Sunday, September 30, 2012

jika ini adalah cinta. satukanlah hatimu dengan hatiku.

awak..

saya rinduuu sangat. rindu pada awak. pada masa-masa kita gembira. pada hubungan kita yang dulu.
mungkin salah saya semua ni terjadi. kini saya sedari saya inginkan awak kembali.

tapi saya tahu itu tak mungkin terjadi. kerana awak tak ingin semua ni.

awak dulu selalu mesej saya even saya rimas. lemas. tak pernah putus mesej-mesej dari awak.
untuk beritahu saya awak nak pergi sana pergi sini. buat itu buat ini.

time awak tengah tengok bola pun awak tak nak stop mesej dengan saya. banyak kali saya suruh stop dulu mesej.. tengok bola sampai habis. tapi awak x peduli. sebab awak tak nak lepaskan saya :)
sekarang? saya baru je mesej awak.. nak tanya score. tapi awak dah bagitahu terus jangan mesej lagi. awak nak tengok bola. berbeza kan? saya terkedu. bisu.


tiap kali hari jumaat bila awak nak pergi masjid, awak akan pastikan awak hantar mesej kat saya dulu. bagitahu nak pergi solat jumaat walaupun saya tahu memang dah rutin wajib awak pergi masjid masa tu.
tapi sekarang dah tak ada. hari tu saya tunggu awak mesej saya, bagitahu nak ke masjid. saya tunggu sampailah orang balik dari masjid.. tapi tak ada 1 pun mesej dari awak. saya sedih. pedih.


dulu awak sampai merajuk.. marah kat saya bila saya ke kelas tanpa mesej bagitahu awak dulu. perkara tu jadi rutin saya untuk bagitahu awak dulu. awak pun sama. awak akan hantar mesej dulu kalau nak ke mana-mana.
tapi sekarang awak dah tak perlukan semua tu. awak dah tak tanya saya pergi kelas pukul berapa.. pergi kelas ke tidak.. awak pun dah tak bagitahu saya.. awak ada kelas atau tak, awak pergi mana. saya rasa dipinggirkan sangat. diabaikan.


saya suka tidur lewat. selalu sangat tidur lewat sampai pagi buat. even tak ada kerja pun nak buat. awak pesan. banyak kali awak pesan supaya saya tidur. takut sakit nanti. awak jugak takut saya tak tidur time awak tidur. takut ada lelaki lain teman saya mesej sampai pagi. awak sanggup tunggu saya sampai awak tertidur sendiri. saya suka sangat bila awak buat macam tu tau.
sekarang ni awak dah tak kisah saya tidur ke tidak. lelaki lain teman bergayut pun tak apa. dan awak tak pernah pun nak teman mesej saya sampai pagi. sampai masa awak nak tidur, awak akan tidur. itu pun tak bagitahu saya dulu. awak langsung dah tak ambil kisah tak ambil peduli pasal saya. mana awak yang dulu..

awak yang saya kenal dulu gentle. manja. penyayang. tegas. walaupun awak selalu larang saya macam-macam tapi awak sangat sensitif. dan awak sangat menjaga saya walaupun saya marah-marah. walaupun saya merajuk sampai 2-3 hari pun awak tetap setia hantar mesej dan call saya sampailah saya okey. awak selalu pesan suruh saya makan. nanti gastrik lagi. awak nak saya berisi.
tapi sekarang susah sangat nak tengok awak jadi macam tu lagi. awak dah tak marah-marahkan saya untuk jaga diri. awak tak ada dah nak pesan apa-apa kat saya. sekarang saya sangat menjaga supaya saya tak merajuk dan marah pada awak. sebab saya tahu awak tak akan pujuk. awak akan rimas. sekarang awak strict sangat. mesej pun bila perlu je. saya dah tak ada tempat nak bermanja. saya dah hilang awak..


awak..
saya tak pernah luah semua ni kat awak. saya tak nak kejar awak. sebab saya takut awak makin lari dari saya.  saya tunggu awak kembali pada saya. saya sedih sangat. saya makan hati. awak pegang tangan saya, tapi pada masa yang sama awak peluk perempuan lain.. :(

dalam diam saya menangis :'(

it's all about u. n it's all about me.. it's all about us.

Friday, September 28, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi – MOJO


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

#Chorus
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

#Chorus

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

#Chorus

Andai ku bercinta lagi

awak yang selalu berubah :(


Wednesday, September 26, 2012

Monday, September 24, 2012

damato ~ everybody vs u & me


Well I'm afraid that its true what they say about me
I'm just a rolling stone wearing my heart on my sleeve
So you think that I'm a winner, they all call me sinner and maybe they are right
Just put your hand in mine, baby cuz tonight
There is only you, there is only me
together we're a lighthouse in this raging sea
Your all that I got, I'm all that you need
tonight is your with me

everybody vs u & me

And yea i know that is right what say about you
your just a daddy's girl too beautiful to be true (so true)
When the sun is coming fast now
we should make this last to the morning light
So put your hand in mine now, baby cuz tonight
There is only you, there is only me
together we're a lighthouse in this raging sea
Your all that I got, I'm all that you need
tonight is your with me

everybody vs u & me

Two hearts on the line, together away, away from the world
collapse in my arms, here under the stars
lying naked heart to heart

