Friday, December 27, 2013

tekanan perasaan!

assalamualaikum.

hmm. banyaknya la masalah sehari dua ni. serabut sangat. selalu sangat stress sebab fikir banyak-banyak. lepas tu sakit kepala.. sakitnya ya ampun berdenyut-denyut kepala sampai rasa nak terkeluar kat tekak ni. selalu juga gastrik, sebab terlalu stress.. hmm :(

fikir pasal orang tu, orang ni. hal itu, hal ini. lastly tak ada juga solutionnya. hari tu dapat result untuk semester 6, kecewa. alhamdulillah, result bagus.. tapi tak mencapai target. mau tak frust.. dah berkurun target 4 rata. hahaha

sedihhhh. rasa nak nangis :'(

2-3 hari lagi budak-budak sekolah dah kena pergi sekolah. saya pun dah kena pergi ipg lah nampak gayanya. menginap di kolej kediaman la pulak :p

hukhuk tak ada tempat nak berkongsi pendapat.. dapat tulis kat sini kejap pun kira okey dah kot. kejap saja la. lama tak buka blog sendiri gara-gara tukar modem broadband yang lain.. makin slow jadinya nak berdampingan dengan anak-anak puan internet. ada masa nanti akan datang sini lagi. sebab biasanya mood datang ikut musim. heee..

esok.. planning nak pergi terengganu. jalan-jalan dengan family sebelum start sekolah. sebab sekarang semua ada kat rumah.. adik yang kedua dah habis study, tengah tunggu nak sambung deg. adik ketiga pula dah habis spm. so bila lagi nak pergi jalan-jalan time cuti sekolah kan? tengoklah.. harap-harap selamat perjalanan pergi dan balik nanti.


see u! xoxo

Friday, June 14, 2013

Walk With Me 2013

assalamualaikum.

dalam mood mengantuk. -__-
sampai rumah pukul 8.15 tadi, landing atas katil. terus tertidur haa.. dengan tak mandi tak basuh muka mekap-mekap ni. makan megi baru 2-3 suap dah tidur. penat sangaaatt!

okey2.
starts the story.

plan pukul 8.30 nak bertolak. hantar my sis ke rumah nenek dulu sebab dia demam. tak pergi sekolah la. tapi sebab dia tidur and saya tak sampai hati nak kejutkan, tunggu pukul 9 kot baru dia bangun. so siap-siap semua, hantar kat rumah nenek, pukul 11 baru saya bertolak dari sana.

pukul 12 sampai rumah my darling, isya. belum siap lagi dia! haish. nasib baik kena tunggu kejap je untuk dia bersiap. kalau tak, mau mengamuk saya haha. then kitorang ke 1, 2, 3 butik pengantin kat area pcb dan kedai buloh. 1 kat area pc. ingat nak pergi lagi tapi tengok jam tinggal kurang 30 minit lagi nak pukul 2. kena pergi lapor diri kat ibu pejabat bsmm pulak! so tak jadi la pergi tempat lain. terus heading ke ipc. tapi nasib kurang baik. jem sebab orang tengah balik lunch kot.. huhuu. dan jalan pun ada yang dah ditutup. sebab program WALK WITH ME. walkathon d'raja kelantan 2013.

so sampai kat ipc pukul 2, terus naik tukar baju bsmm. sebab masa tu pakai baju pergi jalan-jalan. hehe. tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 5 lebih tak start taklimat pun lagi. haish resah gelisah dah.. suruh datang pukul 2. tapi pukul 5 lebih tak start apa-apa pun lagi. dah tu pukul berapa baru start? pukul berapa habis? balik lewat ooo. dah la sakit perut Mr. P punya pasal. lupa pergi minum air sejuk masa dalam kereta tadi. huuuu T_T

hujan. so taklimat kejap. bahagi-bahagi kumpulan untuk check point, lepas tu kena tunggu hujan berhenti pulak. saya check point ke 3! my darling ta daftar hari tu so dia datang then baru daftar. punya lahhh nak sangat, last-last dapat jugak masuk group saya. yeay!

check point 3. depan uitm cawangan kota bharu.

seronok jugak, dah lama sangat tak join aktiviti macam ni. kempunan tokk! sekali sekala dapat berhuha huha macam ni best jugak. lagipun aktiviti sihat kan? ihiks. dapat jugak jumpa-kenal dengan senior-junior bsmm yang lama dan baru. kat check point 3, ketua kitorang pengarah bsmm sendiri, Tuan Haron. then izzat (budak uitm), sorang budak lelaki tak ingat nama, husaini (tiba2 je muncul), izzati (budak smk penambang), saya and my darling.

okey, dah start berjalan. dah nampak Sultan Kelantan kat depan tu. lepas tu peserta2 pulak berjalan kat belakang. tak tahu lah berapa puluh ribu orang. ramai gila. lamaaaaaaaaa kena tunggu baru habis. lepas diorang semua dah habis lalu check point yang kitorang jaga, kitorang kena ikut jalan belakang diorang jugak. huhu masa tahun 2011 tak kena berjalan pun! 

okeylah. ada 11 check point semuanya.
gambar curi kat blog orang! hehe
dah habis, kena balik ke ipc. ada penyampaian saguhati. bagi baju. saiz L. tinggal sejengkal je lagi nak sampai lutut. besarrr! haha. (tapi ingatkan ada sijil. tahun 2011 time join tak ada sijil. 2012 tak join ada sijil. 2013 join ni tak ada pulak ke???)

pukul 7.45 bertolak balik. 8.15 sampai rumah. terkejut sebenarnya. sebab tak sangka dalam masa 30 minit boleh sampai rumah. biasanya 30 minit, dari rumah, baru sampai pasir tumboh.


