Thursday, August 30, 2012

hati saya sedih :'(

ya Allah, maafkan saya. air mata ini mengalir lagi pada hari ini. hati ini masih terkenangkan dirinya. maafkan saya ya Allah. kerana pernah terlanjur menyayangi dirinya suatu masa dahulu. hentikanlah seksaan ini ya Allah. buanglah perasaan ini dari saya. perasaan yang pernah tertanam dalam hati ini semakin membengkak. menumbuhkan perasaan rindu yang membuak-buak. ya Allah hentikanlah. saya tidak kuat. saya sudah tidak sanggup mengharapkan cinta darinya. penat mengharapkan pada yang tak sudi. jika dia bukanlah jodoh yang diperkenankan olehMu buat saya, saya harap dia pergi jauh dari hidup saya. semoga hati saya tidak sakit lagi dengan kasih sayangnya. jauhkan dia dari saya ya Allah. dia tidak sayangkan saya. hati saya sakit sangat. menahan tangis. remuk hati saya teringatkan janji dan harapan yang pernah dia bagi dahulu.




...x ada mood nak berbuka. beli laksa penang. makan separuh je :(

Tuesday, August 28, 2012

fit: the new beginning

awak sombong.
dah berapa hari. berapa minggu. tapi x apalah. saya rasa saya dah dapat terima keadaan kita macam ni. lagipun saya tahu awak dah ada orang lain. humh. dah tiba masanya untuk saya pergi terus dari hidup awak. (tapi susah sebab awak dah kenal family dan rumah saya. nak hilangkan diri pun susah!)


okeylah awak. saya akan cari orang lain dah :)








tadi kawan tanya nak kahwin x. sebab ada kawan dia yang nak cari calon bini. nak kahwin terus. lelaki tu pemalu. hehe
kalau bukan sebab family x bagi kahwin sebelum habis study, saya on je. suruh dia datang jumpa family saya.rugi >.<

Friday, August 24, 2012

beraya sakan dengan kawan!

ohhooiii~~

lupa nak cerita. hari raya ketiga tu saya ikut kawan-kawan pergi beraya.

pukul *tettt* masih bermalas-malasan di atas katil. tiba-tiba kawan lelaki kol.

...ajak beraya.

????
mandi pun x lagi ni. hehe. okey. 30 minit kemudian, siap lengkap ;)

jem jem jem. dah la kitorang (saya, ejo, hasif) x breakfast lagi. lapar~

pukul 11 bertolak. pergi beraya rumah arisyah@alisyah (?) kat wcy. then ke pcb untuk bertemu kawan kesayangan. opss pergi rumah kawan diorang dulu. ambik kawan dia. hm isya ada kat tempat kenduri pulak.

so kitorang lepak-lepak kat pantai dulu.

lepas tu isya datang. lama x jumpa. kawan-kawan semua dah habis study. saya je jadi budak sekolah lagi.

pergi beraya kat rumah isya pulak.

dah 5 tahun kawan. tapi x pernah pergi rumah dia. ish ish. dah la kawan rapat. sorry isya!

hantar kawan diorang kat rumah. terus balik.

....tapi 2 jam tersekat kat jalan. energy saya makin low. LAPAR~~~

sampai kawan-kawan dalam kereta duk tegur sebab senyap je. hehe

last-last singgah kfc jap. isi perut. masa tu dah lewat. pukul 7. habis lah. mesti my mum marah :(

30 minit kemudia, dah siap makan.

cepat-cepat balik. hm driver sakit perut pulak.. cari toilet dulu. punya laa lama dia dalam toilet. rupa-rupanya terkunci dari luar. hehe. nasib baik dia bawak phone. boleh call kitorang yang kat luar ni.

sampai depan pagar rumah, baru tau family kat rumah nenek. pergi sana pulak. ramainya orang~~! :O