Yea you know it ain't true what they say about us
We're blowing with the wind like a trail of dust
There is only you, there is only me
together we're a lighthouse in this raging sea
Your all that I got, I'm all that you need
tonight is your with me

everybody vs u & me

layan lagu :)





Thursday, September 20, 2012

smile and frown

:)



:(

Wednesday, September 19, 2012

Tuesday, September 18, 2012

sabar kita ada tahapnya :)

saya tak nak dah cakap banyak.
tapi ingatlah awak.. sesabar mana pun orang tu, akhirnya akan hilang sabar jugak. inikan pula saya yang kurang sabar.
saya cuba bertahan selama yang saya boleh. tapi nampak macam awak mempermainkan kesabaran saya.




saya juga punya hati dan perasaan!

Monday, September 17, 2012

Friday, September 14, 2012

Aku, Dia Dan Kamu


Betapa bodohnya diriku
Mau diduakan dirimu
Namun bila hati bicara
Aku sayang padamu

Kau takkan pernah tinggalkannya
Di hatimu cuma dia
Tetap juga kau inginkanku
Kini apa dayaku

Chorus:
Putuskan dia oh kasih
Agar ku tak tersaingi
Sungguh ku benci dirimu
Yang tak bisa memilih

Namun harus ku akui
Sukar untuk lepaskanmu
Akhirnya aku undur diri
Demi dia dan kamu

Betapa bodohnya diriku
Mau diduakan dirimu
Namun bila hati bicara
Aku sayang padamu

#Chorus


...D-Va

boleh tak awak sayang saya macam dulu?






saya selalu jadi macam ni. bila crush hantar mesej even yang pendek sekalipun, saya akan reply panjaaaaaang sangat2. sebab saya memang tunggu dia hantar mesej kat saya. jadi peluang ni saya ambil untuk mesej dia jugak. baru puas hati bagi dia baca panjang2 :)
tapi biasanya mesej2 lebih kurang macam ayat kat atas ni lah. sebab saya takut. saya akan suka dia balik. sedangkan saya cuba berkeras untuk lupakan dia.. dia kan dah ada orang lain :(


...baru balik dari kem ub kat kem tebu view. x penat sangat. tapi malas lagi nak cerita pasal aktiviti kat kem tu. tengah tunggu nak balik rumah. huhu

Monday, September 10, 2012

demi Allah aku rindu kamu setengah mati...



sayang.. betul ke awak dah lupakan saya sepenuh hati awak? dah x ada tempat untuk saya dalam hati awak? kenapa awak macam ni.. saya sayang awak. saya x boleh percaya awak buat semua ni.. saya x dapat terima kenyataan yang awak tinggalkan saya n kapel dengan orang lain sekelip mata. betul ke awak sayang dia? lebih dari awak sayang saya dulu? jawab lah awak. saya nak sangat tahu. saya nak sangat telefon awak. tapi awak milik orang. saya tahu awak x akan sudi dah nak angkat telefon tu. entah2 awak tukar nombor telefon pulak. tapi saya harap sangat awak.. telefon lah saya walaupun sekejap. ada hal yang nak saya bincangkan. kalau nak ajak awak jumpa saya tahu awak lagi x nak.. saya harap sangat2 awak akan telefon saya. jangan buat sampai saya jadi sakit jiwa awak.. saya x nak jadi gila sebab terlalu fikir pasal cinta. pinjamkanlah saya beberapa minit awak tu untuk saya.. :(

sesaat berkenalan seribu kenangan

tadi belek2 henfon lama. check mesej2 dalam tu. ada mesej2 awak.seronok saya baca. sebab masa tu saya baik lagi dengan awak. bukan macam saya yang akhir2 ni. masa tu awak x pernah buat saya sakit hati. n saya pun layan awak okey lagi. hmm seronok sangat. mesti awak pun macam tu dengan makwe awak sekarang kan :)

dulu awak cakap..
andai aku berada di hatimu, kekalkannya di situ, dan jangan hilangkan ingatanmu terhadapku walaupun aku bukan yang teristimewa dalam hidupmu..
ingat lagi x? hm sekarang, saya betul2 x lupakan awak. kan? awak? hilang terus dah ke diri saya dalam hidup awak?

awak jugak cakap..
pernah kau kata dulu, di sini.. ingin bersama daku selamanya dah teguhkan kota cinta kita. tinggal kini hanya mimpi yang akan pergi bila ku terjaga.. andai indah masa depanmu pergilah! sayangilah seseorang itu sebelum awak x akan dapat lihat, sentuh, nampak, rasa dan sayang seseorang itu lagi.. sebab awak x pernah tahu siapa yang akan sayang awak hingga awak kehilangan dia..
yang ni saya x tahu nak cakap macam mana. puitis sangat ayatnya. hm x pernah pulak saya cakap nak teguh2kan semua tu. hehe. hm sekarang saya x tahu ayat ni sesuai untuk awak ataupun untuk saya sendiri.. sebab dulu awak pernah sayang saya n sekarang bila awak pergi baru saya sedar. n saya tahu saya sayang awak...
tapi saya pun boleh bagi ayat ni pada awak. sebab awak rasa dia masa depan awak yang indah. sebab tu awak pergi kan? awak takut terlepas pulak nanti. ke macam mana? tapi awak x tahu pun saya sayang sangat2 pada awak.. awak buta dengan cinta dia. saya tahu. sebab saya bukan jenis macam makwe awak tu. kalau saya sayangkan orang, saya pendam. sebab saya x nak nanti awak ingat saya bagi harapan pada awak. saya nak biarkan awak bebas buat apa yang awak nak... walaupun saya makan hati :'(