**tak habis2 kena kacau dengan mat psiko. sedih. sebab dah tak ada orang nak dengar masalah kiterrr.

Thursday, June 13, 2013

it was not just a dream! :O

semalam kita texting. semalam awak call. kita borak panjang (walaupun tak lamaaa macam dulu).

dan pagi ni..

pagi ni mungkin tak kan ada dah semua tu. kita dah bawak diri masing-masing kan? mungkin salah saya. salah saya yang kurang nak berterus-terang dengan awak. simpan sorang-sorang. then blame u for this and that. so macam mana awak nak tau apa yang awak dah buat sampai saya jadi macam tu kan? susahnye laa nak bercerita benda-benda serius macam ni. saya hanya dapat tulis kat sini je lah..

i am so sorry for this. and that. and that too. and yes, the other that too.
pheww~

saya cakap ada banyak sebab saya nak kita macam ni kan? sebab dah macam-macam benda ada dalam kepala ni. tapi rasanya ada 1 sebab je yang menyebabkan semua masalah tu. sebab yang utama.
puas saya fikir. kenapa saya tak boleh sayang awak lebih. kemudian saya sedar.. sebelum2 ni pun saya macam ni jugak. until dia berkawan dengan ummi saya. (dia tu siapa2 je la) tapi...

awak tidak dikenali ummi.

awak tau maksud saya kan? ye, ummi dah kenal awak. but she know you just a friend of mine. and u want more than that. awak nak kita lebih dari kawan. tapi awak tahu kan prinsip saya.. tu membuatkan awak tak ada kesungguhan. saya tak nampak dalam diri awak. even awak cakap awak memang betul-betul serius nak. tapi awak tak try approach ummi saya. she is my life! selagi diizinkan Allah, i want her to be my guardian. to be my mother. and for every single step in my life, she is really really important. ummi sangat penting. untuk menjadikan awak juga penting, saya perlu awak berbuat sesuatu.. tapi.. hmm dah berapa kali saya cakap kat awak. 
but you won't listen.
sebab tu kali ni saya bagi alasan lain pulak kat awak. saya tak cerita dah pasal ni. no use. kan?

so macam mana ni? someday, kalau awak betul-betul dah ready.. kalau awak masih perlukan saya, jumpa ummi dulu okey? take care. garnier.

Tuesday, June 11, 2013

permintaanku..

Allahurabbi.. aku ini sering saja berbuat jahat. sering saja melakukan dosa. sering saja melakukan zina.

ampunkan dosa-dosaku ya Allah. hambamu ini sering lupa. 

bimbinglah aku. 
pimpinlah aku dalam setiap langkahku. 
dekatkan diriku denganMu. 
jadikan aku hambaMu yang selayak-layaknya untuk berada di syurgaMu.

sesungguhnya syurgaMu sangat istimewa.

Monday, June 10, 2013

bila hati ini disentuh.. air mata turut jatuh.

Ya Allah.. hatiku sangat ingin memakai niqab!

dah berapa kali Kau datangkan hidayah ini kepadaku. dah berpuluh-puluh kali. tapi aku tidak kuat. aku masih tidak menyambut hidayahMu. masih dengan pamakaian begini. masih berhias indah. masih bergelak ketawa dengan keindahan dunia. betapa aku alpa indahnya syurgaMu. Allah..

izinkan aku ya Allah, untuk menyarung niqab itu. untuk menutupi rupa paras yang Kau kurniakan ini. ya. sudah banyak kali aku keluhkan kepada rakanku tentang banyaknya mata lelaki yang memandang kepada kecantikan.  sudah berapa kali aku khabarkan kepada dia tentang ketidakselesaanku terhadap perkara itu. tapi aku tetap begini.

ya Allah, dampingkan aku dengan sahabat-sahabat yang selalu ingin mendampingkan diri denganMu..

Sunday, June 9, 2013

Konvo?

Assalamualaikum.

hmm baru balik dari KL. konvo my mother 5 Jun hari tu. pergi 3 - 6 Jun. gambar belum boleh upload sebabnye tak siap edit lagi. hehe. gambar banyak sangat so kena pilih-pilih dulu then edit.

fuhh. seronok? bab ambik gambar memang laa seronok. dan tengok my mother dah graduate pun rasa seronok. bangga. 4 tahun korbankan masa, tenaga, wang ringgit demi anak-anak. nak tunjuk teladan kat anak-anak. and finally she did it! congrats my lovely mummy!

3 Jun
kitorang pergi semua termasuk 4 beradik + atuk nenek + mak sedara dengan anak dia. naik kereta je.. senang kalau pergi ramai-ramai macam tu. lagipun boleh berhenti ikut keperluan sendiri kan.. so timingnya? hm tak berapa ingatlah. tapi kalau tak silap dekat 9 jam kot. bertolak pukul 8.15 am then singgah rumah tok sedara kat Gua Musang 30 minit, singgah makan dan solat kat Hentian Benta 1 jam setengah.. sampai kat Kampung Baru around 5 pm kot!

tunggu mak sedara yang bongsu (chesu) dengan pak sedara yang kedua (ngah) kat Kampung Baru. diorang habis kerja terus datang kat kitorang. pergi makan kejap then pergi homestay kat Dengkil. malam tu tak pergi mana-mana. just keluar kejap dengan adik kedua dan chesu kat kedai mamak beli roti canai lepas tu balik rumah. rehat-rehat.