... terkilan. sebab baru tau kenapa mummy marah. rupa-rupanya mummy masak nasik hujan panas untuk kawan-kawan saya. banyak. sebab saya cakap diorang nak datang beraya kat rumah. sorry mum. memang macam tu la plan asal. tapi sebab jem, diorang dah lewat. terus balik. lagipun saya x tau mummy masak untuk diorang. frust sangat. kalau la saya tau saya x kan pergi kfc tu. makan je kat rumah. :( :(

mariii marii make ike bakar~~!!

assalamualaikum wbt :)

hari ni 24 ogos. semalam 23 ogos. pada 22 ogos, malam tu kami sekeluarga telah pun bergathering cukup 1 family besar sebelah mummy (err tolak auntie yang dah balik key el pada hari raya kedua) pergi makan-makan. pukul 8 bertolak ke rumah pak sedara. pukul 9 bertolak ke kuala besut. destinasi? ZUL ikan bakar~

tapi... x jadi -__-

sebab?

FULL!
disebabkan kemeriahan raya masih menjelma, orang tersangatlah ramai. plus, malam tu game bola klate lawan tganu. so? orang-orang yang dah siap makan pun x nak bangun lagi sebab nak tengok bola. lagi? malam tu hujan. meja yang dia letak kat luar tu basah. x boleh duduk situ. semua duduk kat meja yang bawah bumbung. dah rugi 9 meja. keh keh.

apa lagi.. cari kedai lain. pusing pusing pusing pusing. eh jam dah pukul 11 malam. pheww. kedai x jumpa lagi. cari jugak kedai yang best-best. sebab pak sedara yang kat key el tu tiba-tiba mengidam ke apa ntah. nak jugak makan ikan bakar. x nak yang lain. so malam ni dia lah yang belanja ;)

berapa kedai ye kitorang survey? 5? ke lebih? hehe. sebab banyak kedai yang tutup. kedai yang x best, buka pulak. cari cari cari. last-last pergi jugak la kedai x best pun, kat tok bali. hm pergi ramai-ramai. kedai pulak penuh. duk cari lama-lama, kedai makin banyak yang tutup. nanti x pasal-pasal kena balik makan kat rumah je sebab ikan dah habis, baru tau. hehe.

gasak jerr~~

pukul 12.30 bertolak balik. pukul 1 sampai rumah. mengantuk! zZZzzZz

Tuesday, August 21, 2012

riang ria di hari raya!!!

assalamualaikum wbt.

hari ni hari raya. raya kedua. salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin :)
semalam busy sangat. tak sempat nak update blog. hari ni pun. tapi sebab baru lepas makan megi, jadi hilang mengantuk pulak..
raya tahun ni Alhamdulillah masih berkesempatan nak sambut. walaupun dengan sederhana. hmm tak meriah macam tahun lepas. gambar raya 1 family pun tak sempat nak tangkap! sobs sobs T_T
wahaha tak senonoh :3
sorry. saya kalau naik motor memang over excited.
mula lah buat bunyi & muka pelik-pelik >.<
hari sebelum raya tu pergi rumah nenek. prepare mana-mana yang patut. my mum masak-masak untuk raya esoknya. pak sedara bawa angsa 2 ekor untuk masak. potong-potong sayur, basuh-basuh ayam, kemas-kemas rumah. acara tahunan; buat tapai dengan ketupat pulut. fuhh penatnyaaa~!
okeyy ini daging angsa ye murid-murid
petang balik rumah kejap. lepas tu pergi semula. sambung masak. dekat tengah malam baru kitorang pulang ke rumah. mengantuknya mata. tak sempat buat apa-apa. terus nampak katil. tidur!

pagi raya esoknya, awal-awal lagi dah bangun. mandi. pakai lawa-lawa. taruk lipstik 2-3 lapis, bedak 14 inci, kasut tumit tinggi, bertolak ke rumah nenek. kena pergi awal. sebab tak siap masak lagi. menu tahun ni:
-nasi bukhari-
-kerutuk angsa-
-dalca sayur-
-acar timun-
-tapai-
-ketupat-
-kueh mueh & biskut biskit raya- :)

lepas solat raya, kitorang 1 family termasuk atuk
nenek, pak sedaras mak sedaras, cousins, mummy, adek beradek pergi ke kubur. ziarah kubur arwah moyang dan saudara-mara yang dah pulang ke rahmatullah.
al-Fatihah.

