assalamualaikum wbt :)
apa khabar? awak, dah lama tak contact kan? wahhh banyakkk sangat yang saya nak cerita kat awak. tiap kali ada something happened, hati ni terus teringat nak call atau mesej awak. cerita cerita dan cerita. woohoo!
tapi kan.. tak boleh. sebab awak sombong. agak malu jugak nak sibuk-sibuk cerita pasal diri saya kat orang yang tak nak tau pun pasal tu.. hehe. so cerita kat sini je lah :)
2013, saya pindah bilik naik tingkat 3. fuhh penat tau awak kena panjat tangga tinggi-tinggi. plus, saya memang suka sangat naik tangga ni kan.. time duk kat tingkat 1 dulu pun malas nak turun pergi cafe. sekarang awak boleh bayangkan tak macam mana? haha. kawan saya siap kira lagi berapa kali saya naik turun tangga dalam sehari. 2x time pergi dan balik dari kelas + 2x time ada kelas petang + 2x time turun makan malam kat cafe. itu pun kalau ada kelas petang dan kalau turun makan. haha apelahh :p
awak tau tak berita apa paling menggelikan hati time mula-mula sampai kat bilik tahun ni??? hahaha. ex saya mintak maaf kat saya. dan yang paling best sekali, dia cakap kalau saya ada hati lagi kat dia, dia nak couple balik. perghh tak percaya betul. hahaha nak gelak guling-guling saya dengar. nak muntah pun ada. dia tak sihat kot time tu.. agaknya. hm.. ada kawan yang tolong sampaikan. dia suruh kawan saya bagitahu. haha seriously menggeletek paru-paru limpa jantung saya :D
lagi.. kelas saya sem ni tak best. sebab sampai petang. ada yang sampai 6.45 baru habis. what the dotdotdot.. tak tahu lah kalau awak dah biasa. tapi saya tak. dan saya tak suka..! huhu. dah la start pukul 7.45, balik 12.15, 2.15 sambung kelas petang pulak.. kalau boleh balik bilik time 12.15 tu tak apa jugak. boleh landing atas katil. yang tak tahan, sekarang dah ada mak guard pulak, jaga kat hostel.. so tak boleh balik sebelum 1.15.. huu apelahh T_T
and hey! i got a new haircut! peace. haha. dah lama kan saya nak potong rambut? tapi tak ada peluang nak buat. susahnya nak cari kedai untuk muslimah. at last tadi, saya minta ummi tolong potong. so tak boleh mengada nak buat yang pelik-pelik lah. just potong biasa je. haha. tak banyak pun. sejengkal je. ingatkan ummi nak potong pendek sikit. so 11 jan 2013 pukul 2 kot? ummi potong rambut saya setelah lamaaa ummi tak buat. dulu time kecik-kecik ummi dengan abah yang potong rambut saya :)
hari ni jumaat kan.. tapi petang tadi saya dah datang kat hostel ni. seorang. hehe. saya drive sorang-sorang awak tahu! hwaa. nak nangis rasa tadi. ada la part yang 'tak menjadi'. tapi Alhamdulillah sampai jugak kat sini. nasib baik tak jadi apa-apa tadi. mesti ummi bangga dan gembira sebab saya dah NAK drive sendiri dan sampai dengan selamat. actually saya tak cerita la part yang 'tak menjadi' tu. rasa nak berhentikan kereta and jalan kaki je tadi. heheh. padan muka. dulu lepas dapat lesen, simpan je lesen tu dalam purse kan.. padan muka! haha
itu cerita pasal saya. pasal awak? saya just tahu sikit je.. nak tanya. tapi confirm tak akan ada jawapan dari awak kan.. so tamatlah sudah peranan saya dalam hidup awak. hm tak pernah ada orang yang betul-betul serius nak saya berada kat sisi dia sampai bila-bila. sedihnya.. sobs sobs. tak apalah. saya dah makin kuat sekarang. Allah Maha Adil. dan Dia dah aturkan semuanya dengan baik.. akan tiba masanya nanti. kan?
No comments:
Post a Comment