betul.
No comments:
Post a Comment