4 Jun
bangun awal pagi. lepas tu siap-siap kejap untuk hantar ummi kat PICC. rehearsal konvokesyen. pergi dengan adik kedua dan chesu je jugak. terus balik rumah, tengah hari tu semua orang kat homestay tu ketiduran. kepenatan! adik kedua pergi ambil ummi kat PICC tengah hari tu. balik makan, siap-siap lepas tu kitorang keluar.

destinasi.. Nilai. family saya semua dah pernah pergi. saya je yang terperuk terceruk di rantau mana ntah. hari tu baru 1st time pergi Niai (malu je). huhu. tapi memandangkan saya tengah sengkek time tu, satu barang pun saya tak beli. puas pusing semua kedai, saya duduk je kat luar tu diam-diam tunggu family siap shopping. malu weyhh nak cerita kat ummi yang saya tak ada duit. biar je lah tak beli apa pun. simpan dulu dit ni. lain kali ada rezeki boleh datang lagi kan? sobs sobs. then hujan turun nangis sama-sama dengan saya. hehe

sampai kat rumah dah maghrib rasanya. makan cepat-cepat sebab ada plan lain kami adik beradik. (saya, adik kedua dengan adik ketiga je. budak kecik tak boleh ikut). hehe. kami ke Alamanda Shopping Centre. Alhamdulillah tak susah pun nak pergi sana walaupun kami bertiga tak pernah sampai sana. dan tak kenal pun jalan kat Putrajaya tu. guna GPS memang la senang kan. hihihi. tapi malang nasib kami malam tu.. elok-elok sampai tunggu nak masuk ruang shopping tu je. tapi kami tersilap tangga. turun turun turun, tengok kat luar tempat gelap. eh salah tempat ni! baru je saya pusing nak capai pintu, pintu pun tertutup. dan tombol kat luar tu tak ada. mampuss.

tahu kami kat mana? kat bawah tanah haaaa! seram gila kot.. macam scene dalam movie dah kalau tengok. punya lah luas tempat tu.. tak tahu barang-barang apa ada kat situ. walaupun saya perempuan, tapi sebagai kakak sulung, saya kuatkan hati buat-buat berani menonong je berjalan. nak cari jalan keluar. sebab memang tak ada pintu yang boleh kami buka dan keluar dari situ. orang pun tak ada.. pheww~

lastly jumpa jugak pintu, terjah masuk. Alhamdulillah betul. dah berada kat ruangan yang ada lif. baru je nak tekan butang, ada seorang pekerja bagitahu jalan untuk masuk ke tempat shopping. tak payah guna lif. kami cepat-cepat pergi cari. dah sampai, muka gembira, masing-masing senyum sampai ke telinga. saya letak tangan kat dada adik-adik. nah berdebar sorang-sorang! termasuk saya. haha siapa tak takut wey tak pernah datang lepas tu tiba-tiba sesat kat bawah tanah.

dah. habis yang tu. kitorang cari GSC. nak tengok Fast & Furious 6. 10.10 pm. ok. cun. cerita dia sweet sangat. tapi saya tak berapa faham part ending dia tu. hehe. ok dah habis jam 12.15 am kalau tak silap. keluar dari panggung, terus jadi kat luar shopping complex terus. haha masalah bermula sekali lagi.

memandangkan tadi kitorang masuk ke shopping complex dengan melalui jalan bawah tanah, sekarang berada kat atas tanah buat kitorang jadi blank. masing-masing muka suspense balik. macam mana nak pergi kat kereta kalau tempat parking pun tak tahu kat mana?? ada parking utara dan selatan. ok fine saya tahu orang lain dah biasa dengan tempat tu and maybe ketawa terbahak-bahak la baca cerita saya ni. but hey this is my story ok. pengalaman saya yang ntah apa-apa. haha.

pergi ke tempat parking terdekat. dek kerana takut kejadian-tak-boleh-buka-pintu tadi berulang lagi, kali ni kitorang suruh adik ke3 jaga kat pintu tangga tu. saya dengan adik ke2 naik. tapi dia refuse. takut tingkat atas pun tak boleh bukak pintu juga. saya terus naik naik naik dan masuk jenguk kat setiap tingkat. semua tempat parking. tapi bukan tempat yang kami letak kereta tadi. sampai atas sekali, tingkat 7, jenguk kat luar bukan tempat parking pulak dah. macam tempat shopping jugak. saya pelik. masuk tengok intai-intai. tapi sebab dah gelap + tak ada orang, saya cepat-cepat turun balik.

berjalan ke sana ke sini, lastly kitorang nekad berjalan kaki pusing Alamanda tu. nak cari Carrefour. sebab tadi parking atas tu. dalam hati ni tak payah cerita laa. pehh punya la penat berjalan. akhirnya jumpa jugak. rupa-rupanya betul-betul kat bangunan yang kitorang duk cari tadi. dan kereta tu berada kat tingkat 7! area shopping yang saya cakap tu tak jauh je dari kereta. ciskek betul lah. dah la nak keluar tu kena bayar tiket dulu. dalam bangunan tu dah gelap gelita. cleaner pun dah berjalan nak balik. tapi saya dengan adik ke3 gigih cari mesin bayar tiket tu. fuhh settled!

sampai kat rumah dah pukul 1 lebih. letih.