awak pun selalu cakap..
awak berubah dulu sebab saya. walaupun saya nafi benda tu. saya x nak pasal saya barulah awak berubah. tapi awak cakap awak betul2 sayang saya sebab tu awak berubah. n cinta awak tu x kan pernah tergugat. dulu awak selalu sangat2 cakap yang awak sayang saya. walaupun saya x cakap kat awak, tapi saya selalu tersenyum bila awak cakap macam tu.. :) sekarang macam mana awak? dah berubah ke? x ada langsung dah sayang awak pada saya?

sampai hati

Spring

tergamaknya dirimu menghiris hatiku
tidakkah di hatimu punya perasaan
sampainya hatimu meninggalkan aku
di manakah janjimu yang setia

betapa sepinya perjalanan hidup ini
di kiri kananku penuh duri cintamu
sampainya hatimu membiarkan rindu
kau terus menghilang tanpa berita

netah megapa rindu di hatiku masih di dada
bukan mudah nak kulupakan
adakah tanda aku masih menyinta
sedangkan engkau entah di mana

hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku
di tengah malam syahdu hatiku merindu
sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi
aku berdoa agar engkau bahagia

biarlah aku abadikan cintaku yang setia
oh.. kekasih
segala kenangan menjadi rinduan
cinta di hatiku seperti dulu


...awak, kalau lah awak baca dan dengar lagu ni, saya harap awak akan ingat pasal kita dulu. saya tahu saya banyak buat awak sakit hati. saya minta maaf. dari hujung rambut hingga hujung kaki. saya doakan semoga awak bahagia dengan makwe awak sekarang. walaupun x ikhlas dari hati saya. tapi nak buat macam mana :')

Ya Allah,,saya rindu sangat2 :(



kusangkakan panas berpanjangan,,rupanya gerimis mengundang,,

assalamualaikum awak. apa kabar? :)

saya x tahu. maybe ni post saya yang terakhir pasal awak :(

saya sedih sangat awak. sedih sangat3. saya x tahu nak cakap macam mana. sebab tu macam2 yang saya cakap kat awak. terkejut. terkilan. kecewa. sedih. sakit hati. rindu.

saya ingatkan kita boleh baik balik. serius. saya tahu saya ego. tapi kalau awak betul2 kenal saya, maybe awak akan tahu itulah saya.

saya x sangka awak. saya nakkan penjelasan daripada awak. saya x nak fikir macam-macam dah. saya x boleh nak fokus dalam kelas teringatkan awak. lepas awak cancel request friend tu, saya baru je ingat nak add balik. tapi masa tu saya x jumpa fb awak. saya suruh kawan yang cari. kebetulan dia kawan dengan awak, saya boleh tengok gambar awak. gambar awak dengan makwe awak. awak tahu x macam mana perasaan saya masa tu? hancur hati saya awak. tergamam. tergamak awak. bayangkan kalau awak berada di tempat saya. kita tengah ok then saya mintak putus, sebulan lepas tu awak tengok saya dah ada pakwe baru. ambik gambar duduk rapat-rapat. happy ke awak boleh buat saya macam ni? ke awak langsung x terfikir perasaan saya?

teruk sangat saya menangis dalam kelas tadi awak. semua budak kelas saya ada. termasuk yang lelaki. kawan2 perempuan yang x tahu pasal awak pun jadi tahu dah tadi. kenapa awak buat saya macam ni?

teruk sangat ke saya seksa awak? dah lama ke awak merana? sampaikan baru sebulan terus dah ada orang lain? saya nak sangat2 tahu dari mulut awak sendiri. x puas rasanya duk mesej2 je.

dah lama awak nak ada makwe kan? tapi saya x nak. x dapat saya, terus sambar orang lain.. terkilannya saya.

awak cakap awak sayang. awak cakap nak lepaskan saya sebab nak saya happy. macam ni ke maksud awak? saya ke awak yang happy? awak cakap nak serahkan pada jodoh. nak serah apa lagi awak.. serah awak dengan makwe awak tu untuk kahwin?

kenapa lah awak x cakap awal2 ada orang nak kat awak. awak ingat saya akan marah ke? saya x kisah. saya just x suka ditipu. siapa yang suka? awak pun x nak orang buat macam tu kat awak kan?

awak dah kenal dia lama. n rasanya perempuan tu sebelum ni pun dah selalu komen2 dekat wall awak kan? kesian awak sebab ada saya sebagai penghalang. rupa2nya dalam diam, dah lama awak rapat dengan perempuan tu. kalau setakat mesej2 biasa je dengan dia, x kan la perempuan boleh pergi luah feeling dia pulak dekat lelaki yang dia suka? kan? mesti awak dah layan dia baekkk punya. haha bodohnya saya sebab x tahu semua ni. kena tipu hidup2 dengan lelaki baik macam awak.