terus balik rumah. nak pergi rumah saudara. tapi tak berkesempatan. sedara-sedara datang ke rumah. 1 family balik family yang lain pula datang. last-last pukul 4 baru kitorang boleh turun rumah pergi ke padang pak amat. tu pun 'dia' yang jadi tetamu last untuk petang tu sebelum kitorang pergi. kesian dia, kena balik dalam hujan. lain kali jangan datang dengan motor tau!
curi-curi ambik gambar awak! hahaha :D
hujan rintik-rintik, air bergelora~~

sampai sana, salam-salam, terus serbu biskut raya. lepas makan, semua orang 'rebah'. hahha. masing-masing cari port nak landing. penat sangat. tak sempat nak rehat. saya pun sempat tidur lagi. krohh krohh. zZZzzZz

balik rumah nenek, rehat-rehat kejap, balik rumah. malam tu pergi rumah pak sedara sebelah abah pulakss.





--------------------------

agenda untuk raya kedua:
 
pergi rumah mak sedara kat bukit jeruk, jerteh. sebelah abah jugak. dalam pukul 11.40 pagi sampai sana. lunch kat sana, pukul 3 lebih, bertolak balik. singgah rumah nenek dulu kejap. sebab tok sedara yang kat chiku, gua musang datang.

balik tidur. sepatutnya pergi hantar mak sedara pergi airport pula malam ni. tapi ada hal sikit. saya tak jadi pergi. FRUST.

Friday, August 17, 2012

please stay :)



awak suka buat saya sedih kan?

hari ni dah tinggal kurang 4 jam je lagi.. esok 18hb dah. x ada dah birthday awak.

awak...
kenapa jual mahal sangat?
ok awak cakap saya ego. saya x mudah mengalah. saya mengaku. betul. tapi awak x nampak ke apa yang saya buat lepas kita berpisah hari tu? berapa kali saya mesej awak. niat saya nak baik balik dengan awak. awak x perasan ke? atau awak buat-buat x perasan? saya try untuk layan awak baik-baik macam dulu. tapi apa yang awak buat? awak asyik dengan perasaan sedih awak tu. bila saya cakap apa-apa awak mesti nak kaitkan dengan kita yang dah x ada apa-apa sekarang. kenapa? saya sedih. saya geram. tapi saya tahan. saya sabar. sebab saya x nak kita terus macam ni. harapan saya agar dalam tempoh 7 hari saya tunggu awak tu, kita akan baik balik macam dulu.

tapi x ada..
awak x nampak semua tu.

saya kecewa. tapi apa yang boleh saya buat?

tadi pun kita mesej lagi. saya cuba lagi untuk berbaik dengan awak. sebab hari ni hari lahir awak. saya x nak buat something yang buat awak sedih. saya cuba untuk gembirakan awak. saya nak sambut birthday ni dengan awak. tapi awak x nak. awak x layan. saya geram sangat. bertambah geram bila awak masih cakap saya ego n x mudah mengalah. n awak cakap awak sanggup mengalah lagi untuk kali ni. hey! awak sedar x saya buat apa sekarang ni? jangan terlalu buta dengan kesedihan awak tu. buka mata. pandang dengan hati. dengan akal. saya x buat semua ni sekadar untuk suka-suka.

saya tahu saya memang ego. awak pun tahu. jadi saya x akan buat baik dengan awak kalau bukan sebab saya nak kita baik balik. saya masih sayang awak.

tapi awak still cakap saya benci awak. saya anggap awak kawan. memang. awak x lebih dari kawan. tengoklah macam mana hubungan kita sekarang. rasanya x salah kalau saya anggap awak macam tu kan? sebab kita bukannya rapat macam dulu dah. tapi itu x bermakna saya x nak kita rapat balik. hmm susah awak.. soal hati ni rumit. bila awak hanya fikir tentang diri awak, awak x akan nampak diri saya. walaupun saya dah lama tunggu awak..