5 Jun
bangun awal pagi sebab ummi kena berada kat PICC pukul 7.30 am. kitorang sampai sana 7.15 am. hari ni semua jadi orang digi ye uols! sebab baju kurung yang my mother pakai untuk konvo hari tu warna latar dia warna kuning. hmm ummi masuk dewan. atuk nenek pun pergi dewan. tinggallah kami kat luar ni.. masuk dalam taman dia kejap bergila-gilaan ambil gambar lepas tu naik atas duduk kat sofa buat macam kat rumah sendiri, ambil gambar lagi., kemudian... semua tidur! wah3 dah tak hirau orang sekeliling. saya pun sempat la tidur 1 jam dengan lenanya. haha.

dipendekkan cerita.. ummi call suruh semua naik atas. sebab ummi dapat Anugerah Akademik Terbaik. so IPG kampus buat majlis kecil-kecilan dan jemput semua ahli keluarga. dan... masa ni lah berlakunya masalah yang menyakitkan hati. bila nak naik, kami dihalang oleh ENCIK HANAFI dari IPG KAMPUS IPOH. katanya dia yang in-charge. kami tak boleh naik sebab menyalahi etika. call ummi, ummi cakap sendiri dengan encik tu. cakap pengarah bagi. malu gila saya kat situ dengan ramai orang, dengan dia cakap kitorang menyalahi etika. haish. lastly dia cakap okey tak apa saya langgar etika bagi kamu semua naik tapi saya kena naik jugak. nak tengok pengarah mana yang sayang sangat dekat student dia ni. berdesing telinga.

sampai 2nd floor, dia suruh berhenti, suruh ummi datang jumpa. masalahnya bukan 2nd floor yang kami patut pergi. tapi tingkat atas sekali, 3rd floor. lama call, ummi pulak tak angkat. lepas tu ummi datang, dia ikut jugak. siap tanya lagi, dapat anugerah apa sampai dapat keistimewaan macam ni? haa engkau melampau tau~~
dah sampai depan pengarah IPG ummi, yang mana pengarah tempat saya study jugak. pegawai tu siap sapa lagi saya.. sebab kitorang kenal. pegawai tu cakap okey, baru dia senyap then terus pergi mana ntah. aii menyirap air sirap dalam badan saya ni. geram je nak cerita perangai 'beretika' ENCIK HANAFI kat pegawai tu.. huh.

dah siap sesi ambil gambar, kami ke Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin. outdoor la pulak kan! haha. solat zohor kat situ then pergi PICC balik hantar jubah, terus balik rumah kemas-kemas barang kemudian ke rumah ngah. malamnya keluar makan 1 keluarga besar.

6 Jun
nak cakap apa? jam 9 kami bertolak pulang. kali ni lagi banyak singgah. beli buah, pergi tandas, solat dan makan. balik ikut jalan terengganu. sampai rumah pak sedara ketiga (ayah nik) pukul 6.30 pm. safely arrived home pukul 7.30 kot.

Saturday, June 8, 2013

Kisah Mujahidah Siti Hajar binti Ahmad Sabir

Assaamualaikum wbt.

saya baru je lepas baca sebuah blog ni.. artikel yang dia post pasal almarhumah SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR. mungkin penulis blog merupakan salah seorang sahabat kepada almarhumah. kisah ni ditulis sendiri oleh ibunya, Pn Nuraini Binti Che Mat. sedih sangat.. dan kagum. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama orang-orang soleh. semoga kita juga sama-sama mendapat manfaat daripada kisah ini. :')

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

                                   

Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

Friday, May 31, 2013

review chapter sem 5

sekarang tengah cuti semester 5. tengah boring ni, nak imbas balik yang dah berlaku semasa sem 5 ni. nak start dari awal macam banyak pulak.. start masa praktikum je la dulu :3

31 Mac - 28 April : praktikum fasa 1 di SK Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan.
1 April - 3 April : kursus ternakan ikan hiasan di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.
7 April : lawatan pendidikan jasmani di Majlis Sukan Negeri Terengganu.
14 Mei (tak ingat tarikh yang betul), 20 Mei - 23 Mei : final exam semester 5.

yang tu yang ingat je.. sem 5 ni busy pulak dari semester2 sebelum ni. padat sangat aktiviti & kerja nak buat. sampai tak ingat semua. hehe. hari tu nak join expo inovasi pendidikan. peringkat antarabangsa. tapi sebab banyak kerja, tak sempat nak fikir pasal pertandingan tu. macam rugi pulak kalau tak join ni. bila lagi dapat masuk pertandingan peringkat antarabangsa ni..

p/s: 
3 Jun - 6 Jun : konvo my mother kat PICC, Putrajaya. 
13 Jun nak join duty BSMM untuk program Walk With Me. kadang2 rasa tak sabar. sebab dah lama tak join aktiviti macam ni. tapi kadang2 rasa malas nak pergi. sebab sorang2. T_T

si bunga kembang kuncup

tiba-tiba jadi datang rasa rajin nak update blog. sebabnye jumpa ni...!!

hwaaaa comel sangat!! hehe. jumpa kat facebook. bunga kecil comel ni dipanggil 'little flower'. teknologi Jepun. kenapa kembang kuncup? sebab bila kering dia kembang, bila disembur air, bunga tu akan menguncup. nice kan? tengah boring atau stress buat kerja tu boleh main-main dengan bunga ni kejap. hehe. tapi mahal la pulak.. harga dia around RM29 - RM189. bergantung kepada saiz. yang dalam botol bertutup, paling kecil tu dah RM29. ada banyak jenis lagi.. tengok kat sini.