tapi bila saya cakap pada awak, awak kata saya cakap yang bukan2. saya betul2 x tahu. x faham. yang mana awak maksudkan dengan bukan2 tu.. saya salah faham ke? tapi awak sendiri yang mengaku kan. x kan saya buat cerita pulak.

saya sedih. walaupun kita x ada jodoh. tapi saya x sangka setakat tu je sayang awak pada saya yang awak agung2kan selama ni. sedangkan saya yang x tunjuk saya sayang pun, x buat macam tu. saya masih tunggu awak. sampai lah saya tengok gambar bahagia awak tu.

hmm boleh je awak komen2 dekat wall perempuan tu dengan gedik2. pernah ke awak buat macam tu dengan saya dulu? x pernah pun kan.. saya x tahu kenapa. tapi saya agak sebab awak nak jaga saham awak. x nak orang lain tahu awak dah ada saya. nanti rugi lah awak sebab terlepas perempuan tu.


awak.. dari dulu lagi saya nak berpisah, tapi awak x nak. dari dulu lagi saya suruh awak cari orang lain, awak x nak. awak cakap x ada sorang pun yang awak suka. n x ada orang pun yang nak kat awak. tup2 macam ni rupanya. dah lama awak tahu dia sukakan awak. tapi awak je x bagitahu saya. bodoh. bodoh. terlalu percaya pada awak. saya x tahu apa yang awak nak. bila lagi awak kapel dengan dia? kalau dah lama, kenapa baru2 ni pun awak mesej saya dengan baik? saja nak jaga hati saya ke? atau awak nak cakap awak memang baik? sekarang x nak dah jaga hati saya ni? dah puas jaga? nak tunjuk belang jahat pulak?

sebulan 2 hari kita dah berpisah. awak cakap lama. awak tahu x, saya x terasa pun dah sebulan. saya rasa macam baru je. sebulan tu x lama bagi saya. tapi kalau cinta awak pada saya yang setahun tu boleh hilang dalam masa kurang sebulan je.. saya x tahu lah nak cakap macam mana lagi dah.

hari tu saya tanya awak. dah ada orang lain ke? awak cakap awak x cari pun. saya suruh awak cari cepat2. awak x nak. awak cakap sebab x sama. dah x ada orang nak panggil awak macam saya paggil dulu. n awak pun dah x boleh panggil saya macam yang awak suka tu. saya suruh awak panggil perempuan tu dengan panggilan sama kan? n suruh dia panggil awak macam yang awak nak. tapi awak x nak. tapi lain pulak ceritanya sekarang kan awak... :(

bahagia sangat awak sekarang. seronoknya dapat mainkan saya. awak berjaya. x apa awak. janji Allah itu pasti. awak tunggulah. sekarang masa untuk saya rasa semua ni. awak tahu x ex saya dah rasa apa yang saya rasa dulu? dia dah putus dengan makwe dia tu? saya nak tengok awak pulak macam mana. x kisah lah setahun ke 2 tahun ke. saya percaya awak pun x lama dengan dia. akan sampai masanya untuk awak rasa pulak.

saya baru perasan awak dengan dia sama2 pakai baju hitam kan? plan ke? hm seronok la awak boleh keluar jalan2 dengan makwe baru. jauh pulak tu. patutlah 3 hari x mesej pun x apa. saya x sangka awak. awak nampak baik je. saya x expect awak akan buat sama macam ex saya dulu.

kalaupun dah x suka, cakap elok2. saya bukan jenis x faham bahasa. tapi bila dah awak guna bahasa yang orang x guna, memang lah saya x faham. bila dah putus ni baru saya tahu egonya awak macam mana. dulu bukan main lagi meliuk lentuk. kalaulah jodoh saya dengan awak panjang, mesti awak control saya gila2 lepas kahwin kan? nasib baik kita putus.

saya nak sangat jumpa awak. bercakap dengan awak depan2. saya nak tahu hal sebenar. bukan diperbodohkan oleh orang cerdik pandai macam awak. rasa hebat sangat bila dapat buat macam ni eh? baguslah. nanti kalau kita jumpa lagi, saya akan cakap tahniah dekat awak. kalau awak nak. heheh x lah. saya x jahat macam awak. awak je boleh buat macam tu. hm saya nak cakap elok2 je dengan awak. bukan nak cari gaduh. kita jumpa ekh? bawak la makwe awak jugak. saya x apa. x kisah. :)


...saya nak sangat2 cakap banyak lagi pasal awak. sebab saya x tahu hal sebenar. n benda tu buat saya jadi hilang arah. tlg jumpa saya kejap awak. kita settle elok2. bukan untuk baik balik dengan saya. tapi saya x nak ending kita jadi teruk macam ni. sekadar untuk jadi kawan biasa. cukuplah saya ada musuh. saya dah x nak tambah.

