Sunday, January 6, 2013

backpack travel *konon* :) #part 2

taraa! sambung cerita hari tu. dah lama. baru nak sambung balik. hehe

okey. dah naik feri. sampai kat jeti dalam pukul 6.30.. oleh sebab my mum nak sangat saya belikan ikan kering dan yang sewaktu dengannya tu, saya pun terus cepat-cepat cari kedai jual ikan kering. untuk bapa saudara. kawan saya asyik suggest IKAN KERING BESAR je. sedap katanya. hm? try la beli 2 ekor. ikan yang saya ambil tu untuk setiap ekor dalam harga rm34. wahh ikan kering pun mahal eh? then beli juga ikan masin yang jeruk tu. yang biasa orang buat kailan ikan masin. hehe. lagi? hmm beli jajan sikit untuk budak-budak.
total semua rm80++

duit dah tinggal sikit. borong sakan punya pasal. last-last kena ambil duit lagi. nak beli tiket. nanti tak boleh balik pula -__-

tukar plan. sebab awal sangat nak balik. tak jadi. saya akan ke penang pula! hee. okey cari tiket bas ke butterworth. hmm rm14.30 kalau tak silap. ok badan dan penat sangat. so cari hotel bajet kejappp. rm50 per night. okeylah tu.. katil queen, tv besar jugak, cermin siap ada 2 lagi! haha. letak barang-barang kat situ, then kena pergi mimet lak ambil beg. tiba-tiba pula hujan rintik-rintik turun. sejuk. ada pelangi tau! dah lama sangat tak tengok pelangi. Subhanallah. kagum sangat-sangat. otw ke mimet tu asyik tengok kat pelangi je. hmm :)

dah ambil beg, nak balik ke hotel. tapi singgah aeon pula. lama la jugak pusing-pusing kat situ. lepas tu lepak kejap. makan. pukul 9 bertolak ke hotel. awal sangat-sangat pukul 9 dah kena stay kat bilik. tapi kawan ada hal. terpaksalah..

buat apa lagi? belek-belek barang yang beli tadi. lepas tu tidur. good night :)


11 Disember 2012
tersedar seawal jam 5 pagi. sakit perut. aduh! pukul 7 tersedar lagi. plan nak bangun mandi pukul 7.30.. tapi dah tak boleh tidur, pergi mandi je la. bersiap. call kawan. 8.45 dia sampai. terus pergi ke stesen bas. oh kawan! tak bawak pergi breakfast pun. lapar~~~ hehe nasib baik memang dah spare roti. makan dulu masa tunggu bas.

pukul 9 bas sampai. okay time untuk naik bas.. hoho penang, here i come! :D


to be continued..again :p

No comments:

Post a Comment