APA ITU "LITTLE FLOWER"?

☑ 100% Bunga TULEN
☑ Jepun Teknologi
☑ 100% import dari TAIWAN
☑ Tahan 10 TAHUN
☑ Bunga ini akan TIDUR bila semburkan AIR
☑ Bunga ini akan mekar bila kering
☑ TIDAK perlu siram air
☑ TIDAK perlu baja
☑ TIDAK perlu sinaran matahari
☑ Bunga ini ada banyak variasi WARNA

**tengok kat 'little flower' yang dok main kembang kuncup ni teringat pula dengan satu komik ni. RANMA. bertukar jantina bila terkena air panas. hihihi

Thursday, March 28, 2013

Friday, February 15, 2013

Amy Mastura - Tapi Itu Dulu


#1
Ya dulu aku katakan cinta
Ya dulu aku katakan sayang
Ya dulu aku katakan rindu
Padamu selalu hanya padamu

Ya dulu aku rajin merayu
Ya dulu tak berhenti berjanji
Ya dulu aku tak pernah ingkar
Untukmu selalu hanya untukmu

#2
Lalu kini kau datang
Hatimu kalau bimbang
Meminta ku mengulang perasaan

#3
Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
Dulu hanya kau getarkan hatiku

#4
Tapi itu dulu
Saat aku kejar-kejar dirimu
Bermimpi kau bisa jadi denganku
Sayang dulu kau acuhkan cintaku

Sayang itu dulu


Ulang #1 #2
Ulang #3 #4 
Oh itu dulu 

Oh
Ulang #3 #4 (2x)
Sayang itu dulu
Itu dulu

hey honey i love u!



love.differences

dalam banyak hal, kita sangat-sangat serupa. sama sangat! tapi dalam sesetengah hal, kita sangat-sangat berbeza. kan?

dan perbezaan itu sering buat saya makan hati. dan saya tahu, awak juga sama.

tapi saya kuatkan hati.. saya cuba untuk terima perbezaan kita sebab persamaan tu lebih bermakna buat saya. saya minta maaf sayang jika saya tidak mampu menjaga hati awak sebaik orang lain.. saya sedang cuba untuk jaga hati awak dan hati saya sendiri :')

Thursday, February 14, 2013

bila hati tidak lagi bercerita :(

saya bercerita dengan niat nak berkongsi dengan awak. supaya awak tau cerita tentang diri saya. hidup saya. supaya awak juga rasa setiap suka duka yang saya rasa. walaupun kadang-kadang benda tu maybe boleh melukakan hati awak. tapi saya tetap cerita kat awak. supaya awak tahu yang sebenar. supaya awak tak fikir yang bukan-bukan. memang saya boleh diamkan semua tu.. tapi saya tak nak awak salah faham :(

tapi bila awak cakap awak tak nak cerita apa-apa kat saya sebab tu prinsip awak. dan awak ada reason awak sendiri.. saya jadi terkedu. kelu lidah saya. then, apa lagi yang boleh saya cakap?

macam useless je lah saya cerita apa-apa kat awak selama ni. macam no point pun bercerita. bila awak rasa awak tak perlu pun buat macam tu kat saya..

jujur saya terguris.

ya. itu prinsip awak. dan saya tak akan kacau. :)
iloveyou! ~whisper~

Tuesday, February 12, 2013

sambutan maulidur rasul

assalamualaikum :)

alhamdulillah semalam buat makan-makan untuk sambut maulidur rasul kat rumah. dah selamat semuanya. syukur sangat-sangat sebab semuanya di luar jangkaan. terima kasih Ya Allah :)

ceritanya bermula masa sambutan maulidur rasul kat kampus. kat dewan ada qasidah. seronok sangat dengar qasidah tu.. terus mesej my mum, tanya nak buat kat rumah ke tak. alhamdulillah ummi cakap boleh nak buat. terus mengalir air mata ni macam menangis yang sedih-sedih. terharu sangat. harap Allah permudahkan semuanya. ingat nak buat terus minggu tu. tak pun weekend. lagipun hajat di hati nak ajak kawan-kawan yang qasidah tu pergi rumah. tapi ummi cakap buat time cuti sebab nak tunggu 2 of my brothers ada kat rumah.

ummi cakap semalam tu kira last day kalau nak sambut maulidur rasul. pagi tu dekat pukul 9 dah keluar rumah pergi cari barang-barang nak masak kat pasar. *kawan bertunang pukul 11 tapi tak dapat pergi. sori sayang. tak elok rasanya kalau tinggalkan rumah masa ni. sebab saya yang nak buat majlis. soriii*

balik ambil adik kat rumah. terus ke rumah nenek untuk masak-masak. alhamdulillah ngah dengan mksu dari kl ada kat situ. tolong-tolong masak jugak. hehe. saya pulak buat bunga rampai. 3 pokok pandan ummi ambil banyak sangat! tapi saya buat bunga rampai tu guna tak sampai 1 pokok pun. sebab sakit tangan. malas la nak buat. hee.. time bungkus-bungkus bunga rampai tu, letak duit syi;ling sikit. mana-mana yang bertuah dapat la.. dalam pukul 3 kot siap masak semua.. :)

masak yang simple je. ayam gulai, ikan bakar, ikan kering, ulam-ulaman, budu *tak boleh tinggal kalau ada ulam*, sambal, agar-agar.