saya x tahu nak buat apa dah. banyak kali saya nak mengalah pada takdir. biar je kita macam ni.. lebih-lebih lagi bila awak cakap macam-macam pasal kita. awak nak sangat fikir pasal problem ni kan? fikir lah awak.. fikir lah puas-puas. cakap lah apa yang awak nak. saya x nak dah ganggu awak. kalau saya ganggu pun awak fikir pelik-pelik jugak kan? heheh. manusia. biasalah.

selagi saya masih boleh sayang, saya akan sayang awak. tapi percayalah awak.. semakin lama awak biarkan, saya akan makin lupakan awak. n percayalah, suatu hari nanti x mustahil kalau saya x ingat langsung pun memori tentang kita. kerana saya pernah sayang awak sepenuh hati saya.. n lama-lama hati ni akan pulih sendiri dengan melupakan awak. maafkan saya awak.. kalau suatu hari nanti awak datang dan saya x nak terima awak lagi.

saya dah penat. kalau awak betul mahukan saya di sisi awak, awak akan usaha kan sayang? tapi kalau x ada, saya pasrah :)

satu yang saya harapkan, awak berhenti menyalahkan saya.. berhenti mengatakan sesuatu yang berlaku ni sebab saya yang buat itu, buat ini. kerana perkara tu buat saya makin benci pada awak. saya x nak benci awak.. saya harap semoga awak bahagia baby :)

Somebody That I Used To Know - Gotye ft. Kimbra

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
I told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kinda sadnesses
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make it like it never happened and that we were nothing
I don't even need your love, but you treat me like me a stranger
And that feels so rough

No, you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
Guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all times you screwed me over
But had me believin it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up with somebody that you used to know-oh-oh

But you didn't have to cut me off
Make it like it never happened that we were nothing (oh)
I don't even need your love, but you treat me like a stranger
and that feels so rough

(oh)

No, you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number (oh)
Guess that I don't need that though
Not you're just somebody that I used to know

Somebody that I used to know
Somebody (now you're just somebody that I used to know)
That I used to know
Somebody that I used to know
Somebody (somebody) (now you're just somebody that I used to know)
That I used to know

I used to know
That I used to know
I used to know
Somebody

selamat ulang tahun baby sayang :)


selamat ulang tahun ke-20 awak..
ehem. sebak saya masa wish birthday kat awak. lagi sebak bila awak cakap macam tu. rasa nak menitis air mata ni. eh tapi saya kan macho. hilang la macho saya kalau menangis nanti. uhuk uhuk.

awak jangan sedih-sedih tau. hari ni birthday awak. saya nak awak senyum banyak-banyak. sorry. saya x dapat nak teman awak. x boleh nak sambut hari lahir awak sama-sama.. n sorry, kali ni saya x ada hadiah pun untuk awak :(

tapi saya still ada benda nak bagi pada awak.. datanglah raya kat rumah. saya dah ajak tadi kan. x kan nak suruh saya ajak awak banyak-banyak kali..

ni kek untuk awak. nak yang mana? >.<




happy birthday to u.. happy birthday to u.. happy birthday to baby.. happy birthday to u... :)




Thursday, August 16, 2012

qada' dan qadar

balik dari sekolah tadi my mum cakap awak x jadi datang. sebab kitorang nak pergi ambil mak sedara. saya terkejut. frust sikit. tapi saya buat biasa je. x tanya apa-apa. hm saya ingat nak bagi something kat awak. ingat nak jumpa, boleh berbuka dengan awak. tahun ni kita x berbuka sama-sama lagi kan :(

tapi x apalah.. bukan rezeki kita.

dekat maghrib mak sedara sorang lagi datang dengan anak dia. berbuka kat rumah kitorang. lepas berbuka terus ke airport. saya sakit kepala. dari pagi tadi lagi. tapi malam ni mencucuk-cucuk sangat. tuhan je tahu betapa sakitnya saya tadi. tapi saya pergi juga ke airport walaupun x larat.

sampai sana. saya duk dalam kereta je. x larat nak jalan, nak duduk dalam airport tu.