Thursday, September 6, 2012

hati bermunge-munge :*


thanks awak :) :)

sebab awak mesej saya tadi. walaupun awak bukannya maksudkan apa-apa dengan mesej tu, tapi sangat bermakna bagi saya. sekurang-kurangnya awak mesej jugak kan :)

laju je saya check fon masa mesej masuk tadi. dalam hati memang harap awak yang hantar mesej tu. tapi tiap-tiap hari asyik selkom je yang rajinnn sangat hantar mesej-mesej iklan diorang. huh boring. tapi tadi betul-betul daripada awak. awak x nampak. saya tersenyum. :)

dah lama sangat awak x buat saya senyum. thanks awak. sebab sanggup menyerabutkan diri awak dengan hantar mesej tu tadi.

thanks jugak. sebab layan saya dengan baik tadi.

pasal printer saya tadi tu, saya happy sangat. sebab awak sanggup reply jawab soalan saya. saya blank tadi. x tahu dah nak buat macam mana.. x tahu nak tanya siapa. thanks awak. :)

esok awak akan ke perak. jaga diri ye sayang :)
dah ada orang lain yang jaga awak... hm x apalah. lupakan apa yang saya cakap tadi. take care!

Wednesday, September 5, 2012

kenapa saya macam ni.. :(

awak... saya rindu sangat-sangat kat awak :'( :'( :'(

apa awak buat sekarang? sihat ke awak? dah makan belum? saya nak tanya soalan-soalan tu pada awak. n saya nak sangat awak tanya macam tu pada saya. hmm dah ada orang lain yang gantikan saya tanya soalan-soalan tu kan? dah ada orang lain yang jaga awak sekarang. awak dah x perlukan saya. sebab tu awak buang saya jauh-jauh. saya sedih sangat-sangat awak. sedih. x tahu nak cakap macam mana.

tiap-tiap hari kat sini je lah jadi tempat saya bercerita. bila saya busy, saya kurang sikit fikir pasal ni. tapi sekarang musim hantar assignment. saya x buat pun. langsung x buat. orang lain busy cari lecturer, buat assignment. saya x tahu lah. x ada mood sangat-sangat nak buat kerja ni. esok kena hantar jugak. tapi x tahu bila nak buat. saya ingat nak hantar yang copy dari internet je senang.. result saya sem ni mesti jatuh teruk. exam saya dah kurang study. cover dengan markah assignment je. tapi sem ni assignment pun buat ala kadar je.

saya nak mesej dengan awak. 1 hari 2-3 mesej x apa dah. sekurang-kurangnya saya tahu saya masih ada awak di sisi saya. tapi awak dah tolak saya. x bagi saya duduk sebelah awak. sampai saya jatuh terduduk. awak, saya rindu awak. bila awak nak datang sambut tangan saya? lama saya tunggu.. datanglah awak. :'(

rinduuu sangat

tiap2 hari saya rindu awak.. tiap2 hari saya tunggu mesej dari awak. fon saya sunyi je. nak je tangan gatal saya ni hantar mesej kat awak, kol awak. nak je muka x malu saya ni tanya khabar awak. sebab saya tahu.. awak x akan pernah cari saya. hm tadi saya baca mesej2 awak. hehe. yang kat skype. happy kejap bila teringat cerita-cerita masa tu. tapi lepas tu sedih balik. sebab kita sekarang x macam tu dah. saya nak berkawan dengan awak. tapi bukan macam ni. ni bukan kawan. ni dah jadi musuh. kenapa kita jadi macam ni eh? salah saya. semuanya salah saya. :(

Tuesday, September 4, 2012

mengarut lagi tentang dia

hari ni saya teringat lagi kat awak. teringat apa yang awak cakapkan semalam. pedih hati saya. dulu bila kita gaduh, saya tengok balik mesej-mesej lama yang saya simpan. mesej-mesej awak tu lah yang temani saya sepanjang hari. gantikan awak yang x mesej dengan saya. time boring, saya akan tengok gambar-gambar awak. teringat kat awak. intai-intai wall awak. tengok apa yang awak buat hari tu.

tapi sekarang.. saya dah x boleh buat macam tu. saya dah x boleh nak baca balik mesej-mesej yang awak pernah hantar kat saya. dah x boleh nak tenung gambar awak lama-lama. x boleh nak skodeng fb awak. saya hilang arah awak. saya tahu saya sendiri yang remove awak. tapi masa tu saya sedih. sebab awak baik balik dengan perempuan2 yang awak sayang sangat tu. nampak sangat awak dah buang saya kan? hm.

lagipun saya x boleh nak tiru awak. lupakan semuanya dengan cepat. awak boleh cakap x nak ungkit kisah lama. ya. sebab awak dah dapat lupakan semua tu. sebab tu awak x nak saya ungkit balik kan? tapi awak.. perkara tu lah yang datang dalam kepala saya setiap hari. setiap masa. bukan niat saya nak ungkit kisah lama. tapi dia datang sendiri tanpa dipinta. saya x berdaya awak. saya x tahu nak buat macam mana. awak dah ada orang lain. saya masih sorang-sorang. x ada siapa nak temankan saya.