malam tu, lepas solat maghrib ayah balik rumah kejap. ayah tanya kalau untuk 100 orang sempat tak dengan hidangan? semua terkejut! 100? wahh ramainya. ayah cakap tak sampai 100 tapi ayah dah ajak ramai orang kampung untuk datang malam ni. tengok-tengok kat masjid tadi pun orang ramai datang. memang biasanya akan ajak semua yang kat masjid tu.

masa orang nak datang rumah, hujan turun. alhamdulillah. terasa sangat keberkatan Allah. insyaAllah :)

time orang selawat, ruang tamu kat rumah penuh sangat. sampai ada yang masuk kat area ruang family. hehe. nak menangis tengok ramai datang. 

terus keluarkan lauk-pauk. prepare untuk 8 hidangan. so maybe dalam 40 orang yang datang. tapi tak cukup. jadi 10 hidangan. tak cukup jugak. kelam kabut nak cari lauk tambah. ulam-ulam semua dah habis. cari pula dalam peti kalau-kalau ada yang lain. budu pun kena tambah lagi 2 botol. 6 botol budu semuanya. haha. habis dah budu rumah nenek :D
yang tak tahan, sampaikan agar-agar pun ada yang mintak tambah?! hahaha. sedap sangat agar-agar ummi tu. tak pun sebab comel sangat saya potong tadi :D

bajet orang datang 4o orang*itu pun dah ramai* tapi yang datang dekat 70 orang rasanya. family cakap 1st time buat makan, orang datang ramai macam ni. rezeki saya katanya. alhamdulillah. Allah dah permudahkan semuanya. terima kasih ya Allah. terima kasih family. terima kasih orang-orang kampung. terima kasih penjual-penjual tadi. terima kasih semuanya.. terima kasih! terima kasih! terima kasih! :')

*sorry sebab tak cukup bunga rampai* *sorry kalau ada yang tak puas hati makan* *sorry sebab ada yang kena tunggu turn nak makan sebab tak cukup space* *insyaAllah kalau diizinkan lain kali kita buat makan lagi ye*

Saturday, February 9, 2013

honest with your feeling?

assalamualaikum :)

tengah puas berfikir. pasal feeling. dan biasanya kalau cakap pasal feeling ni mesti pasal feeling cinta-cinta tu. hehe kali ni pun sama.

just.. hm susah nak explain pasal feeling ni kan? maybe senang untuk sesetengah orang. but not for me. susah sangat nak luahkan perasaan ni! sigh~
my auntie pun pesan, kena honest pasal feeling. kalau betul suka kat dia, bagitahu. jangan dah terhantuk baru terngadah. haha. tapi itulah yang berlaku selalunya. bila rapat dengan mana-mana lelaki, susah nak mengaku pasal perasaan sendiri. orang cakap dah terang-terang nampak macam couple. tapi saya cakap tak. sekadar teman tapi mesra. tapi bila berpisah ke apa ke, menangis meraung-raung. haa ambik kau.. padan muka.

kawan-kawan selalu cakap saya ego. tak nak mengaku. even lelaki tu dah berapa kali cakap nak couple ke apa.. hmm i have my own reason :)

bagi saya, kalau dia nak pergi mencari yang lain sebab saya tak pernah mengaku sukakan dia, biarlah dia pergi. biarlah. biar dia cari orang yang suka luahkan perasaan dia secara terus-terang. walaupun berat, walaupun pedih.. tapi saya rasa ada baiknya saya diamkan saja perasaan saya ni. mudah dia nak tinggalkan saya, mudah dia nak mencari yang lain. maybe its better for him kan.

saya pun macam orang lain. ada hati. ada perasaan. kadang-kadang nak juga cerita yang kita sukakn dia. tapi bila fikir-fikir, saya nak suami saya yang dapat keistimewaan tu, saya nak luahkan isi hati ni pada dia je. tiap-tiap hari pun boleh :)

kalau lelaki tu boleh tinggalkan saya semata-mata sebab dia tak pasti dengan perasaan saya, macam no use la kalau nak bersama dengan dia pun. saya sukakan lelaki yang sukakan cabaran. walaupun dia tak tahu isi hati saya, tapi dia berusaha nak tackle saya sampai dapat hanya sebab dia betul-betul nakkan saya.. dia lah yang ada dalam hati saya. tapi susah nak cari orang yang sanggup ambil risiko macam tu kan. ada lagi ke sekarang ni? :)

fall in love with HANFU!

tengah buat assignment pasal malaysian chinese. then masa cari-cari gambar untuk pakaian tu, jumpa hanfu. superb! lawa sangat! *start dreaming for engagement day nanti pakai baju macam ni but in simpler way la* hehe

Qi Pao (the so called cheongsam) & Ma Gua (the so called samfu) are actually of Manchu/ Manchurian (滿族) origin. The true traditional costume for Chinese or to be exact, the Han is Hanfu (漢服).
Hanfu (漢服) : Literally, "the clothes of the Han". Worn by Han Chinese for over 3700 years. One of the most precious treasures of Chinese cultural inheritance and representative image of the culture, it has been lost for over 360 years since 1645.