lagipun saya nak mesej dengan awak. walaupun takut duk sorang-sorang dalam kereta, tapi sekurang-kurangnya awak ada temankan saya. last-last saya tertidur. sedar tu pun sebab mummy ketuk cermin kereta.

baru je nak keluar dari kawasan airport tu, ada accident awak :(
orang ramai sangat. nampak sebuah kereta je. maybe berlanggar dengan motor. ada ambulans. saya tergamam kejap. ada banyak darah bawah kereta tu. maybe yang naik motor tu la. sebab dia kat sebelah kereta, saya x nampak..

alhamdulillah kitorang sampai kat rumah dengan selamat.




saya rindu awak :)

hari terakhir di sk desa pahlawan

assalamualaikum wbt

hari keempat. hari terakhir kat sini. sebab esok dah start cuti untuk hari raya aidilfitri. jadi semester 4 ni sbe 4 hari je lah.
muka boring tunggu
kawan-kawan datang
sampai kat sekolah pukul 7. macam biasa, tunggu kat kerusi batu tu.. fuhh memori tuu :D

hari ni pakai jubah. sebab dah janji dengan kawan-kawan perempuan yang sbe ni nak pakai jubah.

7.15 naik pejabat pergi tanda kehadiran. lepas tu x tahu nak pergi mana. x ada arah tuju. haha. sebab hari ni ada majlis khatam al-Quran kat dewan sekolah. Dewan Leftenan Adnan. hari terakhir baru tahu nama dewan dia class gilerr. maklumlah nama pun sekolah desa pahlawan kan. anak-anak askar. time tunggu tu tengok macam-macam warna bunga telur budak-budak ni bawa.

lawa-lawa dan hensem-hensem semuanya :)
sebelum masuk dewan, sempat ambil gambar kenangan dulu. dah hari last kan.. tapi  1 gambar pun x pernah ambil lagi.

kitorang kena duduk dalam dewan tu bersama budak-budak yang nak khatam al-Quran. bukan semua. mana-mana yang dah khatam je. bersila atas tikar. yang lelaki kat atas pentas dewan tu.
fit, syu, epa, afiq, eg
majlis tangguh kejap untuk rehat. kami terus menuju ke tempat biasa, library.
1 putih 3 hitam >.<
eg n baby panda :D
hari ni x buat aktiviti seni dah. epa x bawak barang-barang. laptop pun diorang x bawak. saya je yang rajin angkut benda berat ni. cess.

tapi x guna pun. last-last bagi afiq guna. n kitorang tengok movie. dah boring sangat x tahu nak buat apa kan.. tapi saya x join sangat lah. sebab tengok movie yang dalam henpon kawan tu je. bohsia-jalan kembali. diorang tengok misfit. kartun. mula-mula tengok HACKS. tapi kena kondem dengan sorang lelaki ni, terus tukar tengok kartun.
kat dewan ada majlis lagi. sambung untuk penyampaian sumbangan raya. tapi kitorang x pergi pun. duk je kat situ. kemudian kak dah datang suruh pergi bilik seni untuk ambil cenderahati. punya la gelabah n serba salah kitorang ni sebab pihak sekolah nak bagi cenderahati tapi kitorang x bagi apa-apa pun. tengok2 dapat ni...hehe :D

bunga telur, akok munge, pulut. (roka tu ima yang bagi)
pastu kawan-kawan lelaki ni nak balik dah. diorang nak pergi kedai tayar. tayar pereta pancit. duduk je lah kitorang kat situ yang perempuan je 4 orang. tersangat boring. lepas tu epa pulak nak balik. ayah dia dah datang. saya duk dengan kak dah n cikgu hishan. berbual sikit. ima dengan syu buat apa ntah.