memang meluat siapa-siapa yang baca blog saya ni. sebab asyik cerita pasal awak. tapi x apa. sebab saya tahu x ada orang pun yang baca blog ni. sebab tu saya luah kat sini. saya suka bercerita. dulu selalu share dengan awak. tapi lepas awak marah hari tu, saya x nak cerita dah. kat sini je lah tempat saya berkongsi isi hati. sekurang-kurangnya saya x menyusahkan kawan-kawan saya untuk dengar cerita-cerita boring saya ni.

saya nak sangat jumpa dengan awak. walaupun untuk kali terakhir. saya nak tanya awak depan-depan. saya nak pukul awak kuat-kuat. saya nak tengok awak puas-puas sebelum saya padamkan awak dari hati saya. saya nak sangat. tapi.. awak nak ke jumpa dengan saya? sudi ke awak? siapa lah saya. nanti x pasal-pasal awak kena marah dengan gf2 awak. x pun diorang merajuk dengan awak. hm mesti awak nak jaga hati diorang kan? apalah faedahnya pada awak kalau jumpa dengan saya. saya je yang bodoh tertungu-tunggu awak macam tunggul. tapi awak enjoy dengan life awak sekarang.

apalah.. apalah...

lagi cerita tentang cinta

awak. awak tahu x pagi-pagi lagi saya jumpa 2 orang kawan saya. awak tahu saya buat apa? saya merayu kat diorang, suruh buat saya menangis. saya x tahan sangat-sangat awak. tension sangat. saya x tahu kenapa.. saya jadi x pandai nak menangis. tadi pun masa cerita dekat diorang, air mata saya keluar beberapa titik je. saya nak sangat menangis lama-lama. biar lega sikit hati ni. biar hilang beban masalah yang ada. saya penat sangat awak. awak senang-senang je buat saya macam ni. boleh happy lagi. saya tahu awak puas hati dapat buat saya macam ni. tapi x tahu lah... saya masih x dapat terima lagi. saya cuba untuk fikir macam-macam benda buruk pasal awak. memang saya boleh lupakan awak skelip mata. tapi sekelip mata je. kelip kali kedua, ketiga dan seterusnya, saya akan ingat balik kat awak.

awak cakap awak perit dah nak tinggalkan saya. hm sepatutnya memang saya x payah baik balik dengan awak. kalau kita baik macam dulu, confirm awak akan tinggalkan saya lagi kan? sebab tu awak cakap macam tu. kalau x, kenapa pulak awak fikir nak tinggalkan saya lagi sekali?  kalau awak nak, awak akan baik balik dengan saya dan x akan tinggalkan saya dah. 
tapi saya pelik bila awak cakap perit. perit ke? siapa yang tinggalkan siapa sekarang ni? awak ke saya yang sepatutnya perit? kalau awak rasa perit, saya yang kena tinggal ni lagi perit awak.. bila putus dengan ex dulu, saya dah x percayakan cinta. sekarang awak pulak buat macam ni. x tahulah macam mana jadi pada saya lepas ni. kalau dulu saya selalu layan awak teruk-teruk. kali ni 2 kali ganda frust, hm kesian kat lelaki yang nak kat saya lepas ni.


ada ke orang nak kat saya? heheh.

awak boleh cakap macam-macam dekat saya. lelaki senang je nak tinggalkan perempuan. dulu berapa kali dah saya nak berpisah dengan awak. tapi saya x boleh. last-last saya akan cari awak jugak kan? ingat x? mesti awak x ingat dah.. siapalah saya pada awak. kalau sesenang tu je awak boleh lupakan saya.

berapa kali dah terlintas dalam kepala ni nak buat benda yang bukan-bukan. banyak kali dah awak. macam-macam yang saya nak buat. saya bertahan. tapi saya x kuat. saya x tahu sampai bila saya boleh bertahan. saya takut suatu hari nanti saya akan buat jugak benda-benda mengarut tu. dulu saya dah pernah buat. tapi masa tu okey lagi sebab ada kawan-kawan yang jaga. sekarang masing-masing dah buat hal sendiri, saya pun senang nak menggila. tension sangat. buat benda bodoh sekali sekala time otak tengah jem ni best jugak. nak harapkan buat masa tengah okey, memang x buat la.

saya fikir, kalau saya dah x ada kat dunia ni, macam mana dengan awak agaknya? okeylah maybe bunyi macam over sangat kan saya buat ayat macam tu. tapi kalau la betul jadi macam tu? hmmm awak x kan menyesal pun kan.. mesti awak ingat saya dah okey dengan apa yang awak dah buat ni. maybe awak akan sedih untuk seminggu. lepas tu okey la balik. orang cakap yang hidup kena teruskan hidup kan? hmm ya Allah, kalau mati itu lebih baik bagiku, aku redha. daripada aku menyiksa diri asyik teringatkan lelaki yang haram bagiku.
terima kasih awak. sebab pernah buat saya fikir awak sayangkan saya sepenuh hati awak. dan terima kasih sebab dah jelaskan kepada saya yang awak dah perlukan saya. itu sudah cukup untuk buat saya rasa terluka.