Hanfu, short for Han Chinese Traditional Clothing (not Han Dynasty Traditional Clothing), can also be called Huafu (Hua-clothing/華服). It is not to be confused with the Tangzhuang (唐裝)* or Kimono. Its origins can be traced back to the legendary Sage Kings (三皇五帝) until the Ming Dynasty, in a continuing tradition for 4,000 years, sharing all basic traits and features in its designs.
*Tangzhuang is actually a modified version of MaGua (samfu)

A field worthy of study in itself, with complete systems of classification, Hanfu as couture of a long tradition is an essential wealth of Chinese heritage, and is worthy of pride by every Chinese descendent. The resilient vitality of Hanfu has caused it to survive unto today, appearing in Han religions such as Taoism and Buddhism, as well as dress of peripheral mountain villages and closeby minor ethnicities, and retaining those similar traits.
In modern society, we can still see some traces of Hanfu in important social rites and sacrifices, remembrances, and civic holidays. The influence of Hanfu stretches far and wide, with most ethnicities in Asia such as the Japanese, Koreans, Vietnamese, Mongolians, Bhutanese all retain or refer to elements in Hanfu design.

sangat cantik kan? :)

kerana dirimu begitu berharga!

assalamualaikum :)

tadi menangis. sampai merah mata! bengkak! hidung tersumbat *:p* n sakit kepala!

lepas tu elok-elok je jadi ketawa. haha. bersebab okey. bukannya secara tiba-tiba jadi macam tu.

terima kasih cinta *err*. dah lama tak dengar khabar berita. malam ni dah hilang semua gundah gulana. yang datang hanya ketawa ;)

Tuesday, January 29, 2013

days with the girls!

assalamualaikum.

sihat? dalm kelas tadi gempar kejap. ada sorang kawan dikejarkan ke hospital. puncanya? tak tahu la. dari pagi tadi dia cakap jadi pening-pening. time lecturer mengajar, dia pergi toilet 2x, lamaaaa sangat! lepas tu ada seorang kawan pergi tengok, then cakap kat lecturer nak bawak dia balik hostel. rehat-rehat. habis je kelas pukul 11.15, kawan yang lain cakap kat lecturer dia sakit. minta tolong lecturer hantarkan ke hospital.. kesian dia. saya ke library. call diorang, rupa-rupanya dia sakit sebab tekanan darah rendah sangat. plus, maybe sebab gastrik juga kot? Alhamdulillah gastrik saya dah makin ok. kesian sangat tengok kat dia tadi. :(


dan nak cerita pasal picnic ari tu. saja-saja. girls day out dengan clique time sekolah menengah dulu. wahhh happy sangat-sangat! dah lama tak jumpa ramai-ramai macam ni. saya, lin, e'zzah, mien, anis, farah, mieza, kimah, pypah and a friend of her, aisyah. pergi time cuti maulidur rasul hari tu. sabtu, 26 jan. janjinya pukul 10 pagi dah ada kat pantai irama, bachok. saya bertolak dari rumah pukul 9, sempat patah balik ambil baju untuk mandi, singgah kedai beli air dengan ais, tunggu kat pasir tumboh still diorang tak sampai lagi. masa tu pukul 10 dah. lastly 1 jam kemudian baru nampak batang hidung si fazlin ni. aii mau tak panas hati i ni menunggu sorang-sorang kat situ. dah sampai lin, mien, e'zzah dengan anis.. anis tukar masuk kereta saya. nak temanlah kot?


sampai sana, mieza dengan farah dah tercongok tunggu kitorang. haha. kesian. tu lah janji pukul 10! dah nak tengah hari baru sampai.. ish ish ish.
tengah nak buat bara nak bakar ayam, pypah dengan aisyah pun datang. at first, tak menyala arang tu. tiub tak bawak, minyak gas tak bawa. dengan angin lagi.. kuat sangat! tapi guna surat khabar, Ahamdulillah nasib baik menjadi. then bakar-bakar ayam, ambil gambar, makan! :)


thanks mieza sebab bawakan bihun gorang, thanks anis sebab sediakan ayam diperap. thanks farah sebab beli sosej banyakk sangat. thanks pypah sebab bawa keropok dan limau cina. nyum2. thanks e'zzah sebab bawa sos. thanks mien sebab bawa sudu garfu. thanks lin sebab bawa tikar je! tak ada tikar tak boleh duduk dengan selesa kita hari tu kan.. hehe. dah separuh jalan makan, kimah baru datang.



bila dah siap makan, ejo dengan hasif pula call. diorang ada kat pantai tu jugak. jumpa kejap. diorang ajak pergi makan abc. tapi sebab datang dengan kawan, plus dah lewat nak balik, plus tak ingat jalan time nak datang tadi so terpaksa cakap tak boleh. sorry!


dah settle dengan sesi ambil gambar dengan si cantik semua, heading to masjid nearby pula. solat Zohor. dah pukul 3 baru bertolak balik..
sedih sebab tak dapat join the other 7 berjimba di kbmall. saya dah lewat nak balik kampus. anis pun jadi mangsa, terpaksa balik dengan saya sebab dah tak muat nak jadikan 8 orang dalam kereta lin tu. saya drop anis otw balik rumah.

hey my girl, my girl. this is for u :)

assalamualaikum.