1.15 kitorang gerak ke pejabat. then jumpa cikgu-cikgu untuk salam. kan dah nak tinggalkan sekolah. lagipun dah nak raya.selamat tinggal sk desa pahlawan. selamat tinggal semua :)

sedih sikit. sebab ending macam tu je. lagi best kalau kitorang balik sama-sama :/
epa x ada sebab dia jd camera girl :/
balik tu terus pergi pasir puteh untuk ambil cek wang ehsan adik.

sbe hari ke-3

assalamualaikum wbt

sorry sorry sorry
khilaf saya. cakap nak update semalam. tapi ada hal. busy sikit. sekarang pun dah mengantuk ni. tapi nak update lah kejap. hehe

so...
semalam arrived kat sekolah pukul 7 lebih sikit-sikit. sangat sejuk lah pergi sekolah awal-awal pagi then tercongok kat kerusi batu tu. oh lupa nak ambil gambar kenangan tanda seminggu duduk kat kerusi tu time awal pagi.
pergi tanda kehadiran macam biasa. lepak kat kantin dulu tunggu cikgu library datang buka library. kak dah namanya. cikgu hasidah. segan nak paggil cikgu-cikgu dengan gelaran kak. still kekok sampai sekarang even pernah kena tegur suruh panggil kak je. n even cikgu-cikgu tu memang bahasakan diri mereka sebagai kak. -__-"

hari ni x ada aktiviti juga. maksudnya x masuk kelas lah. kitorang buat aktiviti sendiri kat library tu. sedut movie banyak-banyak daripada kawan-kawan sbe. oh oh. hari ni kitorang buat ni....

taraaaa~~!!

atas dari kiri: afiq, epa, fit
bawah dari kiri: fit, ima, syu
lawa x? x ingt lah nama apa jenis seni macam ni. guna poster colour then tiup guna straw. fuhh dengan puasa lagi, semput tau :3



2 ni saya punye :3
lepas tu x ada apa dah..balik pukul 1.30. lewat sikit hari ni. kenapa? x ingat lah..

Tuesday, August 14, 2012

kalau mata dah cakap mengantuk...

saya mengantuk. kita story mory malam ni la eh?



p/s: kalau betul niat ikhlas nak buat balik dekat orang, kalau dicerca dimaki pun kita jangan putus semangat. itulah dugaan Allah menguji kesabaran kita terhadap ujiannya. nak buat jahat tu senang. nak buat baik tu susah tau :)

Monday, August 13, 2012

hari ni saya sedih sangat :'(

assalamualaikum wbt

apa khabar? hm saya baru balik dari kb ni. sedih. sebab kena sound dengan mummy. sebab balik lewat.
:'( :'( :'( :'( :'( :'(
sori mum. x sengaja. bukan pergi jalan-jalan.

pergi sebab nak teman kawan cari barang. untuk kakak dia kahwin raya ni. keluar tadi kan dah pukul 3. pergi pasir puteh dulu untuk pergi bank tu, dah jadi 3.30.. pergi kb pulak sampai sana pukul 5 dah. sebab jem. sampai je sana terus cari barang dia tu. x jumpa. pergi kedai lain. x ada jugak. pergi kedai kakak dia kirim makanan pulak. 6.30 jem. cari kedai nak makan. dah penuh. pergi kb mall. dah pukul 7 lebih. pun penuh jugak. last-last beli makanan sikit untuk alas perut je. makan kat kerusi dalam kb mall tu :(
siap makan, dia sambung cari barang. saya cari ink printer. mahal. rm108. ari tu beli rm80 je kalau x silap. saya x jadi beli. pukul 8 terus balik. dia lapar sebab alas perut sikit je tadi. drive-thru kat mc'd. 9.10 sampai kat rumah...

sori mum.
sebab x berbuka dengan family. saya dah bagitau dia nak balik sebelum berbuka. tapi x sempat balik awal.
sebab balik lewat. kitorang cari barang betul-betul tadi. nak cepat pergi sana sini sampai saya sakit kepala dari tadi sampai sekarang ni.
sebab x mesej awal-awal bagitau balik lewat. dah cari 2-3 kedai nak topup. semua x ada tpup selkom. kat atm bsn pun x boleh nak tpup. cari jugak sampai dapat, terus mesej tp kena marah :(
sebab keluar dengan dia. saya boring. x ada kawan nak ajak saya jalan-jalan. kebetulan dia ajak teman. saya tau mummy x berapa suka dia. tapi dia je yang suka saya :(
sebab x beli jugak ink printer. x ada duit. nantilah saya pergi dengan abah insyaAllah saya beli.