anugerah cemerlang mainkan perasaan

yeaayyyy~!!!
awak pandai sangat mainkan perasaan saya. huhuhu tahniah! tahniah!  awak berjaya dengan cemerlang. peluang dah ada depan mata, rembat je lah kan...? siapa suruh tanya awak macam-macam.. kan dah kena. ahahah. berbaloi betul. dapat jugak awak tambahkan ayat-ayat perasa tu dalam hati saya.

 x apa. x apa. saya x marah. memang awak dah lama nak buat macam tu kan. saya terima. selama ni saya je yang buat kat awak. ni turn awak pulak. hm dah puas hati ke belum? kalau belum, bagitahu ea. saya bagi awak masa untuk balas balik apa yang saya dah buat kat awak dulu. x apa. balas cukup-cukup. x cukup dengan sakitkan hati, kalau nak pukul pun boleh. biar sakit kat luar jugak. baru best tengok saya macam tu kan? hehehe.

lagipun saya dah putus asa nak naikkan berat. dulu ingat nak putus kejap dengan awak, nak tambah berat. pastu baik balik dengan awak. biar awak happy sikit tengok saya berisi. tapi sekarang alang-alang awak dah x nak, buat apa saya nak tambahkan berat lagi kan? buang tenaga dan masa saya je. okeylah. target baru: berat 40 kg. senang je kot nak dapatkan berat tu. x makan dalam seminggu, capai la target tu. insyaAllah. baru puas hati awak. sebab saya merana. kan?

hmmm nak buat apa lagi ye... nak suruh saya telan ubat banyak-banyak pulak ke? tapi stok ubat saya dah habis laa. lama x beli ubat. hm kena beli dulu. tapi saya x tahu berapa bijik panadol baru berkesan.tapi dah okey ke kalau guna panadol? ke kena guna ubat lain? search internet kejap. fuhhh. mesti awak enjoy gila nanti. senang la hati awak saya x ganggu awak dah lepas ni. yeay. awak akan berjaya lagi. tahniah tahniah.


nanti saya fikirkan lagi anugerah apa lagi yang sesuai untuk awak.

Monday, September 3, 2012

baju biru hari raya

assalamualaikum.

tadi ada sambutan hari raya kat kampus. meriah la jugak.

saya under ajk hiasan. (????). x tahu lah diorang letak nama apa. tapi kena hias kelas la. malam tu kitorang berkumpul kat bilik saya. sama-sama buat decoration untuk esok. tak banyak pun. ala kadar je.

pegi tadi dalam 9 lebih gerak ke kelas yang jauuuhh dari kelas-kelas lain. eheh. budak2 lelaki dah ada. kitorang start hias kelas. budak lelaki ramai tolong. rajin betul diorang. thanks!

menu kelas kitorang tahun ni - sup. so letak lah nasi himpit, bihun, mee, kuey teow dll. belum pun sempat siapkan hidangan makanan, orang dah datang nak beraya. hahaha. apa lagi, kena pergi ke kelas lain dululah. kesian senior-senior tu. sorry kak, abang. ada hiasan je. makanan x siap lagi. hehe
then lecturer2 pulak datang. okeylah makanan semua dah ada. jemput makan encik! :)

tunggu punya tunggu orang x datang-datang. boring duk dalam kelas, kitorang pergi round-round beraya kat kelas laen pulak. okeylah. kenyang jugak perut ni makan kek, kui, biskut. nasi, mee semua dah x larat nak dimasukkan dalam perut. sebab minum air banyak sangat. huuu. pergi kelas roommate, diorang ada lontong! hmm nak sangat makan. tapi tangki dah penuh. dah pesan kat roommate suruh bawak balik bilik.
balik ke kelas, tapau bihun sup. ingat nak bagi kat roommate. sebab dia pun mesti bawak balik lontong tu jugak. kira nak tukar dengan dia. sebab dia x sempat nak pergi beraya kat kelas saya tadi. tapi bukan rezeki saya kot. habis dah. ruginye x makan tadi. sedih.

so malam ni makan megi je lah. tu pun paksa habiskan. hmm betul2 x ada selera nak makan. dari pagi tadi, makan bihun je. sampai sekarang x rasa lapar. kalau asyik x selera nak makan macam ni, macam mana nak naikkan berat.

bila lah nak datang balik selera tuu :(

BABY: do you hear my heartbeat?















Sunday, September 2, 2012

sudah cukup-cukup sudahhh

awak... hari ni saya menangis lagi. tapi sikit je. setitik. heheh. tu pun lepas saya paksa keluar air mata. x tahan pendam dalam hati je. tapi air mata x nak keluar. x tahu kenapa.

hm saya rasa kehilangan sangat. sebab saya pernah rasa memiliki awak.
tapi awak x rasa pun kehilangan macam ni kan. sebab awak betul-betul nak buang saya.

hmmm

cinta teragung - hazama ;)

Maafkan aku
sekiranya tak termampu
untuk mencurahkan semua isi hatiku
ternyata tak terkata
rinduku padamu

#chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
dari apa yang terdaya
namun ku tetap berjanji
akan masih mencuba
untuk memujuk hatimu
mencintai aku
kerna semua yang ada
hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
membawa sejuta harapan
menagih cinta
teragung darimu

