assalamualaikum :)
hai. saya baru balik dari kb. keluar jalan-jalan dengan eg dan lin. dah lama tak jumpa kawan sekolah menengah ni.. time form 6 dulu tiap-tiap hari keluar dengan dia. ni lepas 2 tahun setengah pulak baru kitorang jumpa. hm nak bertunang dah pun kawan saya tu. saya? boyfriend pun tak ada. huuuu T_T
keluar pukul 3.40 petang. ambil kawan kat rumah dia. lepas tu pergi rumah sewa eg pulak. baru pergi makan. kitorang pergi makan chicken chop kat Mr. Cook. chicken chop special rm9. tapi saya makan tak habis pun. kebetulan hari ni tak sihat sikit.. uhuk2 :p
dah siap makan. ke tesco pulak. jalan-jalan kejap. lepas tu beli kek kat Secret Recipe. saya ambil 2 kek.. Turkish Indulgence dengan Dark Chocolate with Cheese (tak ingat nama betul dia). waahhh dua-dua tu sedap sangat! dah lama tak makan kek. hm puas hati betul tadi. sebelum ni selalunya beli Choc Indulgence.
Turkish Indulgence ni dengar katanya sempena cerita 'Istanbul Aku Datang' tu. hmm rich sangat kek dia. ada layer-layer yang sangat sedap. topping coklat dia ada pistachio. layer kedua ada cheese cream. then layer ketiga choc cake kemudian choc cream. bawah sekali dia ada coklat dengan kacang, jelly dan marshmallow. yummy! soo rich. harga pun rm10. try lah sendiri!
haa hari ni kebetulan pula birthday eg! hihihi no birthday present for u. sorry :)
No comments:
Post a Comment