sorry sorry sorry... :(


dari pagi tadi lagi serba x kena. sebab mengantuk sangat lepas sahur, saya nak tidur kejap. tapi terlajak. sedar-sedar dah 6.30.. adik-adik dah siap nak pergi sekolah. saya cepat-cepat bersiap. pukul 7 bertolak. kesian mummy 20minit lewat dari biasa. time otw tu baru perasan name tag pulak tertinggal. x pakai name tag pergi sekolah hari ni :(

Sunday, August 12, 2012

mulakan harimu dengan senyuman! :)

hari ni pakai warna merah
baju merah abang marah! aum aum aum :D
penat menunggu kawan-kawan. disebabkan sejuk dingin + angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan saya sakit kepala. sambil-sambil tunggu tu ambik gambar sikit. klik klik klik.
beratur ye adik-adik
tengah syok layan feeling tu tiba-tiba GURU BESAR dia datang da.. borak borak borak. syuuuu kereta kawan sampai. 10 minit baru keluar dari kereta. dia dengan kawan dia =.=
salam-salam dengan guru besar. then pergi pejabat. ada sorang lagi dari ipg kkb, perempuan. epa nama dia :)

jumpa cikgu tu, tegur, salam. jumpa cikgu lain, tegur, salam. ayat paling penting...
cikgu : anak cikgu ******* ke?
saya  : ha'aaaa... :3
cikgu : patut la muka ada iras.
(kenapalah ramai sangat kawan my mummy kat sini)
cikgu : kenapa x buat kat sekolah tu?
saya  : (ramah betul cikgu-cikgu kat sini huhu) saje. sem 1 dulu dah buat kat situ.

okeyy cukup lah tu.

masuk bilik PK HEM. nama apa ntah cikgu tu. dia kenal jugak. adoi. x pasal-pasal kena perli dengan kawan..

"orang femes".

cesss

dipendekkan cerita. rupa-rupanya lecturer yang telefon GB hari tu dah inform kat pihak sekolah. cakap saya nak observe subjek pendidikan moral. aihhhhh -__-"
x pasal-pasal jugak saya kena masuk kelas. untuk tengok cikgu pendidikan moral mengajar.

"okey awak masuk kelas 3G ye. pukul 12.15-1.15. cikgu mustafa. blok sana, tingkat atas sekali. kat tengah-tengah tu ada kelas pendidikan moral."

siap call cikgu tu lagi nak bagitahu saya nak masuk. kikikik

kitorang (1 mizan, 3 kkb, 2 teknik) ditempatkan kat library. melangut kat situ. punya la boring. nak buat kerja pun x ada mood. 12.15 naik tingkat atas. cikgu dia x datang lagi. tunggu 15 minit, budak-budak tu boleh pergi je.. x tahu pergi mana. balik kot. x sempat nak kejar. kasut tumit tinggi punya pasal!

last-last pergi ke library balik. kebetulan kawan ajak balik. dia nak tolong hantarkan. sebab mummy cakap x tahu balik pukul berapa. okey tu je :)


....kalau awak ada, mesti saya cerita semua ni kat awak. mesti awak mintak gambar tu kan? pagi tadi time nak pergi hati rasa x sedap sangat. nak je cerita kat awak. tapi x kan lah pulak kan :). time boring-boring tunggu, saya x ada teman nak mesej. x ada kawan nak cerita semua ni. boleh cerita kat sini je. sedihnye :'(

hilang!

rindu sangat-sangat kat baby :'(

pagi yang dingin

assalamualaikum wbt :)

hari ni hari pertama ke sekolah desa pahlawan untuk program pengalaman berasaskan sekolah semester 4. aduhai time sahur lagi dah hujan. pagi ni sejuk sangat-sangat. sedih sebenarnya. x ada mood nak pergi sekolah.

my mum hantar adik ke sekolah dulu, baru hantar saya. sampai kat sekolah dalam pukul 7.15.

waahhhh jem gila! :O

nasib baik x drive sendiri. dengan hujan lebat lagi. jem. fuhh.

datang awal-awal, x tahu nak pergi mana jugak. tercongok duduk kat kerusi batu. nasib baik ada tempat nak duduk. dah la sorang-sorang. boring sangat. tunggu kawan dari maktab lain datang. lebih 7.30 baru mereka sampai.