#ulang chorus

Maafkan aku
sekiranya tak termampu untuk
mencurahkan semua isi hatiku

sayang sayang sayang. kamu dah berpunya :*


jika engkau minta satu dunia akan aku coba~~

hahaha rasa nak gelak kuat-kuat. sombong gila awak dengan saya sekarang kan? hm orang tengah bahagia.. boleh laa buat orang lain macam tu.

sombong sangat awak dengan saya. x apa.. saya tahu siapa diri saya. saya tahu saya dah x layak nak sayang awak. tapi itu hak saya. saya sayang awak. awak x boleh marah. walaupun benci betul awak dengan saya. x boleh nak banding dengan gunung everest sekalipun. . walaupun sayang saya pada awak hanya sebesar kuman. tapi itu hak saya. perasaan saya ada dalam hati. dia x kacau awak pun.

okey saya mengaku saya mesej-mesej awak. fine. awak nampaknya terganggu dengan mesej-mesej tu. saya x akan hantar dah. tapi kalau awak pun mesej saya jugak? saya kena reply ke x?



awak jangan main tarik tali dengan saya. saya x kuat. sampai bila saya nak tarik tali ni.. saya nak lepaskan.. :(
awak suka main-main dengan hati saya. sekjap awak baik sangat dengan saya. sekejap awak macam musuh ketat saya. macam mana saya nak lupakan awak? macam mana nak buang sayang dari diri saya? sedangkan awak kadang-kadang buat saya terbuai. stoplah awak. saya x mampu. saya x pandai nak main-main macam awak.

cakap apa yang awak nak.. jangan macam ni. saya pun ada hati dan perasaan.

Saturday, September 1, 2012

saya harap saya kuat. jadi superwoman :)


hari ni saya happy. saya hantar mesej kat awak. saya nak cerita semuanya kat awak. betul. sebab dah lama x happy macam ni. :) :) :)

tapi.. awak x layan pun saya tadi. bukan setakat x layan. awak macam marah lagi saya mesej2 awak. malunya saya kat awak... malu sangat :'(


saya cuma nak share dengan awak je.. kan dulu awak suruh saya bagitahu apa-apa je kat awak. tapi sekarang dah lain. awak dah lain

saya tahu saya bukan siapa-siapa lagi dah bagi awak. tapi saya x ada orang lain dah. saya tahu jugak awak dah ada orang lain. sebab tu awak x nak layan saya. tapi kadang-kadang bila jadi macam tadi, saya x teringat pasal ni. laju je hantar mesej kat awak.. saya minta maaf. saya x sengaja.

insyaAllah saya x akan ganggu awak lagi dah. saya akan cuba untuk lupakan nombor telefon awak dari ingatan saya. macam tu, saya x boleh nak contact awak dah. lagipun saya tahu awak x akan cari saya. facebook pun saya dah unfriend awak :)

sebelum remove tadi, saya ingat nak delete komen2 saya yang ada kat wall awak, nak tengok gambar2 awak buat kali terakhir. tiba2 saya terperasan. awak dah kawan semula dengan 2 orang perempuan tu ea? sedih hati saya ni awak. sedih sangat. sebab awak dah janji dengan saya dulu. mesti awak dah lupa kan? sebab saya pun awak dah lupakan sekarang. sedihnya. tapi saya x ada hak untuk kawal awak. x apalah. dulu awak buat macam tu pun terpaksa kan? demi saya. sekarang awak dah boleh contact diorang balik. mesti awak bahagia kan? :)

macam2 awak janji dengan saya dulu. banyak sangat! tapi berapa je yang awak tunaikan? awak munafik. mudah sangat awak berjanji. tapi langsung x tepati. saya tertunggu2 bila awak akan tunaikan kata2 awak. tapi sampai sekarang x ada. 

baru saya tahu awak macam mana.. nasib baik jugaklah kita dah berpisah. sekurang-kurangnya saya dapat bezakan awak yang dulu dan sekarang. hati saya selalu sedih awak.. senak sangat. tapi saya x menangis. saya nak jadi kuat. makin saya tahan dari menangis, makin sakit dada saya. awak sama je macam ex saya kan? suka buat saya jadi macam ni.. tapi bila saya cakap, mesti awak marah. sebab saya bandingkan dia dengan awak. sorry.

saya harap suatu hari nanti awak akan sedar. awak akan menyesal. masa tu saya akan jadi happy sangat. hahaha jahat betul. saya jahat patutlah awak x nak. saya tahu tu. memang saya bukan orang baik.

tapi awak pun apa kurangnya. baiknya depan family saya. siap cakap saya yang buat keputusan nak berpisah. sedangkan bila saya tanya awak, awak sendiri yang mengaku awak buat keputusan tu. macam2 lagilah yang awak cakap. baik betul awak ni. balas dendam kat saya ke? geram saya.. hehe :*

roda berputar. saya harap suatu hari nanti akan ada orang yang buat sama macam ni kat awak. saya harap awak akan rasa sama apa saya rasa sekarang. hmm jahat saya doa macam2 kat awak. jahatnya saya.

awak jangan buat macam ni kat perempuan lain dah tau. jadi lelaki yang baik. cukuplah saya je yang kena.

awak segalanya bagi saya. saya bukan siapa2 bagi awak.