Sunday, September 30, 2012

jika ini adalah cinta. satukanlah hatimu dengan hatiku.

awak..

saya rinduuu sangat. rindu pada awak. pada masa-masa kita gembira. pada hubungan kita yang dulu.
mungkin salah saya semua ni terjadi. kini saya sedari saya inginkan awak kembali.

tapi saya tahu itu tak mungkin terjadi. kerana awak tak ingin semua ni.

awak dulu selalu mesej saya even saya rimas. lemas. tak pernah putus mesej-mesej dari awak.
untuk beritahu saya awak nak pergi sana pergi sini. buat itu buat ini.

time awak tengah tengok bola pun awak tak nak stop mesej dengan saya. banyak kali saya suruh stop dulu mesej.. tengok bola sampai habis. tapi awak x peduli. sebab awak tak nak lepaskan saya :)
sekarang? saya baru je mesej awak.. nak tanya score. tapi awak dah bagitahu terus jangan mesej lagi. awak nak tengok bola. berbeza kan? saya terkedu. bisu.


tiap kali hari jumaat bila awak nak pergi masjid, awak akan pastikan awak hantar mesej kat saya dulu. bagitahu nak pergi solat jumaat walaupun saya tahu memang dah rutin wajib awak pergi masjid masa tu.
tapi sekarang dah tak ada. hari tu saya tunggu awak mesej saya, bagitahu nak ke masjid. saya tunggu sampailah orang balik dari masjid.. tapi tak ada 1 pun mesej dari awak. saya sedih. pedih.


dulu awak sampai merajuk.. marah kat saya bila saya ke kelas tanpa mesej bagitahu awak dulu. perkara tu jadi rutin saya untuk bagitahu awak dulu. awak pun sama. awak akan hantar mesej dulu kalau nak ke mana-mana.
tapi sekarang awak dah tak perlukan semua tu. awak dah tak tanya saya pergi kelas pukul berapa.. pergi kelas ke tidak.. awak pun dah tak bagitahu saya.. awak ada kelas atau tak, awak pergi mana. saya rasa dipinggirkan sangat. diabaikan.


saya suka tidur lewat. selalu sangat tidur lewat sampai pagi buat. even tak ada kerja pun nak buat. awak pesan. banyak kali awak pesan supaya saya tidur. takut sakit nanti. awak jugak takut saya tak tidur time awak tidur. takut ada lelaki lain teman saya mesej sampai pagi. awak sanggup tunggu saya sampai awak tertidur sendiri. saya suka sangat bila awak buat macam tu tau.
sekarang ni awak dah tak kisah saya tidur ke tidak. lelaki lain teman bergayut pun tak apa. dan awak tak pernah pun nak teman mesej saya sampai pagi. sampai masa awak nak tidur, awak akan tidur. itu pun tak bagitahu saya dulu. awak langsung dah tak ambil kisah tak ambil peduli pasal saya. mana awak yang dulu..

awak yang saya kenal dulu gentle. manja. penyayang. tegas. walaupun awak selalu larang saya macam-macam tapi awak sangat sensitif. dan awak sangat menjaga saya walaupun saya marah-marah. walaupun saya merajuk sampai 2-3 hari pun awak tetap setia hantar mesej dan call saya sampailah saya okey. awak selalu pesan suruh saya makan. nanti gastrik lagi. awak nak saya berisi.
tapi sekarang susah sangat nak tengok awak jadi macam tu lagi. awak dah tak marah-marahkan saya untuk jaga diri. awak tak ada dah nak pesan apa-apa kat saya. sekarang saya sangat menjaga supaya saya tak merajuk dan marah pada awak. sebab saya tahu awak tak akan pujuk. awak akan rimas. sekarang awak strict sangat. mesej pun bila perlu je. saya dah tak ada tempat nak bermanja. saya dah hilang awak..


awak..
saya tak pernah luah semua ni kat awak. saya tak nak kejar awak. sebab saya takut awak makin lari dari saya.  saya tunggu awak kembali pada saya. saya sedih sangat. saya makan hati. awak pegang tangan saya, tapi pada masa yang sama awak peluk perempuan lain.. :(

No comments:

Post a Comment