this entry special untuk my beloved girlyang bertunang ahad lepas. i am happy for u dear :')

hari jumaat tu, saya memberanikan diri drive sorang-sorang ke pcb untuk berjumpa dengan si comel ni. nak tolong dia buat gubahan untuk hantaran pertunangan. jem sangat-sangat di kb. fuhh. lega sangat dapat jumpa dengan dia. sanggup drive ke sana. sebab she is the one yang suka panggil saya dengan panggilan bestfriend. dan dia juga lah satu-satunya gadis lembut yang tiba-tiba bertukar jadi kasar sebab saya dibuli oleh lelaki. terharu sangat tau sayang! eh masa tu je dia jadi kasar. memang all the time, dia jenis lembut.. hehe

so.. sampai rumah dia dah dekat tengah hari. tanya my mum macam mana nak buat sparkle kat bunga. then she called, cakap boleh balik lewat sebab nak tolong isya. hehehe. love u mum :*

tema biru putih. *tak sempat nak ambil gambar gubahan bakul yang kitorang buat tu*. makan nasi. then pukul 3.30 pergi ke pcb. dekat je dengan rumah dia. around 5 minutes kot? nak jumpa dengan other friends.  kitorang berempat memang dah lama kenal. dan rapat. selalu pun kalau cuti, kitorang akan cari masa untuk keluar sama-sama. harap-harap kekal sampai bila-bila :)
pergi minum air nyor sebiji. hahaha. eksen lebih. padahal baru lepas makan nasi. perut full gila.. lastly tak habis makan buah dia. sebab nak ke kb pula. nak cari barang sikit dan tempah kek. *langsung tak ambil gambar dengan bestie ni* :(

ke kbmall. solat asar dulu. pergi secret recipe tapi keknya tak ada. dah lewat. kami ke pc pula nak pergi makan char kuey teow sedap. si comel yang ajak.. heee mentang-mentang ummi bagi balik lewat, balik lewat betul-betul ye :p

memang kedai tu ramaiiii sangat orang. terpaksa tunggu giliran untuk meja. dia just gerai je sebenarnya.. kawan-kawan dah ajak pergi makan kat kedai lain. sebab penuh. saya dah sedih-sedih sikit sebab datang situ kan nak makan char kuey teow. plus, aroma dia.. perghh lapar jadinya! tunggu jugaklah turn untuk meja. hehe thanks kawan-kawan. sambil-sambil tunggu order kami sampai, sempat ke snogurt dulu.
thanks sebab belanja, sayang!
okey, char kuey teow special dah sampai. yummy! *lupa nak ambil gambar* udang dia banyakkk sangat. dan besar. nanti nak ke situ lagi lah.

siap makan, hantar dia dah dekat isyak. sayang, i am so so so sorry sebab tak dapat temankan awak time awak bertunang. ada kelas. kalau tak, saya sanggup datang dari besut ni ke pcb. sedih sangat. time awak konvo pun saya tak pergi kan? soryy :'(

hmm lepas tu ejo terpaksa temankan saya separuh jalan, sampai melor. sebab saya tak pernah drive time malam sebenarnya. jauh pula dari rumah. hehe cari pasal sangat kan :p

sampai melor, kitorang berpecah. thanks tau temankan. nanti ada jodoh kita jumpa lagi. huhu 

5 minit kemudian, sampai rumah. tidur. krohh krohhh. pukul 3 baru bangun solat isyak -__-"

Wednesday, January 16, 2013

seeking for rumah sewa :3

assalamualaikum

haiii. petang semalam saya dengan kawan-kawan pergi tengok homestay kat wakaf zin, bachok. untuk sewa time praktikum nanti. okey, this semester i will have my 1st practicum at SK Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. selama 1 bulan. dari 31 Mac sampai 28 April. so kena cari rumah sewa sebab sekolah tu jauh dari IPG. dan jauh juga dari rumah. ambil masa dalam 1 jam kot kalau nak pergi sana.

tapi saya ada problem sikit nak tinggal kat rumah sewa dengan kawan-kawan. for me, sewa rumah tu mahal sangat.. rm 1000 per month. rumah teres 3 bilik, 2 bilik air. tapi kawan-kawan cakap murah sangat-sangat. perghh. tu nasib baik 1 rumah duduk 12 orang kalau termasuk saya. sebab 4 orang 1 sekolah. campur semua sekali dari 3 buah sekolah jadilah 12 orang. kalau duduk 4 orang je? hmm. ntah laa.. maybe saya terpaksa berulang-alik dari rumah ke sekolah tiap-tiap hari. fuhh mesti penat sangat..

weekend ni nak try pergi situ sekali lagi dengan kawan. tapi dari rumah. sebab nak tau jarak dia dari rumah ke sekolah tu.. sebab sekolah tu dah dekat sangat dengan kb. memang jauh sangat dari rumah. hmm harap-harap dipermudahkan segala urusan :)
housemates, rommates, colleagues and blablabla

Monday, January 14, 2013

tahu KALORI makanan anda??

Dalam sehari-hari kita makan, tak ramai pun yang ambil tahu pasal kalori dalam makanan kita tu kan? ramai yang diet, tapi ramai juga yang buat dengan cara tak betul. jadi, kali ni jom tengok berapa banyak kalori dalam makanan rutin kita.

*mencari dan tercari pasal kalori sebab roommate on diet. caring sikitt! saya pun nak tahu juga makanan apa yang paling banyak kalori. sebab nak naikkan berat badan ni. hmm~
Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop = 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping = 58 kal

Lain-lain
Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)

Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori

Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori

Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori

Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori

Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori

credit to: DarkBatman
credit to: http://kalorimakanan.blogdrive.com/