Saturday, August 11, 2012

malam ini ku malas

esok 1st day sbe untuk semester 4.
fuhhh~~

mengantuk. baju pun malas nak iron. langsung x ada semangat nak berSBE. kenapa? x tahu.



...tengah fikir. nak pergi sendiri ke nk pergi dengan mummy esok. kalau pergi dengan mummy, kena pergi awal lagi. dalam pukul 7 tu dah ada kat sekolah. huhuhu. kalau pergi sendiri? ofkoslah boleh pergi lewat. tapi... malasnya nak drive. macam mana ni?

baju melayu

awak.. semalam saya keluar shopping dengan family. beli baju melayu untuk awak.
tapi sorry.. semalam saya dah try pakai baju awak tu >.<
besaaaaaaaa sangat!



do you know?? O_o

losing me. losing u.




im okay :')



cepatnya masa berlalu

okey.. terima kasih sebab datang kejap tadi. n sori sebab saya buat x tahu je dengan awak. awak tetamu saya. saya x layan pulak. Astaghfirullah. sorry sorry.

saya bukan x nak layan. tapi janggal rasanya nak layan kawan lelaki kat rumah. x pernah pulak ada kawan lelaki saya datang rumah sebelum ni. so saya x tahu nak act macam mana. saya x akan layan awak macam dulu dah. sebab kita dah ada jarak makin jauh dari dulu. (padahal kawan dengan kapel memang sama je jarak dia. lainlah kalau dah kahwin kan. hihi)

x kiralah.
awak dah jadi sama level dengan ex n kawan-kawan lelaki saya yang lain. nak layan macam mana lagi kan? better macam tu je kot.
actually.. masih berkira-kira nak ajak awak datang rumah ke x time raya nanti. takut awak pulak x nak datang. jauh kan? kalau dulu maybe la awak sanggup datang. tapi sekarang kita dah macam ni, x kan awak sanggup jugak nak datang jauh-jauh.. jem lagi. so yang tu biar la dulu. maybe saya x ajak.. kot.

tunggu subuh

petang tadi keluar dengan my mother. sekali dengan my little chicken adik.
okeyy mula-mula pergi ambil baju saya dulu dengan tukang jahit. otw pergi tu my mum tanya:

"x ajak ke dia berbuka kat rumah?"

i like... WHAT???? :O

terkezut kite tau,,, kikikik

saya: tak... (x berani nak pandang muka my mum)

mum: ajak lah dia berbuka kat rumah. khamis minggu depan ke. dia balik bila?

saya: (adusss kenapa tanya pelik-pelik ni...) x tahu

hahaha. sayang gila my mum kat lelaki tu. lagi sayang dari ex saya yang lepas.hm so.. awak, ketahuilah bahawasanya ramai orang sayang awak. kalau dulu kawan-kawan saya suruh lupakan ex dan cari yang lain, yang better dari dia. sekarang bila saya cakap saya dah berpisah dari awak, diorang suruh baik balik dengan awak tau. saya nak. tapi x nak. sebab malu. hikhik. lagipun awak sekarang pun x nak dah dengan saya kan? jangan tipu. sebab tu awak rilek je tanya saya dah ada orang lain ke sekarang. n macam-macam lagi lah. dulu awak x akan tanya macam tu kan? dulu awak sayang saya sebab tu awak x nak lepaskan saya even saya nak kan? tu dulu. sekarang awak x kisah dah kalau saya pergi jauh. sebab tu awak nak kita berpisah kan? hehe. x apalah. x apalah.

boring

tersedar pukul 3.30. rasanya.

terus x boleh tidur. adus.
x tahu nak buat apa. siap try pakai baju melayu orang tu lagi. klik klik klik snap gambar.

ahahaha. sori ;)