Thursday, August 16, 2012

hari terakhir di sk desa pahlawan

assalamualaikum wbt

hari keempat. hari terakhir kat sini. sebab esok dah start cuti untuk hari raya aidilfitri. jadi semester 4 ni sbe 4 hari je lah.
muka boring tunggu
kawan-kawan datang
sampai kat sekolah pukul 7. macam biasa, tunggu kat kerusi batu tu.. fuhh memori tuu :D

hari ni pakai jubah. sebab dah janji dengan kawan-kawan perempuan yang sbe ni nak pakai jubah.

7.15 naik pejabat pergi tanda kehadiran. lepas tu x tahu nak pergi mana. x ada arah tuju. haha. sebab hari ni ada majlis khatam al-Quran kat dewan sekolah. Dewan Leftenan Adnan. hari terakhir baru tahu nama dewan dia class gilerr. maklumlah nama pun sekolah desa pahlawan kan. anak-anak askar. time tunggu tu tengok macam-macam warna bunga telur budak-budak ni bawa.

lawa-lawa dan hensem-hensem semuanya :)
sebelum masuk dewan, sempat ambil gambar kenangan dulu. dah hari last kan.. tapi  1 gambar pun x pernah ambil lagi.

kitorang kena duduk dalam dewan tu bersama budak-budak yang nak khatam al-Quran. bukan semua. mana-mana yang dah khatam je. bersila atas tikar. yang lelaki kat atas pentas dewan tu.
fit, syu, epa, afiq, eg
majlis tangguh kejap untuk rehat. kami terus menuju ke tempat biasa, library.
1 putih 3 hitam >.<
eg n baby panda :D
hari ni x buat aktiviti seni dah. epa x bawak barang-barang. laptop pun diorang x bawak. saya je yang rajin angkut benda berat ni. cess.

tapi x guna pun. last-last bagi afiq guna. n kitorang tengok movie. dah boring sangat x tahu nak buat apa kan.. tapi saya x join sangat lah. sebab tengok movie yang dalam henpon kawan tu je. bohsia-jalan kembali. diorang tengok misfit. kartun. mula-mula tengok HACKS. tapi kena kondem dengan sorang lelaki ni, terus tukar tengok kartun.
kat dewan ada majlis lagi. sambung untuk penyampaian sumbangan raya. tapi kitorang x pergi pun. duk je kat situ. kemudian kak dah datang suruh pergi bilik seni untuk ambil cenderahati. punya la gelabah n serba salah kitorang ni sebab pihak sekolah nak bagi cenderahati tapi kitorang x bagi apa-apa pun. tengok2 dapat ni...hehe :D

bunga telur, akok munge, pulut. (roka tu ima yang bagi)
pastu kawan-kawan lelaki ni nak balik dah. diorang nak pergi kedai tayar. tayar pereta pancit. duduk je lah kitorang kat situ yang perempuan je 4 orang. tersangat boring. lepas tu epa pulak nak balik. ayah dia dah datang. saya duk dengan kak dah n cikgu hishan. berbual sikit. ima dengan syu buat apa ntah.

1.15 kitorang gerak ke pejabat. then jumpa cikgu-cikgu untuk salam. kan dah nak tinggalkan sekolah. lagipun dah nak raya.selamat tinggal sk desa pahlawan. selamat tinggal semua :)

sedih sikit. sebab ending macam tu je. lagi best kalau kitorang balik sama-sama :/
epa x ada sebab dia jd camera girl :/
balik tu terus pergi pasir puteh untuk ambil cek wang ehsan adik.

No comments:

Post a Comment