awak. awak tahu x pagi-pagi lagi saya jumpa 2 orang kawan saya. awak tahu saya buat apa? saya merayu kat diorang, suruh buat saya menangis. saya x tahan sangat-sangat awak. tension sangat. saya x tahu kenapa.. saya jadi x pandai nak menangis. tadi pun masa cerita dekat diorang, air mata saya keluar beberapa titik je. saya nak sangat menangis lama-lama. biar lega sikit hati ni. biar hilang beban masalah yang ada. saya penat sangat awak. awak senang-senang je buat saya macam ni. boleh happy lagi. saya tahu awak puas hati dapat buat saya macam ni. tapi x tahu lah... saya masih x dapat terima lagi. saya cuba untuk fikir macam-macam benda buruk pasal awak. memang saya boleh lupakan awak skelip mata. tapi sekelip mata je. kelip kali kedua, ketiga dan seterusnya, saya akan ingat balik kat awak.
awak cakap awak perit dah nak tinggalkan saya. hm sepatutnya memang saya x payah baik balik dengan awak. kalau kita baik macam dulu, confirm awak akan tinggalkan saya lagi kan? sebab tu awak cakap macam tu. kalau x, kenapa pulak awak fikir nak tinggalkan saya lagi sekali? kalau awak nak, awak akan baik balik dengan saya dan x akan tinggalkan saya dah.
tapi saya pelik bila awak cakap perit. perit ke? siapa yang tinggalkan siapa sekarang ni? awak ke saya yang sepatutnya perit? kalau awak rasa perit, saya yang kena tinggal ni lagi perit awak.. bila putus dengan ex dulu, saya dah x percayakan cinta. sekarang awak pulak buat macam ni. x tahulah macam mana jadi pada saya lepas ni. kalau dulu saya selalu layan awak teruk-teruk. kali ni 2 kali ganda frust, hm kesian kat lelaki yang nak kat saya lepas ni.
ada ke orang nak kat saya? heheh.
awak boleh cakap macam-macam dekat saya. lelaki senang je nak tinggalkan perempuan. dulu berapa kali dah saya nak berpisah dengan awak. tapi saya x boleh. last-last saya akan cari awak jugak kan? ingat x? mesti awak x ingat dah.. siapalah saya pada awak. kalau sesenang tu je awak boleh lupakan saya.
berapa kali dah terlintas dalam kepala ni nak buat benda yang bukan-bukan. banyak kali dah awak. macam-macam yang saya nak buat. saya bertahan. tapi saya x kuat. saya x tahu sampai bila saya boleh bertahan. saya takut suatu hari nanti saya akan buat jugak benda-benda mengarut tu. dulu saya dah pernah buat. tapi masa tu okey lagi sebab ada kawan-kawan yang jaga. sekarang masing-masing dah buat hal sendiri, saya pun senang nak menggila. tension sangat. buat benda bodoh sekali sekala time otak tengah jem ni best jugak. nak harapkan buat masa tengah okey, memang x buat la.
saya fikir, kalau saya dah x ada kat dunia ni, macam mana dengan awak agaknya? okeylah maybe bunyi macam over sangat kan saya buat ayat macam tu. tapi kalau la betul jadi macam tu? hmmm awak x kan menyesal pun kan.. mesti awak ingat saya dah okey dengan apa yang awak dah buat ni. maybe awak akan sedih untuk seminggu. lepas tu okey la balik. orang cakap yang hidup kena teruskan hidup kan? hmm ya Allah, kalau mati itu lebih baik bagiku, aku redha. daripada aku menyiksa diri asyik teringatkan lelaki yang haram bagiku.
terima kasih awak. sebab pernah buat saya fikir awak sayangkan saya sepenuh hati awak. dan terima kasih sebab dah jelaskan kepada saya yang awak dah perlukan saya. itu sudah cukup untuk buat saya rasa terluka.
No comments:
Post a Comment